Rabu, Disember 31, 2008

Sorotan 2008

Tahun Hijri baru saja disambut malam Isnin yang lalu. Kini, lembaran masihi pula akan dibuka. Aku seperti kalian, ada azam yang terlaksana dan ada yang tidak.

Tahun hijri 1429H:
1. Solat sunat Dhuha' setiap pagi.
2. Puasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari dalam bulan2 Islam.
3. Hafal surah-surah lazim yang panjang.

Pencapaian:
1. Alhamdulillah, solat sunat dhuha' dapat aku kerjakan jika ada kelapangan tapi tak mencapai target sebab kadang-kadang ada kekangan.
2. Puasa sunat, alhamdulillah mencapai sasaran tapi 2 bulan terakhir iaitu zulkaedah dan zulhijjah aku tak dapat puasa walau sehari kerana sakit. Huhu...
3. hehe....yang masih ingat surah Sajadah dan surah Yassin. Yang lain ada yang dah lupa dan ada yang tak sempat nak hafal.

Tahun masihi 2008M:
1. Ijazah Sarjana berjaya sampai ke peringkat kedua.
2. Penurunan berat badan sehingga 45kg.
3. Menghadiri kursus ketua platun di PUSWATAN.
4. Masuk pelaburan yang menguntungkan untuk masa depan.

Pencapaian:
1. Kurang berjaya. Pokok taknak tumbuh dengan sihat. Masih pada fasa satu.
2. Tidak berjaya. Hanya dapat turun sampai 48.5kg jer. huhu...tp skrg dah naik balik!
3. Tak pergi pun. Supervisor projek tak bagi.
4. Pelaburan mendatangkan hasil sehingga bulan september jer. Ada syarikat lain iri hati dan membuat aduan kat Bank Negara lalu menyita syarikat pelaburan selama 3 bulan. Insyaallah...yang benar akan berjaya pada akhirnya. Tahun depan baru tahu keputusan.
........................................
Kisah hidup manusia. Ada suka ada duka. Ada berjaya mahupun yang sebaliknya. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya. Sebagai hamba, kita harus teruskan usaha tanpa rasa jemu walau dugaan berat menimpa. Selamat menyambut tahun baru!

Selasa, Disember 30, 2008

Antara Adat dan Sunnah

Hak bagi seorang jenazah yang perlu ditunaikan oleh waris antaranya adalah menyegerakan pengebumiannya. Seelok-eloknya tidak melebihi tiga kali waktu solat. Itu adalah sunnah nabi.

Namun, sunnah sudah menjadi kejanggalan apabila adat lebih utama dipatuhi.

Tepuk dada tanya iman..=)
................................................................
Katakanlah:"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jum'ah :8)

Khamis, Disember 25, 2008

urat dawai tulang besi














Nama: Catamaran
Fungsi: Memberi bantuan kepada trak 3 tan atau land rover sekiranya menghadapi halangan berair seperti sungai atau tasik.
Koordinasi: Di bawah RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja)

Ahad, Disember 21, 2008

Princess yang tak berapa nak Diaries

Jumaat pagi: Ke makmal seperti biasa. Walaupun bukan student, tapi dah biasa datang awal seperti waktu jd staf dulu, makanya waktuku di makmal adalah office hour.

Jumaat petang: Balik kampung. Naik bas. Tambang dah naik lah...rasenyer baru dua bulan tak naik bas. Kejap je tambang dah naik kan?

Jumaat malam: Tido umah mak. Sejuknyer...macam kat kemeren hailen.

Sabtu pagi: Cuci kete kakak. Amik ati die sebab nak pinjam kete la katakan.

Sabtu pagi: Bertolak ke Muor. Umah housemate and husband die. Pastu bertolak ke Batang Kali Selangor untuk menghadiri kenduri kawen bekas housemate. Jauh giler....sampai masuk jalan ke Ipoh. Cuak giless.....

Sabtu petang: Sampai di umah pengantin. Gosip-gosip....heheh..

Sabtu petang ke malam: Singgah umah abang housemate and husband. Melawat baby yg baru dilahirkan di Subang. Nuha Aneesa namenyer...merah lagi.

Sabtu malam: Dinner di medan selera Mydin kat mane tah area Selangor. Jakun sey...Mydin yg besar pertama kali pernah kulawati. Kakak housemate and husband belanja makan. Salam-salam dengan mak housemate and husband. Lame tak jumpe. Ade ke malam-malam yang dah nak larut dan perut dah tak leh muat lagi aku order pepperoni pizza..tapi sedap gak. Habis sepinggan aku lantak. Lagi sedap dari PizzaHut.

Sabtu malam: Bertolak balik Johor.

Sabtu awal pagi: Tiba di Muor jam 1pagi. Tak larat nak terus drive balik umah sewa. So, tumpang tido tak berapa semalam di sana.

Ahad pagi: Bertolak balik ke JB. Tiba jam 1000H. Mandi. Buat semula paper yang ditolak supervisor.

Ahad tengahari: Ke Pasir Gudang. Jemputan perkahwinan di sini pulak. Kawan seloreng dengan aku di UTM dulu. Aku ingatkan kejap jer perginya. Tapi oleh sebab tak larat nak gi sendiri, aku tumpang orang. Makanya, aku kenelah ikut plan diorang yang aku tak tahu. Makanya, berlarutanlah sampai ke jam 1800H. Hah? Dalam ati Tuhan je tahu betapa risaunyer aku dek paper yang tak siap lagi. Tapi macam biasa, buat muke manis..;)

Ahad petang nak ke maghrib nak ke isyak: Pulun buat paper.

Ahad malam: Di sini aku. Ke McD berhampiran. Malas untuk bersoal jawab dengan pak gad yang menunggu di pintu utama kampus. Wireless semata-mata. Submit paper by email ke supervisor. Huh...penat sungguh! Barulah phone aku berhenti berdering dek ketidaksanggupan mengangkatnya (supervisor call!!!).
....................................................................................................................
Inilah jadual aku weekend ini. Allah Maha Berkuasa. Hamba-Nya hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan segalanya. Weekend yang lebih memenatkan dari plan asalku yang mahu mengikuti Fasa Medan di Felda Waha.

Khamis, Disember 18, 2008

Sakit

Sakit ini sudah sebulan lamanya. Batuk tanpa lendir yang amat memeritkan. Cakap sikit, batuk...cakap sikit, batuk...aduh...bukan mengeluh...tapi dah tak larat. Baring pun sakit, sebab buah pinggang jadi sakit akibat batuk yang teramat kuat.

Isnin yang lalu, aku ke pusat kesihatan.
"Ok, awak pergi x-ray" kata Dr. Hanan.

Selepas x-ray dilakukan, punyalah suspence. Tup-tup, tak leh tengok x-ray film atas sebab yang aku kurang mengerti. Makanya, aku tak taulah ape sebenarnya penyakitku ini. Perasaan sebak menyelubungi tatkala Dr. Hanan mahu memberi aku ubat.

"Dr., saya dah makan dah ubat ni. Dah dua kali dah. Klinik swasta pun saya dah pergi."
"Takpe, kamu batuk biasa jer. Saya bagi kamu antibiotik kuat sikit."

Hari ini, antibiotik itu hampir habis namun batuk begitu juga. Rasanya, dalam badan nie dah habis bakteria baik. Pada kalian yang beri aku petua, aku ucapkan ribuan terima kasih. Walaupun kurang berhasil, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dah berusaha dan sedikit sebanyak aku tahu petua untuk batuk yang mana boleh aku amalkan untuk sakit mendatang.

Khamis, Disember 04, 2008

dari dynaphan ke benadryl ke hurix ke woods ke....

Aku bukan penagih. Jauh sama sekali. Tapi aku heran, mudah benar untuk aku menelan dadah akhir-akhir ini. Dari dynaphan dan benadryl dari pusat kesihatan hinggalah ke sengsei. Hurix madu plus la, woods peppermint la dan sehinggalah aku mendapatkan rawatan di klinik swasta. Punyalah gigih, dari rumah aku berjalan kaki di waktu hujan dan panas untuk ke klinik yang agak jauh juga jaraknya. Nak sihat punya pasal kan? Duit toksah nak citerlah...habis banyak dah tapi apa yang aku harapkan tak menjadi jugak. Memang benar duit tak dapat membeli nilai kesihatan. Kalau dah sakit tue, alahai~

Sekarang nie aku dah nak masukkan dadah lagi untuk botol yang ke-6. Dahsyat kan? Dah 3 minggu aku menderita. Malah entri ini lama tersimpan sebagai draft sejak aku mula sakit masuk minggu kedua. Aku nak keluarkan juga dengan harapan kalian dapat memberikan aku penawar-penawar mujarab.

Jumaat, November 28, 2008

Route To Kuching II



Mentari pagi menyinari penerbangan kami ke sana... Masyaallah.... Indah sungguh ^^



Cat statue. Yela, Kuchingla katakan! Hurm...satu family bermesra kat situ. Dan kami di waktu terik mentari tue jugak nak bergambar-gambar. Makanya, ramai yang meng'hon' kami. Nampak sangat kami nie pelancong. hehe....seronok!



Restoran yang penuh dengan imej borneo. Tak makan kat situ pun, kami dah kenyang dengan pemandangannya. Seronok tak terhingga sampaikan perut pun tak rasa lapar walaupun dah time makan. hehe...^^


Sarakraf.. Cantik jika dibuat perhiasan rumah. Tapi apakan daya, tak terlarat pulak nak bawa balik nanti. So, ambik gambar jela buat kenang-kenangan. (",)


"Engkaulah ratu di mahligai permata, Istana bayangan syurga....(Balqis-UNIC)"
Agaknya begitulah bayangan istana milik ratu Balqis ek? Masuk ke Merdeka Palace Hotel nie pun aku dah rasa terpegun. Cantik dan megah!



Art Gallery yang ada di situ. Hurm....Mahal harganya! Cukuplah sekadar memandang=)


Sepetang di Muzium Sarawak. Selepas seharian mengantukkan diri di Malaysian Society Applied Biology 2008, kami bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Hah, ape lagi! Snap! Snap! hehe...puas jadi model itu dan ini. So, sesiapa yang nak amek kami sebagai model, dipersilakan!




Hibiscus di taman larangan. hik...hik... ;) Species nie adalah species yang tawaduk. Walauapepun yang terjadi, bunganya akan tetap tunduk ke bumi. Patah leher kot! hehe.... ;)


Hand straight to heart. Kata-kata yang ade kat cermin kedai cenderahati nie. Sweet kan? Dan aku hanya memandang dari luar cermin. Tak berani masuk. Takut! Kampung betul aku nih!



Makan malam or dinner. hik...hik... ;) Ape yang pasti, sedap sangat! Makanan tradisi sarawak. Maaflah, takde gambar makanan tue sebab takut habis di'tangkap' orang lain kalau asyik 'tangkap' gambar. :)

Dua malam di sana sangat singkat bagi kami. Pertama kali menaiki pesawat dan melancong ke negeri borneo sangat mengujakan aku. Walaupun tak habis 'round', aku sudah cukup seronok ke tempat-tempat yang sempat aku singgah. Ole-ole untuk orang tersayang tak pernah aku lupa. Penuh beg baju aku. hehe.... Dan hujan yang sangat lebat sehinggakan sedikit banjir dalam masa tak sampai sejam! Seperti menandakan ketidak izinan 'mereka' membenarkan aku pulang. hoho...macam poyo jerk!


Dan selamat juga kami tiba di "Kuching International Airport". Pergi berlima, balik bertiga. Sorang dari kami pulang ke kampung di Miri manakala sorang lagi nak bercuti lagi dengan sepupu-sepupu yang turut diterbangkan dari Johor! haha...cuti sakan betul dia nih!

Ok, adios!!

Khamis, November 27, 2008

Bilik Kosong


Tetamu datang tetamu pergi
Namun, aku tetap di sini


Ceh!! Ayat jiwang lah pulak. Walau apepun, kenyataan harus ditelan. Dia pergi meninggalkan pesan. Bukan meninggal daa... dia melanjutkan pelajaran.. Tanah selatan ditinggalkan untuk mencari arah baru. Barat katanya. Bukan Amerika atau UK, tapi Barat Malaysia, UKM. Hehe...


Dan......
Perpisahan berlaku lagi serta airmata yang tak henti-henti untuk mengalir.
Ah....pandai sungguh kau bermain airmata.
Sedih pilu dan hiba.
Ceh! Itu lakonan cuma.

Dan.....
Bilik itu kosong lagi buat kali yang aku sendiri tidak pasti.
Apa yang pasti ia perlu diisi kembali.
Har...har...har.....(gelak keji)



Mari mari mari!!!! Bilik kosong satu!!! Bilik kosong satu!!! Siapa cepat dia dapat!!!

Selasa, November 25, 2008

Jom Bersenam!


Solat fardu lima waktu:-
--> 17 rukuk
--> 17 iktidal
--> 68 sujud
--> 32 duduk bersimpuh
--> 20 toleh kanan dan kiri
.............err...nak toleh atas bawah boleh jugak, tapi lepas solatlah..
Solat fardu+sunat qobliah ba'diah+sunat taubat 2 rakaat+sunat hajat 2 rakaat+sunat witir 3 rakaat+sunat dhuha 2 rakaat:-
--> 40 rukuk
--> 40 iktidal
--> 160 sujud
--> 80 duduk bersimpuh
--> 36 toleh kanan dan kiri

Hmmm...dari segi waktu pulak rasanyer dah melebihi 20 minit sehari. Lebih dari waktu senaman yang dianjurkan, bahkan setiap hari bukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu!
Kan sihat namanya tue!

Renung-renungkan dan selamat beramal (hehe...ciplak ayat ustaz)

Kasih sayang hakiki ^_^


Hurm…entri kasih sayang nampaknya kali nie. Bukan ape, saje untuk menarik perhatian kalian. Fitrah manusia dambakan kasih sayang dan perhatian dari orang lain. Namun, kadang-kadang ada orang yang tak menghargainya...

Memetik pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada penganut Islam, ada pihak yang tidak menyetujuinya. Kenapa? Bermacam-macam lontaran idea logik akal dikeluarkan. Begitu juga dengan pengharaman pengkid. Banyak pihak membantah larangan itu. Apa yang menjadi sesalan adalah umat Islam sendiri yang membantah. Apa nak jadi nih? Aku sesal. Inilah akibatnya kalau Islam hanya pada permukaan. Tidak menyelami sampai ke dasarnya. Bagi yang ‘tepuk dada tanya iman’, mereka menurut tidak langsung membantah kerana mereka tahu, sesuatu fatwa yang dikeluarkan telah merujuk kepada pelbagai rujukan ulung yang sahih. Kenapa masih perlu meraguinya? Lagipun, ia dibahaskan oleh orang ‘alim ulama. Mereka tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sesuatu kenyataan tanpa membuat sebarang rujukan. Bukankah ulama’ pewaris anbiya’?

Bagi yang ‘tepuk dada tanya selera’, yang mahu meneruskan aktiviti yoga itu, atau masih samar-samar mahu menuruti atau tidak, fikir-fikirkanlah...

Kita ada agama yang menjaga kita. Keseluruhannya! Luaran dan dalaman! Kenapa kita masih ragu-ragu lagi akan kasih sayang-Nya?

Jumaat, November 21, 2008

Gadis Melayu


Gadis Melayu. Lengkap semuanya. Cantik paras rupa, pandai serba-serbi seperti memasak, menjahit, mengemas rumah, mendekorasi hiasan dan sebagainya. Sopan orangnya, lembut bicara, manis tutur kata serta anggun penampilan. Pendek dan panjang kata, cantik segala lah...

Rancangan yang diwujudkan atas dasar keprihatinan media terhadap kecenderungan muda-mudi masakini ke arah penampilan kebaratan. Bagus juga kalau mesej yang hendak disampaikan tercapai. Tapi bagaimana pula dengan kayu pengukur terhadap keberkesanan program itu? Apakah ia tamat tatkala pemenang gadis melayu itu diumumkan? Bagaimana pula dengan khalayak sasaran yang menonton rancangan? Apakah ia berhasil atau sebaliknya?

Nah, kita lihat sahaja rancangan realiti yang berbentuk hiburan. Tumbuh bak cendawan selepas hujan. Begitu juga golongan sasaran. Sehinggakan kanak-kanak juga turut diasuh dan dididik untuk menjadi penghibur bila dewasa kelak. Jikalau beginilah, natijahnya pada bangsa, agama dan juga negara. Ramai yang beranggapan ia sebagai cemelan. Tapi masih tidak cukupkah hiburan yang sudah melana itu hatta mengalahkan penyebaran ilmu?

Emas perak intan berlian
Bistari jauhari mengenal manikam
Khasiat hidangan jadi santapan
Mengapa cemelan masih diidam?




Rabu, November 19, 2008

The Power of Dreams!!!!



Honda...The power of dreams.... Hebat!!! Penyelidikan hampir seusiaku! Maaf, ia bukan gambar real. Asimo hasil tangkapan dari buklet yang dibawa balik kawan. Tak dapat menyaksikan di DSI sebab sibuk dengan makmal yang tak sudah-sudah. Ia hasil teknologi manusia untuk mencipta robot umpama manusia.


Allah ada menyatakan dalam Quran bahawa manusia tak dapat mencipta hatta seekor nyamuk pun yang serupa dengan ciptaan-Nya. (sila betulkan frasa ini jika salah). Cube lihat ciptaan Allah yang ini.....

haa...cute kan. ;) macam saya. ahaks......

Jujur

Kejujuran suatu anugerah
Insan jujur pasti disenangi
Jujur pada sesuatu pasti akan mendapat balasannya
Jujur pada diri sendiri suatu nikmat yang tak terhingga
Jujur atas nikmat adalah suatu kepuasan yang tak ternilai...

Rabu, November 12, 2008

Route to Kuching I


Meoww!!!!


Terimalah kedatanganku. 6 November yang lalu, sejarah telah tercipta. Aku buat kali pertamanya menaiki pesawat untuk ke Pulau Borneo, Sarawak. Sambil menyelam, minum air. Alang-alang atas urusan kerja di sana, aku boleh cuti-cuti dan cuci-cuci. Hehe...



Flight departure: 0645.
Flight arrival: 0745.

Jenama: AirAsia.

Duration: 1 hour.

Condition: Fenin-fenin sebab malamnya tak leh tidur dek excited nak naik flight for the 1st time. Lebih-lebih lagi ditakutkan dengan momokan bahawa AirAsia tak tunggu penumpang yang lewat, makanya bangun pada sangat awal pagi. Hurm...tidur lewat bangun awal. So, fenin-fenin..




To be continue....


Isnin, November 10, 2008

Selamat Hari Lahir Sayang


Pada hari ini, lahirlah seorang insan yang diibaratkan sehelai kain putih. Tak mengenal dunia itu bagaimana. Sempurna kejadian Allah berikan. Namun, takdir Tuhan penentu segala. Apa yang manusia rancang belum tentu jadinya. Tuhan lebih mengetahui. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Penyakit jaundice menyerang tatkala diri masih kerdil. Dia terencat akal, kini. Usia meningkat dewasa. Mak ayah semakin dimamah usia. Apakah dan bagaimanakah kesudahanmu kelak? Ya Allah!! Aku mohon segala kekuatan! Syurga yang Engkau janjikan di sana, terasa amat perit di dunia. Namun, kelahiranmu mengajarku erti kesabaran dan ketabahan mengharungi liku-liku kehidupan dan berterima kasih atas setiap kurniaan-Nya.


Selamat hari lahir sayang.... Jangan bimbang. Selagi hayat dikandung badan, selagi kudrat mampu bertahan, selagi itulah kau tetap ku sayang....

Rabu, Oktober 29, 2008

Politik vs Raya

Pak long dan Pak Amin orang kuat dacing. Pak Amin merupakan Ketua Pemuda kawasan. Time pilihan raya, dialah orang yang paling sibuk. Pak long pulak pernah dicalonkan untuk menjadi exco, tp tak bernasib baik. Sekarang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Peladang Daerah. Hebat jugak ek? Sejak bersara sebagai guru besar, dia mengaktifkan diri dengan aktiviti politik pulak.

Raya yang lalu, aku beraya ke rumah mereka.

Pak long: Kau tau politik tue ape?
Aku: Err.....(dalam hati aku cakap politik tue kuasa, tp belum sempat aku jawab, pak long dah memotong cakap aku.)
Pak long: Politik tue adalah kuasa.

Then beraya ke rumah Pak Amin pulak.
Pak Amin: Kau layan je pak long kau tue. Ape yang dia cakap, ikut je jangan melawan. Nanti tak pasal2 kena halau.

Dahsyat jugak aku dengar cite dari pak Amin yang dia halau anak buah yang datang beraya. Nasib baik aku layan je cakap pak long, kalau tak.... Hurm...anak sendiri yang berbeza pandangan politik pun dia buat acuh tak acuh. Last-last anak tue balik. Terngiang-ngiang cakap pak long kat telinga aku...

"Kalau tak tahu apa itu politik, jangan cuba2 cakap mengenainya. Kalau tak sayang bangsa, jangan rosakkan bangsa!!"

Jumaat, Oktober 24, 2008

hah? 110? biar betul?

Aku sungguh bertuah dilahirkan di Johor dan menjadi orang sini. Kaya dengan budaya dan adat resam yang masih lagi diperturunkan.

"Cantik nya gadis berbaju kurung johor......" antara bait lagu Salem Iklim tentang gadis selatan yang ayu, cantik, manis dan sebagainya...

Kalau bab raya, kat johor memang meriah. Sebulan puasa...maka sebulanlah kami beraya. Open house memang setiap hari ada. Tak kiralah hujung minggu ke...time keje ke...sampai ada yang ambil cuti semata2 nak buat dan menghadiri open house. Kadang-kadang tue bertindan dengan banyak tempat pada satu2 masa.

Bagi yang dijemput tue memang bertuahlah. "stemet" sikit kata orang johor. boleh makan free sampai perut rasa nak pecah. Aku....entah yerk?? Bulan puasa lepas berat aku naik. Almaklumlah...puasa. Time puasa, memang berat aku naik. Aku pun heran. Biasanya orang turun. Tapi, kalau time raya pulak, berat aku akan turun. Terbalik kan? Hahaha...jangan jeles. Sekarang nie aku rasa berat dah kembali kepada yang asal. 110. nape? tak caya? ekceli...110 pound daa...takkanlah kilo pulak. Kalau kilo, memang berat dosa nih. Hik..hik...

Apepun, sebagai seorang perwira, aku kene turunkan lagi berat ke angka yang aku idamkan. Ringan sikit nak bawa berlari. Lagipun sebagai persediaan untuk Khemah Tahunan hujung tahun ni. Chaiyo'!!!

Jumaat, Oktober 17, 2008

Raya@FBB

Someone: Hello assalamu'alaikum. Selamat hari raya.

Aku: Wa'alaikumussalam. Selamat hari raya.

Someone: I nampak kat Blok C08 ada khemah. u kawen ke?

Aku: A'ah...I kawen.

Someone: Nape tak jemput I?

Aku: I buat kecik2 jerk. Nanti I buat majlis lain, I jemput u.

Someone: Eh, kalau u kawen, tak lengkap tau kalau takde I. Takde orang yang duduk sebelah u nanti.

Aku: Hahahaha.......

................................................................................




Sambutan hari raya daa....tgklah jejaka2 FBB berbaju melayu. Smartnyer!!!!

Dan ini makanan pilihan aku. Waduh......sedap banget!!!


Rabu, Oktober 15, 2008

Tragedi Aidilfitri


yea...yea!!! dapat duit rayer!! sonok betul dapat duit rayer taun nie. dah lame tak dapat. huhu... tapi......



Ini kucing mak. Yang kaler putih oren yang duduk kat hendar motor tue namenyer 'merah'. Jantan. Yang kaler kelabu campur-campur yang duduk kat tempat duduk tue namenyer 'bee'. Betina. Nie gambar masa 2 syawal. Diorang tengah syok explore motor. hahaha...




Tengoklah ape yang terjadi pada bee. Ntah...berapa jarum ntah dia kene jahit. Tragedi nie berlaku maybe malam 3 syawal. Sebab pagi 3 syawal tue, bee balik dengan jalan ketengkot. Aku tanye, dia tak jawab pun. Yela, aku tahula kucing takleh cakap tapi at least meow laa...ini tak. senyap jerk...huhu... Aku pun peganglah dia. Terkejut besar aku tengok luka dia. Sampai nampak tulang. Aduss.... Kalau aku, memang tak tahu nak kate ape. Nangis kot! Aku dah sedih-sedih. Bagi sarapan, taknak makan. Abang bee pun sama. Maybe tak lalu kot tengok adik dia sakit. Hai....kucing-kucing. Pandai betul. Klinik haiwan Pontian tutup rayer nih. Kebetulan kami nak beraya ke Tmn U, Gelang Patah dan Kulai. So, aku bawaklah bee ke klinik haiwan kat Tmn U. Untuk pertama kali, aku bawa kucing mendapatkan rawatan. Aku tanya doktor tue mahal tak. Dia kate ubat bius mahal sikit. Aku kata takpelah. Bagi aku yang penting bee dan merah gembira. Nanti kalau kucing mati, mak aku takde kawan lak kat kampung nak main-main. Kang aku pulak yang sedih. Aku tinggalkan bee untuk dijahit lukanyer. Dan kami sambung beraya.

Dalam perjalanan ke Kulai, traffic jam. Aku terperangkap. Then doktor call suruh amik bee. Aku patah balik. Solat Maghrib kat Masjid Tmn U dulu baru pegi amik bee. Bee dah mamai-mamai dalam kotak. Doktor kata ada ubat kene bawak balik. Aku tengok. Ma-aih!! Banyaknyer ubat bee. Aku tanyer semua sekali berape.. Walaupun semua duit rayer aku habis. Aku tak kesah. Yang penting bee sembuh dan mak ceria ada kawan. Alah...duit boleh cari. Kakak pulak sedikit marah sebab dia yang bagi duit raya paling banyak kat aku tapi aku habiskan untuk kucing. Maafkan aku, kakak. huhu.... Kadng-kadang merawat haiwan lebih mahal dari merawat orang. Kan?? Aku cakap kat bee, doakan aku berjaya dalam apa jua yang aku ceburi. Aku tahu dia faham sebab ustaz ada kata bahawa kita berjaya kat dunia nie adalah kerana doa-doa dari makhluk yang lebih ramai dari manusia iaitu haiwan, tumbuhan, malaikat... yang penting, kita harus berbuat baik dengan mereka..;)

Selasa, Oktober 14, 2008

Dunia Blog

Aku masuk ke dalam dunia blog ini kerana 2 orang.

Pertama, kerana Miss Huszalina. Dia cikgu bioinfomatik aku masa aku di tahun 3 pengajian. Dia suruh kami semua buat blog. Maka, aku pun buatlah. Blog aku pada masa tue, punyalah skema. Almaklumlah...takde pengalaman menulis di sawang. Blog aku pun takdelah menarik sangat, lagipun buat sekadar untuk mendapatkan markah bagi subjek tue..

Kedua, kerana Tok Rimau. Dia kawan subjek Global Isu aku. Kami satu kumpulan. Dia selalu cerita tentang blog dia yang dapat menarik perhatian seorang warga China yang ingin mengetahui asal-usul penyanyi kat kenduri kawen. Err...kalau salah fakta, maaf ye tok. Dah lupe laa... Dan inilah blog aku yang sekarang. Baru je beberapa bulan berada di sawang. Sekarang blog aku mungkin ada yang skema dan mungkin tidak. Ntahlah...aku pun tak tahu. Terpulang kepada pembaca yang pernah singgah di blog aku. Aku tak pandai sangat ilmu komputer nie. Tapi aku ingin sangat pelajarinya. Kekadang kalau aku ada kelapangan, aku belajar cara menggunakan perisian komputer. Sekurang2nya boleh menambahkan value added aku.

Kisah di blog aku ada tentang fakta, tentang diri aku, tentang kawan2 dan tentang orang di sekeliling aku. Masyarakat dan negara pun termasuk la jugak. Tok pernah cakap dengan aku, bunyinya lebih kurang macam nie "you buat lah cite. ape2 cite. tok tahu you banyak cite. tapi bila menulis tue, you tak perlulah statekan at the end of your story 'moral dari cerita adalah...' yang tue orang akan faham sendiri."

Hurmm...betul kata tok. Tok idola aku dalam dunia blog. yela, mungkin ramai lagi yang hebat di luar sana, tapi maafkan aku kerana tidak mengenali kalian. Oleh kerana aku mengenali tok, so aku jadikan dia idola aku. Kekadang aku nak jadi macam dia. Menulis dan menulis. Tapi....agak sukar bagiku. Pun begitu berusahalah untuk berusaha. Chaiyo'!!!!

Jumaat, September 26, 2008

SALAM AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

SALAM PENUH KEINSAFAN DAN KESYUKURAN DI AIDILFITRI.

JEMPUT DATANG KE RUMAH.. ;)



Rabu, September 24, 2008

Aku Melastoma decemfidum

Usai sudah pembentangan pagi tadi. Sepatutnya aku bentang jam 0930, tp aku punyer examiner pulak tak leh attend. so ditunda ke jam 1400 tanpa pengetahuanku. Aku cuma dikhabarkan oleh examiner bangsa sepet itu yang "the presentation will be postpond in the afternoon". Aku hanya mengiyakan saja. Then, pagi tadi organizer pulak cakap, aku 1st presenter. Mau terkejut beruk aku. Dahlah semalam aku kene buat semula slaid presentation. Setiap kali bentang kat supervisor, setiap kali itulah kene betulkan dan aku selalu jadi pening sebab setiap kali perubahan yang kene buat, mesti berbeza dengan apa yang dia suruh aku betulkan sebelumnya.

Dan semalam, aku dah tak tahan lagi. Akhirnya butir-butir permata gugur. Aku tak pandang sikit pun kat muka supervisor. Aku bukan isteri derhaka, aku cuma tak mahu dia tengok aku menangis. Aku cuma ada tak sampai 24 jam untuk buat semula dari awal. Aku pasrah. Dua orang labmate yang masih belum pulang, cuba menenangkan aku. Hmm....makin berderailah.... Seorang dari labmate aku kata, aku seorang yang penyabar dengan karenah supervisor tue. Aku redha.

Usai tarawikh, aku terus bersengkang mata dengan teknologi. Kadang-kadang aku rasa, kerja-kerja yang dari awal sia-sia begitu saja. Last-last, last minute jugak. Huh.... Dan seminggu ini aku memendam perasaan. Akhirnya, hari ini baru dapat aku luahkan.

Rabu, September 17, 2008

Orang cuti, kita pun nak cuti

Orang: Eh, johor tak cuti ea hari nie?

Dia: Nape pulak nak cuti? Nuzul Quran?

Orang: A'ah lah. Nuzul Quran.

Dia: Takpe, kami dah cuti 1Ramadhan aritu. So, tak yah lah cuti.

Orang: Hehe..jangan jeles. Kitorang leh rest hari nie. Nak tido puas2.

Dia: Setiap sesuatu ada asbabnyer...macam al-Quran. Ada asbabul nuzul. So, hang diberi cuti mesti ada asbabnyer kan?

Orang: Hah?

Dia: Dah Nuzul Quran, so byk2kanlah baca al-Quran. Bukan eerk... Hang pun faham kan hang nak buat apa?

Orang: So, aritu hang cuti 1Ramadhan, hang buat ape?

Dia: Oooo...memulang paku serpih nampak?

Selasa, September 16, 2008

Jangan Lupa Lirik


Kamilah angkatan tentera malaysia
yang taat dan setia
err......
err......

Tentera benteng pertahanan negara
tentera lambang perkasa
biar putih tulang jangan putih mata
pantang undur tetap mara

darat laut dan juga udara
sentiasa terpelihara
membujur lalu melintang patah
harapan musuh dimusnah
_____________________________________________
hoho...kalau lah aku masuk rancangan jangan lupa lirik aznil punyer kat astro tue, gerenti kalah.huhu...
walauapepun..selamat HUT ATM ke-75

..::Gempur Wira::..

Isnin, September 15, 2008

Bangga...riak...ujub....takbur...

uigh...gerun jerk tengok tajuk yg aku taip. semuanya maksiat hati. lumrah manusia berdosa, tak dapat lari dari fitnah itu.

Ramadhan ini seperti Ramadhan yang lepas2. pertelingkahan nak buat ibadat sunat masih berlaku. solat tarawikh kan sunat, bertelingkah kan berdosa...tapi kenapa masih ada yang bergaduh? Tak kesahlah nak buat berapa rakaat. kalau nak buat 20..buat ajelah. kenapa yang buat 8 tue nak marah2? yang buat 20 pulak, kenapa cakap yang bukan2 kat orang yg buat 8? Nabi Muhammad pun tak tegah umatnya nak buat berapa dan nabi tak bagitau pun berapa rakaat yang sebenarnya. cuma diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa nabi solat sehingga bengkak kaki kerana lamanya baginda berdiri.

Tapi kita? lu pikir la sendiri. (hehe...sori nabil ambik trademark hang. tapi nak tambah sikit lagi....lu pikir la sendiri..pastue tanya iman di hati.) ^_^

............ihya' Ramadhan................

Khamis, September 11, 2008

Puasa Yang Yok, bila petang lapar peghuk

Ramadhan di suatu waktu...


Hurrmmsss....huuuhhh...(turun naik nafas).
Atan: Mak masak ape tue? Sedapnyer bau..
Mak: Mak masak kuah mee bandung. Nak makan bukak puasa nanti. Kenape?
Atan: Takde ape-ape. Mee bandung aje ke?
Mak: Alah...jangan risau. Mak dah bancuh tepung nie, nak buat cekodok udang kegemaran kamu.
Atan: Iye ke? Bestnyer...sayang mak.

Depan tv.
Atan: Ape adik nie? Makan cekodok depan orang puasa. Dosa tau!
Adik: Alah abang tue. Nape tengok adik makan?
Atan: Sabar...sabar....

Di luar rumah.
Atan: Lor...comel pulak.
Comel: Meow...

Di Dapur.
Atan: Hehe...mak takde. (setan merah bertanduk, berekor dan bertongkat dah kuar)Nyum...nyum... Patutlah aku tengok comel makan sedap jerk. Gelojoh pulak tue. Isy...isy...

Selasa, September 09, 2008

sek. keb. bukit panjang, pontian

Hari ini budak-budak darjah enam ambil periksa UPSR. Termasuklah sepupu aku. Merdeka yang lalu, aku, mak dan abang ziarah ke rumah mereka. Makcik Murni gorengkan kami cempedak. Kami borak-borak.

Makcik kata, "9hb depan Dini periksa. Ada ke cikgu sekolah dia suruh pist..pist.. kat kawan sebelah. Passing-passing la jawapan tapi jangan bising sangat. Hish..tak patut betul cikgu sekolah cakap macam tu."

"Percubaan aritu Dini dapat brape?" tanya aku.

"1A 4B." Jawab makcik.

"Erm...kalau percubaan dah dapat 1A, nanti periksa sebenar leh dapat banyak nih. Paling kurang 3A. Mesti kat sekolah, Dini paling terrer kan? Sebab tue cikgu dia suruh buat macam tue." Aku.

"Entahlah, iyalah agaknya. Dini pun selalu jugak dapat no.1....Dini, jangan ikut cakap cikgu Dini. Kang Dini pulak yang tak siap jawab sebab nak tolong kawan." kata makcik Murni.

"Cikgu cakap macam tue mesti ada asasnya kan? Mesti nak naikkan peratus sekolah. Yelah, sekolah kampung..."

Nak balik, makcik Murni bekalkan buah cempedak satu kereta sorong. Banyak betul. "Bahagi-bahagikan kat Pak Long, Pak Amin dan Mak Usu. Kalau rajin, gorengkanlah, bagi kat Wak Leman dengan orang depan ye. Sayang doa-doakanlah ye biar Dini dapat keputusan bagus. Dapat masuk universiti macam sayang." pesan makcik.

"Insyaallah..." jawab kami.

Rabu, September 03, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya ramadhan


"Ya Allah, kurniakanlah aku kejayaan dalam pengajian master by research yang sedang kulalui ini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan sepanjang pengajian ini. Aku mohon Kau tabahkanlah hatiku, kuatkan tekadku, cekalkan keazamanku agar aku dapat meneruskan perjuangan ini."

Itulah doa yang sering muncul di akalku dan hatiku setiap kali dahi menyentuh sejadah.

La tahzan fi hayatik, innallaha ma'ana...

Jumaat, Ogos 29, 2008

Akukah Kanang?

Inilah entri terpanjang yang pernah kugarap. Ku harap kau mengerti maksud tersirat yang tersembunyi
.............................................................

Di kala komunis bermaharaja, muncul insan berjiwa kental
Berperang sehingga berdarah, tanpa mengenal erti kesal
Musuh di kanan kiri berjaya ditumpas,
Sehingga kini parut berbekas

Kanang anak Langkau berpangkat Pegawai Waran 1 menjalankan tugas sebagai Sarjan Mejar Rejimen (SMR) di bawah Platun Perisikan Pertempuran Unit Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (RRD) mencipta sejarah,
Hutan Simpan Korbu Sungai Siput Perak menjadi taruhan pertumpahan darah,
Februari 1980 tarikh ditempuh,
Musuh menggila, Kanang berusaha
Musuh ada yang ditawan dan ada yang mati bergelimpangan

Walaupun parah, sahabat cedera tetap dipapah
Peluru bertalu singgah ke jantung, pundi kencing dan buah pinggang
Namun semangat juang terus berkumandang

Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dikurnia
Kini “Datuk” pula ingin ditambah
Namun ditolak dengan tabah....

“Saya bukan orang kaya, saya ni orang miskin. Kalau diberikan gelaran Datuk, saya terpaksa mengubah penampilan saya dan mengupah seorang pemandu yang mana saya tak mampu untuk sediakan.” – Kanang.

Akukah Kanang atau Engkaukah Kanang?
Namun, hanya dia Kanang
Perajurit pertiwi yang menggempur dengan sakti
Sayang, janji hanya tinggal janji
Wang berjuta dilabur namun telah dimungkiri
Hanya pangkat mengaburi tapi nasib mereka dipinggiri
Taat dan sumpah setia dikotakan
Umpama Laksamana Hang Tuah yang dibunuh kerana menurut perintah sultan
Tapi lagenda usang itu, dibuktikan Kanang kini.

Selasa, Ogos 26, 2008

Darah Satria

Lautan luas banjaran gunung
rezeki nan melimpah
bawah langitnya kami bernaung
rasa kasih tercurah

tanahairku bumi bertuah
tiada bandingannya
rela bersatu satu tenaga
mendaulatkan negara

dengan sepenuh keazaman
semangatmu nan waja
keranamu rela berkorban
engkaulah pertiwi yang tercinta
darah satria....darah satria....
berkobar di dada

tinggalkan ibu tinggalkan ayah
serta sanak saudara
membuktikan kesetiaan kita
pada bumi Malaysia
..............................................................
~Apa buktinya kalau kau sayang pada Malaysia?

Isnin, Ogos 25, 2008

Cobaan....

"Kalaulah naik kuda hitam
lari kencang, nafas pun panjang
Kalaulah punya pacar hitam
walau hari panas, senyum senang...."

Aku tak minat dan tak tahu sama sekali perkembangan mereka. Tapi oleh kerana peralatan teknologi ku dan kertas-kertas yang bersepah di tingkat bawah sejak semalam telah menyebabkan aku terus melekat di situ. Pada awalnya, konsentrasi terhadap kerja yang berlambak sedikit pun tidak terganggu walaupun hanya beberapa inci jarakku dari tv. Tapi apabila aku mendengarkan lagu ini, aku terus memandang ke arahnya. Dunia Compaq di depan mata sudah tidak ku hirau.

Konsentrasi mula tergugat. Housemate yang memang meminati program realiti itu sudah mula bertindak menjadi juri tak diundang. Aku...sekali-sekala menyanyi bagaikan berada dalam pertandingan. Masa berlalu. Rancangan sampai ke penghujung. "Kuda hitam" menang. Aku tewas dalam godaan. Kertas-kertas dan teknologi kubiar berantakkan. Sakit badan bermain badminton pada malam jumaat yang lepas terus menghantui. Aku beradu. Dan kerja-kerja itu tidak sedikit pun berkurangan. Aku demam.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Tobak...Tobat...Taubat

"Bulan puasa dah nak sampai dah nie. Tak leh la tengok wayang." Kata akal.

"Takpe...lepas puasa tengoklah wayang balik." Kata Setan.

"Kita kena bertaubat dahulu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Bila dah masuk, tinggal lipat-gandakan amalan. Tak boleh tengok wayang, buat benda yang maksiat. Tinggalkan sajalah segala perkara buruk yang pernah kita buat dahulu. Kemudian polish hati agar kilat, licin dan bersinar. Dan bila tiba Aidilfitri, barulah kita nie benar-benar fitrah." Kata Ustaz.

"Ini tak bermaksud kita boleh buat lagi perkara maksiat selepas bulan puasa. Sebenarnya, kita kena jaga hati kita yang kita dah polish selama sebulan itu sampai tiba Ramadhan yang mendatang. Bila setiap tahun kita polish hati kita dan jaga ia dengan sebaiknya, bila ajal kelak, hati kita memang benar-benar suci. Tapi, kalau kita asyik polish kemudian buat maksiat semula. Sampai ajal pun hati kita tetap macam tue rupanya." Tambah Ustaz lagi.

"Ooohh.....baru ku tahu macam nie caranya. Ye tak ye jugak." Bisik hati kecilku.

Rabu, Ogos 20, 2008

Double day.::20.08.2008::.

Jadikanlah TAKWA bahteramu
IMAN sebagai muatan
dan TAWAKKAL sebagai layar
Moga-moga kau beroleh kejayaan.

Double day...
Double your effort
Double your ability
Double your pray
then ALLAH will double your opportunity and excellence
..............................................................

~kata-kata semangat untuk diri yang semakin leka~

Isnin, Ogos 18, 2008

Wedding Planner and Psychologist

Aku tiba awal dek kehabisan tiket pada tarikh yang aku mahu. Bermalam di rumah kawan di Bangi, aku bosan. Makanya, aku berhajat bermalam di rumah pengantin aje. Boleh rewang. Hari Jumaat ke "Alam Anda", cari hadiah. Makan tengahari di food court yang diconquer oleh kakitangan kerajaan. Perut dah berisi, terus ke Banting. Belok punya belok, jumpe jalan mati daa... "Apelah co-pilot nie, kate dah 2 kali ke rumah Kak Jiji, camne leh sesat nih?" Hampir sejam jugaklah baru tiba di destinasi. Aku didropkan di situ. Berseorangan. Yang lain akan menghadiri jemputan di Taman Melawati esoknya. Aku malas nak ikut. Bukan kawan aku.

Di situ, tak semena-mena, aku diiktiraf dan diangkat sebagai "orang kuat" majlis. Dijemput menghadiri meeting tue! Semua yang berkaitan dengan pengantin, aku bereskan. Mak Kam siap panggil aku "wedding planner"! Fuh, kerjaya best tue. Income manyak masyuk. Tapi yang nie aku ikhlas. Pak Lang pulak anggap aku sedare diorang. Dan aku, dalam tak sampai sehari dah dapat ingat nama-nama mereka. Tidur malam ku kelewatan. Pada hari kejadian, muka ku cengkung, mata lebam. Macam jerangkung! Ambil gambar macamanapun tak fotogenik. Huaa....

Jam 3 aku mula bersalaman mengucapkan selamat tinggal. Mereka nak bekalkan aku berkat tapi aku tolak. Takut basi kataku sebab tiket bas jam 7. Hanya biskut dan telur yang dibungakan aku ambil. Mereka terharu atas kerjasama "tip-top" yang aku berikan. Alhamdulillah, aku berterima kasih kat makayah aku sebab didik aku bermasyarakat. Makanya, alah bisa tegal biasa..

Bas delay sejam. Nampak gaya, kami akan tiba lewat. Aku letih, tapi tetap bersemangat untuk mengetahui perkembangan Olimpik Beijing. Aku mimpi yang Chong Wei dapat perak. Aku ber'sms' dengan kawanku. Ternyata mimpiku benar belaka. Aku kenal Chong Wei. Mental lemah. Bantulah dia untuk dapatkan pakar psikologi seperti aku.
........................................................

p/s: Mahu ambil aku jadi wedding planner atau psychologist? Lupakan saja.....

Rabu, Ogos 13, 2008

Hantar Pengantin

"Eee....akak dah nak kawen dah..seronoknyer!!! Nanti, bila dah nikah, akak buatlah perjanjian dengan cik abang... Petang tadi kan kak, masa tunggu Nad amik, kite touching sangat dengan kemesraan kakak makmal dengan husband dia. Dah kawen dekat 30tahun, tapi nampak masih loving couple sangat. Payungkan kakak tue, bukakkan pintu kete untuk dia. Eee...bestnyer!!!" Itulah kata-kataku kepada Kak Jiji yang bakal berkahwin Ahad ini.

"Perjanjian macamana?" tanya Kak Jiji.

"Perjanjian bahawa dia akan sayang kita, cinta kita sampai akhir hayat. Biar badan tak sihat seperti muda-muda, walau muka dah tak lawa macam dulu-dulu, dia tetap akan sayang kita seperti awal-awal perkenalan. Walauapapun yang terjadi, dia tetap di sisi."

"Oooo...macam tue. Adalah... nanti akak buatlah, tapi tak boleh bagitau. Hehe..." jawab Kak Jiji.

Malam tadi, kami semua ikut menghantar bakal pengantin sampai ke stesen bas Sri Puteri. Jam 2110H, bas tiba. Kami salam-salam, peluk-peluk dan lambai-lambai.

"Ermm...naik cuti nanti dah takdelah title 'anak dara'..." gurau Noin.

Khamis, Ogos 07, 2008

Kucing UTM/Blok VS Kucing Kampung/Sendiri


Dato' TNC: Saya ada satu soalan. Macam teka-teki jugaklah. Err...sebelum tue, saya nak tanya, kamu pernah nampak tak kucing-kucing kat UTM nie kene tangkap?

Kami: Pernah...
Dato' TNC: Kenapa kucing UTM, kucing kat blok-blok kene tangkap? Kalau kucing bela sendiri kat kampung-kampung, kita buat tak tahu jer?
Dia: Ermmm..... Sebab populasi mereka banyak. Berak bersepah...
Aku: Errr.... sebab...sebab ape ek? Hish...payah jugak soklan nie. Padahal simple jer...
Dato' TNC: Haa...dah agak dah. Ramai dah saya tanya soalan nie, tapi semua tak dapat jawab. Saya saje je tanya soalan nie dalam mesyuarat pun diorang semua tak dapat jawab. Hah! Dah dapat belum? Saya nak bagi jawapan nih.
"Ape la jawapan dia," fikirku.
Dato' TNC: Jawapannyer, kucing-kucing kat UTM nie tak berdaftar, tak pakai kad matrik. Sebab tula diorang kene tangkap.
"Hahahaha.....ye tak ye jugak ek?" berderai tawa kami.

Khamis, Julai 31, 2008

Selamat Hari Pahlawan

Aku bukan pahlawan.
--Tapi aku pewaris gelaran itu.
Aku suka mengingati jasa dan pengorbanan pahlawan.
--Tapi aku tak suka Tugu dibina bagi memperingati jasa itu.

Untuk apa kau letakkan kalungan bunga di Tugu?
Bukankah lebih baik kau sedekahkan kalungan doa buat mereka?

Rabu, Julai 30, 2008

Malaysia VS Chelsea, Wanita Dan Bola Sepak

Semalam perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Chelsea. Ia berkesudahan dengan 0-2. Malaysia kalah lagi. Aku tak menyaksikan perlawanan. Walaupun aku bukanlah pengulas sukan yang profesional, aku nak juga melontarkan telahan aku. Mungkin mereka kalah sebab segan untuk berlaga bahu, malu untuk menggelecek kaki, bahkan menantikan wisel penamat untuk mereka saling bertukar-tukar baju dan sesi bersalaman mahupun bergambar. Yela, orang hebat datang bermain dengan mereka, siapa tak bangga. Ye tak? Mahu jugak dicanang seluruh kampung bahawa mereka dapat bermain dengan bintang bola ternama. Tahpe, ada di antara pemain Malaysia yang menjadikan pemain Chelsea sebagai idola mereka. Siapa tahu? Ke sekian kalinya, perlawanan itu diibaratkan bagai pemain sekolah rendah dengan pemain dewasa negara.

Dalam perjalanan ke UTM pagi tadi, aku dengar Radio Panas FM. DJ Fafau ada merakamkan pertengkaran antara 2 orang wanita. Yang sorang sokong Malaysia manakala sorang lagi sokong Chelsea. Hangat juga perbalahan itu. Tapi aku malas nak crite pasal mereka. Aku bukan kenal pun. Apa yang aku nak cakap, wanita dan bola sudah semakin serasi dewasa ini. Bahkan di luar negara, bola sepak wanita sudah dipertandingkan. Malaysia pun mula mengikut rentak itu. Kalau tanya pada kawan-kawan apa sukan kegemaran mereka, mereka jawab futsal. Wah, hebat jugak penangannya.

Menanduk dan menggelecek bola bagai lelaki. Tidakkah ia mengurangkan sifat kesopanan seorang wanita? Tengok saja iklan Sunsilk, gadis bertudung bermain bola. Kawan aku cakap, "dahsyatnya!!" Tapi itulah realitinya.

Dulu, kebanyakan wanita meminati bola sebab pemainnya yang tampan. Tapi kini, bukan atas sebab itu saja, mereka juga mahu kelihatan hebat dan macho seperti lelaki! Argh...aku pun tak faham. Yang pastinya, aku juga meminati bola sepak. Tapi aku kaki bangku. Ha ha ha.....

Ahad, Julai 27, 2008

Mambang

Entah kenapa malam itu aku kepingin sangat nak menyakat. Sambil-sambil tengok tv, aku bergurau dengan housemate aku.

"Hai mambang tanah, mambang api, mambang air, mambang....."

*Plup* Lampu padam. Tiba-tiba.

"Ha...tula, mambang lagi. Ayok!! Tak tau. Kan mambang betul dah datang."

Kami jalan seperti orang buta. Meraba-raba dalam kegelapan. Dari sliding door, satu taman bergelap. "Waduh, magik sungguh aku nie. Boleh buat satu taman gelap."

"Hah, mambang. Gi dapur sana. Pasang lilin."

Nasib baik aku nie sedikit berani. Kawan aku yang paling bongsu dalam rumah dah la penakut. Idea nakal aku pun keluar lagi. Aku nak jadi hantu lilin pulak. Tapi tak jadi. Kang kalau betul-betul hantu lilin datang kang, tak ke naya?

Bagi membaiki keadaan, aku berseru lagi.

"Hai mambang tanah, mambang api, mambang air, mambang angin... Err....lupa la pulak"

*Plup*

"Hah, nasib baik tak lame takde karen. Heh heh..."

Khamis, Julai 24, 2008

Bedah

Lampu Operation Theatre di 'on' kan agak lewat petang itu. 1715H baru bermula. Pembedahan hanya berbekalkan scalpel and blade, forcep, spatula (spatula? perlu ke?) dan hand gloves.

Mula-mula, toresan dilakukan dengan scalpel and blade. Kemudian, dengan spatula, umpil sampai sedikit terbuka. Toresan dilakukan lagi. Kali ini lebih panjang sampai ke bawah. Spatula dah mula membengkok. Belakang forcep pula digunakan untuk mengumpil. Hish...awat payah sangat nih? Akhirnya, pemegang radas pada kaki retort juga digunakan untuk mengumpil supaya bukaan dapat terbuka dengan lebih luas.

Jangan tiru aksi ini, hanya orang profesional saja boleh melakukannya.

Ah hah!!! Akhirnya...pembedahan berjaya. Hai durian, betapa susahnya hendak membuka engkau.

Tengah hari itu, kami ke belakang PSZ lepas lunch untuk melihat kalau-kalau ada rezeki. Terlompat-lompat dengan berbaju kurung untuk memetik pulasan dan rambutan kuning. Nasib baik ada galah, dapat jugak jolok manggis. Abang mesin rumput pulak tolong kami dengan memanjat pokok rambutan kuning. Dia menunjukkan aksi stunt yang sungguh membahayakan. Yela, depan anak dara. Mesti kene tunjuk terer. Memang sudah rezeki kami, ada durian gugur di situ. Apa lagi!!! Sudah tentu projek akan bermula lewat petang. Hahahaha....

Rabu, Julai 23, 2008

Lepak

Nak katakan aku teaching assistant, tak. Research assistant, tak jugak. Pembantu makmal, pun tak. Aku hanya student. Tapi kerja aku banyak mengalahkan student lain. Kalau ada pingat untuk student paling...ermm....paling rajin, paling berdedikasi, agaknya aku yang menang. Ahaks.... Tapi oleh kerana title student itulah, makanya, lecturer@supervisor aku mengerah keringatku sehabis yang mungkin. Aku pun, "baik, saya yang menurut perintah".

Semalam dan mungkin hari yang sama pada minggu yang seterusnya, aku akan lepak giler-giler. Semalam memang lepak giler lah. Kaki nie dah tak larat nak berjalan. Rasanya kalau aku ada kekasih hati, nak je suruh dia dukung aku. Ahaks...;-)

Isnin, Julai 21, 2008

Guy's Talk

Aku menghadiri Walimatulurus sahabat baikku di Kluang Sabtu lepas. Ramai jugak sahabat lama yang hadir. Hampir satu platun jugak la kalau dibariskan. Pengantin tiba jam 1345H. Adat pengantin, jalan mesti slow dan penuh dengan kesopanan. Baru je melabuhkan punggung di khemah persilatan, hujan turun dengan selebat-lebatnya; menggantikan silat pengantin yang tak sempat dipersembahkan. Ha...kalau jalan laju sikit kan bagus. Kesian pesilat tue, berlatih punya berlatih, tak jadi pulak nak dipertontonkan.

Ada waktu senggang, sempat jugak kami berborak dengan pengantin. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Tiba-tiba cuping telingaku terdengar satu soalan dari sahabat lelakiku yang lain, "Wei, ko dah ke belum?"

"Belum. Malam ni kot."

Ish..ish.. lelaki...lelaki... Takde soalan lain ke nak tanya.

Jumaat, Julai 18, 2008

Aku Geram

Aku geram betul la. Asyik trip je makmal aku. Dalam sehari je dah dekat 5, 6 kali trip. Tahpe, orang kat unit teknikal dah kenal aku siapa. Aku nak buat keje pun dah hilang mood. Dahlah aku bekerja dengan makhluk Tuhan, kalau aku asyik takde mood, marah-marah, dia pun taknak hidup agaknya. Tolonglah...aku dah penat dah. Takkan la sampai aduan aku sampai kat Karam Singh Walia baru mereka nak bertindak? Argh!!!!!!

Rabu, Julai 16, 2008

DEBAT

Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan...
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Isnin, Julai 14, 2008

Musim Durian

Seronoknya bila tiba musim durian. Aku nie memang hantu durian. Semalam, aku baru je sampai dari kampung. Melawat sedara-maraku yang sakit. Mak kata, orang kampung aku ramai yang dah kena sakit tue. Puncanya adalah dari gigitan nyamuk. Kemudian demam, sakit-sakit sendi, susah nak jalan. Pada firasatku yang dulunya bercita-cita menjadi seorang doktor, ia adalah sakit 'untut'. Berpunca dari gigitan nyamuk tiruk yang akan membawa kepada demam dan sakit sendi. Lanjutan dari itu, sendi-sendi akan membengkak dan membesar. Pakcik dan makcik aku kena sakit tue. Kesian dia. Aku datang ziarah dengan membawa penawar, harapanku agar mereka cepat sembuh. Ameennn... Penawar itu, aku juga beri kepada tok sedara aku dan jiran terdekat. Kemudian, mereka pula bagi aku 'penawar'. Adat orang berbudi. Alhamdulillah, kampung aku masih mempunyai nilai itu.

Sedap sungguh 'penawar' itu. Walaupun ada orang tidak menggemarinya termasuklah kakak aku, aku tetap suka. Walaupun ada orang kata bau dia busuk. Aku makan jugak. Lantaklah, bukan selalu dapat makan 'raja buah' nie. Lagipun pokok kat rumah mak belum berbuah lagi. Kalau nak makan pun kena pergi rumah tok sedara.

"Buk!" bunyi durian gugur. Eee....seronoknya dapat dengar bunyi durian gugur. Tok suruh ambik sendiri kat bawah pokok, kalau ada, bawa balik. Terima kasih tok kerana mengizinkan cucu menikmati keindahan dan keunikan ciptaan tuhan ini.

Rabu, Julai 09, 2008

11:11

Kalian pernah secara tidak sengaja melihat jam yang ketika itu 11:11 tak? Orang kata, kalau kita tengok jam waktu itu, ada seseorang yang sedang merindui kita. Betul ke? Boleh percaya ke? Entahlah, aku sendiri kurang pasti. Tapi benda nie sampai diselitkan dalam sesetengah drama. Contohnya "Yoo Hee The Witch", yang merupakan drama korea yang aku suka. Dari Malaysia sampailah ke Korea, kisah waktu itu dibawa. Kalau benar pun apa salahnya kan? Asalkan tidak tergigit lidah atau tergigit pipi sudahlah. Yang tue lain pulak ceritanya...

Selasa, Julai 08, 2008

Laksa Johor


Sabtu yang lepas, aku jadi chef lagi. Kali nie, aku ajar housemate aku yang bakal mendirikan rumahtangga Ogos ini. Dia minta aku ajar dia masak laksa johor. Almaklumlah, bakal cik abang orang sini. Sebenarnya aku takdelah terer sangat, kalau kat kampung pun, tolong-tolong mak jer. Pembelajaran lebih berkesan secara visual, maka aku dengan secara tidak sengajanya, pandai lah masak. Pagi tue, kami pergi shopping barang dapur. Banyak jugak belanja, sampai tak muat peti sejuk. Lepas zohor, aku terus memulakan upacara memasak dengan menyiapkan segala bahan-bahan. Kerisik, ikan blender, rencah, semua aku buat sendiri. Orang yang nak belajar masak takde bersamaku, diorang keluar dating. Takpelah. Masa berlalu. Jam 1830, mereka belum balik lagi. Nak tak nak, aku terpaksa masak jugak, sebab aku puasa sunat Rejab, nak makan ape buka puasa nanti kalau tak masak sekarang. Housemate aku yang lagi sorang pulang bawa kawan. Dia orang kelantan tapi suka laksa johor. Maka, dialah yang belajar dari aku. Orang lain yang nak belajar, orang lain pulak yang belajar. Walauapepun, laksa johor aku menjadi petang itu. Mereka kata sedap. Hehe...senyum sendiri. Dah boleh kahwin la lepas nie. =)

Isnin, Julai 07, 2008

Wajah Baru


Akhbar Berita Harian kini berwajah baru. Kompak dan lebih padat but the price and the content are still the same. Mungkin mereka nak jimat berbelanja agaknya, yelah...harga kertas kan naik 100%. Menyahut seruan kerajaan. Tapi 'broadsheet' lagi best. Lebih-lebih lagi bila dah jadi recycle paper, besar, boleh buat alas meja masa makan.

Khamis, Julai 03, 2008

Semalam

Keagungan Pencipta mengatasi segalanya. Semalam, bahang mentari tidak seperti biasa. Lewat tengahari, hujan turun pula. Habis basah baju di jemuran. Harap jiran sebelah tolong angkatkan. Hehe... Hubungan kejiranan memang tak dapat dielakkan. Mujur kami akrab seperti kawan.

Kalian tahu kenapa semalam mentari bersinar tidak seperti biasa? Sebab semalam adalah 2 Julai iaitu tarikh di mana kedudukan Bumi berada paling jauh dengan matahari pada setiap tahun. Jaraknya 94.8 juta batu atau 152.6 juta kilometer. Berbetulan semalam aku membaca fakta itu dari buku yang kubeli di Alamanda. Subhanallah...Keagungan Pencipta yang mencipta alam semesta di depan mata. "Ooo..sebab tula hujan turun," getus hatiku.

Isnin, Jun 30, 2008

Sorakan Emosi


Seperti ada satu tarikan untuk aku bangun menyaksikan perlawanan itu. Rasanyer, inilah kali pertama aku sanggup bersekang mata untuk menonton bola. Jerman bermain baik pada awal permainan. Tapi Sepanyol dulu menjaringkan gol pada minit ke-33. Selepas itu, permainan Jerman banyak yang tidak kena. Sepanyol lebih banyak melakukan serangan demi serangan sama ada pada babak pertama atau kedua. Pertahanan Jerman tidak seampuh World Cup dulu. Banyak yang bolos sehingga ke kotak penalti. Pada aku, siapa yang bermain baik, dia akan menjuarainya. Ramalanku tepat, Sepanyol muncul juara. Sebelum menyaksikan perlawanan live itu, aku seperti terlebih dahulu 'live' dalam mimpi. Aku pelik. Menyaksikan Torres menjaringkan gol, terdetik di hati, "macam penah mimpi". Ntah. Walaupun 'orang kampung' aku kalah, tapi aku seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Tapi tak tahulah kalau orang kampung Parit Jerman, Kukup Pontian. Adakah mereka akan bersedih?

Jumaat, Jun 27, 2008

Operator

Aishah: Hello, assalamu'alaikum. Unit Teknikal? Saye nak buat aduan la.

Operator: Wa'alaikumussalam. Ye saye. Aduan ape cik?

Aishah: Lab saye blackout la. Blok C08, aras tiga, Makmal Kultur Tisu Tumbuhan, no.bilik 306-02. (tanpa diminta aishah terus memberikan maklumat).

Operator: Oh, pelan-pelan dik, saye nak catat nie. (sudah mula beramah mesra).

Aishah: Oh, maaf encik. (Aishah memberi maklumat sekali lagi secara perlahan-lahan).

Operator: Erm...Makmal Kutu Tisu Tumbuhan? Nak buat ape dengan kutu tumbuhan dik?

Aishah: Kah...Kah..Kah...(Aishah tergelak. Kelakar). Bukan kutu tisu tumbuhan pakcik. Kultur tisu tumbuhan. Kultur.

Operator: Hah? Kutu?

Aishah: Bukan, Kultur... Kah..kah..kah..(gelak aishah lagi).

Operator: Cube adik eje, maklumla..pakcik nie skolah tak tinggi. Satu tingkat jerk..(Dia pulak gelak).

Aishah: K.U.L.T.U.R (Aishah ajar pakcik mengeja). Plant Tissue Culture Lab.

Operator: Owh...KULTUR, pakcik ingatkan KUTU tadi. Tue yg pakcik tanyer tue, nak buat ape kaji kutu tumbuhan. (Pakcik gelak lagi).

Aishah: A'ah..kultur. Ok pakcik. Time kaseh ek. (Aishah mengakhiri perbualan).

Operator: Maaf ye dik. Ok, sama-sama. Kejap lagi technician datang.

Gelak aishah masih berbaki. Jadi selama ini, diorang catat dalam record, kutu tisu tumbuhan la? Ish..ish..ish...

Khamis, Jun 26, 2008

Lelaki Pemalu

Aishah dan Nadia makan pisang goreng petang itu. Mereka duduk mengadap antara satu sama lain di meja koridor berhampiran makmal. Setiap insan yg dikenali, mereka sapa dan ajak makan sama. Muncul abang stor yg hensem itu. Dari jauh nampak dia parking kete, naik tangga dan tiba-tiba hilang.

Aishah: Eh, mane abang nie? Sembunyi kat balik tembok ker?

Nadia: Tengah pikir-pikir kot nak lalu sini ke tak. Takkanlah segan dgn kite kot?

Aishah: Dia kuar...dia kuar...Laa masuk lab pulak.

Nadia: Nanti kalau dia lalu, ajak la makan goreng pisang..

Aishah: Eh, dia ke sane laa...

(5 minit kemudian)
Nadia: Eh, dia kuar ikut sini la pulak. Hai, takkanla segan dengan kite kot sampai jalan lalu belakang makmal? Eh, dia masuk stor pulak. Pegang polistren. Dia lalu...dia lalu...Jemput makan (sambil menguntum senyuman). Hehe...

Abang stor: A'ah..jemput makan (membalas senyuman).

Aishah: Alah....dia nak awak yang sapa dia kot. Huhu... Ke dia segan dengan kite? Ish...ish...

Nadia: Ish...pemalunya dia...

Aishah dan Nadia terus menghabiskan makanan sambil tertanya-tanya kenapa abang stor hensem segan dengan mereka.

Selasa, Jun 24, 2008

Kerajaan Kelantan

Semalam gomen Kelantan mengeluarkan arahan kpd kaum muslimat di negeri mereka agar tidak mengenakan gincu dan memakai kasut tumit tinggi yang tiada tapak getah ketika keluar bekerja. Pasti pelbagai reaksi timbul ekoran larangan tersebut. Tentu ada asasnya mengapa larangan itu dikeluarkan.
Teringat akan aku kata-kata seorang guru, "Gincu tue air kencing syaitan." Tapi yang jelas, para suami tidak perlu risau akan isteri mereka dari dingorat oleh orang lain. Bahkan ekonomi penjual kasut getah akan meningkat. Bagaimana pula dgn ekonomi penoreh getah??

Isnin, Jun 23, 2008

PENTAULIAHAN DI RAJA


Seawal 210615H Jun 2008 pegawai kadet memasuki kawasan padang kawad. Inilah harinya untuk mereka mempamerkan persembahan kawad yg terbaik setelah hampir 2 minggu mereka berjemur di padang kawad. Ibubapa hadir menyaksikan, aku pula hadir membantu melancarkan pergerakan mereka dari padang kawad sehingga ke dewan watikah.
Pegawai kadet terbaik setiap IPTA mendapat hadiah sebilah keris yang dikurniakan oleh DYMM Tuanku Yang DiPertuan Besar N9. Masa aku dulu, best cadet dapat pedang kehormat. Walaupun aku bukanlah seorang best cadet, tapi aku masih boleh berbangga kerana akulah satu-satunya peg. kadet wanita yg memberi command untuk kontinjen kedua UTM dalam perbarisan itu suatu ketika dulu. Pedang kehormat itu aku pegang. Bak kata aku, "asal dapat pegang pun sudah cukup". Bukan senang nk pegang pedang tue. Inikan pula nak dapatkannya. Tahniahlah kepada sesiapa yg dapat anugerah terbilang itu.
Kepada pegawai muda yang baru ditauliahkan, aku harap kalian tidak lupa jasa jurulatih yg pernah mengajar kalian. Aku juga mahu ingatkan kalian bahawa tugas sudah bertambah berat, jalankanlah amanah dengan sebaiknya dan jangan lupa bahawa pangkat hanya nilaian dunia. Selepas mereka ditauliahkan, tidak ramai yg berterima kasih kepadaku. Satu-satunya yg aku dapat rasai keikhlasan dalam pengucapan adalah dari Tan Teck Chai menyebabkan aku rasa terharu. Bukannya aku kemaruk sangat tp sekurang2nya pengorbananku itu dihargai.

Isnin, Jun 16, 2008

Reunion

Semalam, entah mengapa secara tiba-tiba mataku bergenang. Sahabat terlupakan aku yg berada di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Puasku empang, akhirnya pecah jua. Kan mereka tahu aku bertugas. Tunggulah aku, aku bukannya mungkir janji. Tapi perubahan jadual yg mendadak menghimpitku. Aku siapa, mereka siapa. Aku tiada kuasa. Walaupun pangkat nilaian dunia, aku harus akur jua.
Sabar jadi penentu. Sahabat kembali menjengukku. Tiada lagi airmata. Hanya tawa gembira.

Ahad, Jun 15, 2008

BADI HALANGAN

Merentas halangan adalah event yang mana menguji kehebatan dan ketangkasan seseorang askar merentasi beberapa halangan buatan serta gambaran tentang peperangan sebenar. Ia terbahagi kepada 3 bahagian. Pertama; berlari mengikut trek yg telah ditentukan, kedua; merentasi 12 halangan yg disediakan seperti tangga bertingkat, tembok 6 dn 12 kaki, 'monkey rack', tarzan swing, kawat berduri dll, ketiga; menembak M16 25meter.
Kalau sebut tentang merentas halangan, orang pasti gerun dengan skuad halangan dari UTM. Aku tak tahu mengapa. Sehingga aku sendiri mengalaminya ketika menjadi kadet senior dulu. Penatnyer mmg tak terkira. Latihan tak kira hujan panas pagi petang; semua kami hayun. Baju basah kering dibadan. Yang penting 'perisai' dalam genggaman. Itulah laungan semangat juang kami.
Pada tahun ini, ketangkasan skuad halangan kali ini jatuh di tempat ke-3. Memang itulah kami, paling busuk pun no.3. UTM mmg tidak dapat lari dari badi tempat pertama sehingga ketiga. Bagus juga fikirku. Dan di 'perisai' itu UTM lah yg paling unggul kerana plak nama kami tertempel lebih banyak berbanding IPT lain.

Rabu, Jun 11, 2008

LARIAN 2


Skuad larian pentauliahan yang aku bawa dpt no.3 keseluruhan dari 12 IPTA yg terlibat. Walaupun bukan tanggungjawab aku pada mulanya, tp sebagai askar yg berkaliber seperti aku (riak nih), tugas yang diberikan agak last minute telah aku selesaikan dengan jayanya. Berbekalkan kuasa veto yang diberikan dan kerjasama dari semua terutamanya kadet, kita telah berjaya. yiiiiihaaaaa!!!!!!!!!!
Aku turut berlari untuk kategori terbuka wanita yang terdiri dari pegawai sukarela, Young Officer dan askar tetap. Bagi pasukan UTM, hanya aku dan Kpl Fatimah yang masuk sbb cuma kami saja yg ada sbg wakil staf wanita. Kpl Fatimah penah berkata kepadaku, "Puan, saya anak dah 5, kalau puan kalah dengan saya, puan malu sbb puan muda lagi." Wah, pedas sungguh kata-katanya. Aku anggap ia sbg satu cabaran.
Di hari pertandingan, aku berazam untuk berlari non-stop sbb aku tahu kekuatan dn kelemahan aku dlm long distance run. Trek yg paling mencabar pernah aku tempuh adalah di sini. Berbukit-bukit, kebun dan jalanraya sejauh 7km anggaranku. Tapi penganjur kata 5km. Ah, mereka tipu. Aku jadikan abang angkatku sebagai 'moral' sbb dia kuat lari. Tapi semasa berlari, aku cari sorang kawan dari UNIMAS untuk lari beriringan. Walaupun kami bertanding, tp persahabatan lebih penting. Kami support antara kami sehingga akhirnya dia mendapat tempat ke-4 dan aku ke-5. Wah...terer gak ek aku nie walaupun dah lame tak lari sejauh itu. Kpl Fatimah dpt no.6. Dia kate dia taknak berada jauh dgn aku. Hehe...aku lak jadi 'moral' dia.

"Boleh tahan gak ek puan lari, bukit tak berhenti tue..saya tak laratlah puan tapi saya taknak jauh dari puan. Tue yg saya kejar jugak walaupun flat." Katanya. Hadiah sampai tempat ke-10, kira orait la tue dpt no.5 dari lebih 30 penyertaan. Hehe....

Khamis, Jun 05, 2008

Argh!!! Dia lagi...

Hello, assalamu'alaikum mak. Kabare?
Alhamdulillah..kabare waras. Yang, minyak naik lagi.
Yeke mak? Eh, kate bulan 8 nie baru nk naikkn? Nape skrg lak? Tipu lah mak.
Betul la yang..
(menggaru kepala yg tidak berambut; pakai tudung daa.....)
Laa...nmpak sgt tak tgk berita..
Macamana nie? Nnt harga barang naik lg..
Nak buat macamane? Ape kate kite semua naik minyak ramai-ramai?
(mak gelak; argh...rindu pada gelak mak)
Kite jalan kaki je la mak..tak yah gune minyak. Mak pun leh exercise. Sihat sikit badan.
(die gelak lagi...)

Rabu, Jun 04, 2008

LARIAN

1..2...3...Go!!!!
Maka bertempiaranlah kadet-kadet berlari mengikut trek rentas desa itu.

Hurmss...hurmss...(bunyi nafas)
Asiah dn Yati: Staf, tak larat laa..
Staf Rosdi: Eh, kamu org terakhir nie. takde sape lg kt belakang nk tengok2kn kamu.
Asiah dn Yati: takpe staf, kami leh jaga diri.

Buk...kene.

Asiah: woi yati, monyet kejar kite laa....lari!!!!!
Yati: amik batu..amik batu..baling. mangkuk hayun betol budak UMS nie, korang pekong, kitorg lak yg kene.

Staf Rosdi: eh, mane la dak dua org lg nie....
(20minit slps itu)
Asiah: staf, kitorg kene kejar dgn monyet..(sambil mengeluarkan batuan di dlm poket)

kah..kah...kah...gelak kami semua.

Selasa, Mei 27, 2008

TARZAN

"Korang tahu kenapa bila Tarzan bergayut dia menjerit "oooooooooo" ? (sila lagukan mengikut irama Tarzan) Tanya En. Zul.

En. Zul pun memulakan ceritanya...

"Sejak kecil sehinggalah dewasa, Tarzan belajar bergayut melalui tunjuk ajar kera. Tiada lagu. Tetapi pada suatu hari, Jane dan pasukannya pun memasuki hutan untuk membuat kajian ttg hidupan liar di hutan. Jane merasa pelik apabila terjumpa spesies nya yg pandai bergayut bagaikan seekor kera. Jane cuba mendekati Tarzan."

"Diamati fizikal Tarzan persis Homo sapiens. Oleh kerana terlalu lama di hutan tersebut menyebabkan Jane dan Tarzan semakin akrab. Tarzan telah jatuh cinta kepada Jane. "

"Tiba-tiba suatu hari, rumah Jane yg didirikan oleh Tarzan yg baik hati di atas pokok telah mengalami kebakaran. Jane menjerit meminta tolong, "Tolooooonngggggg!!!!!!". Sekonyong-konyong, Tarzan bergayut dengan bergayanya dari satu dahan ke dahan yg lain utk menyelamatkn kekasih yg dicintai. "Jane, pegang tangan aku," kata Tarzan. Oleh kerana matanya terpejam, Jane mencapai apa yg tercapai oleh tangan kerana matanya pedih dek kepulan asap yg tebal itu. "oooooooooooo," jerit Tarzan. Rupa-rupanya, Jane telah memegang *nu Tarzan."

"Semenjak daripada itu, Tarzan tidak lagi bertelanjang bulat dan merasakan jeritan itu memberikan identiti tersendiri buatnya." akhiri En. Zul.

Terburai gelak kami sekelas sedari tadi khusyuk mendengar cerita dr En. Zul.

Hahahahaha.....

Selasa, Mei 20, 2008

menulis

ke sekian kalinya aku menulis. kali ini ku harap ia berpanjangan kerana 'aku menulis bukan kerna nama'..(nyanyian papa rock)
lgpn dapat 'moral support' dr seseorang.hehe...