Jumaat, Ogos 29, 2008

Akukah Kanang?

Inilah entri terpanjang yang pernah kugarap. Ku harap kau mengerti maksud tersirat yang tersembunyi
.............................................................

Di kala komunis bermaharaja, muncul insan berjiwa kental
Berperang sehingga berdarah, tanpa mengenal erti kesal
Musuh di kanan kiri berjaya ditumpas,
Sehingga kini parut berbekas

Kanang anak Langkau berpangkat Pegawai Waran 1 menjalankan tugas sebagai Sarjan Mejar Rejimen (SMR) di bawah Platun Perisikan Pertempuran Unit Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (RRD) mencipta sejarah,
Hutan Simpan Korbu Sungai Siput Perak menjadi taruhan pertumpahan darah,
Februari 1980 tarikh ditempuh,
Musuh menggila, Kanang berusaha
Musuh ada yang ditawan dan ada yang mati bergelimpangan

Walaupun parah, sahabat cedera tetap dipapah
Peluru bertalu singgah ke jantung, pundi kencing dan buah pinggang
Namun semangat juang terus berkumandang

Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dikurnia
Kini “Datuk” pula ingin ditambah
Namun ditolak dengan tabah....

“Saya bukan orang kaya, saya ni orang miskin. Kalau diberikan gelaran Datuk, saya terpaksa mengubah penampilan saya dan mengupah seorang pemandu yang mana saya tak mampu untuk sediakan.” – Kanang.

Akukah Kanang atau Engkaukah Kanang?
Namun, hanya dia Kanang
Perajurit pertiwi yang menggempur dengan sakti
Sayang, janji hanya tinggal janji
Wang berjuta dilabur namun telah dimungkiri
Hanya pangkat mengaburi tapi nasib mereka dipinggiri
Taat dan sumpah setia dikotakan
Umpama Laksamana Hang Tuah yang dibunuh kerana menurut perintah sultan
Tapi lagenda usang itu, dibuktikan Kanang kini.

9 ulasan:

saudagar gaRAM.. berkata...

kalau mahu menjadi KANANG,
perlu sanggup menembak askar yang baru lepas menunaikan "hajatnya".


dan kemudian,jika mau tolak badi mayat..
si KANANG dikhabarkan makan otak mayat tu..


amacam?
ada beran??

Tok Rimau berkata...

Tok tak tahu pasal sejarah. Apa yg tok tahu, bilik tok wangi seperti taman bunga. Thanks.

rasso berkata...

Ni hikayat apa? mmmm...


Kanang nemu berjaku'?

tasekM berkata...

aku kunang.. he he

ziarah ke rumah kamu :)

en_me berkata...

me cuma tahu lagu 'lanang sipaku lanang' yg sangat nostalgia ittewww.. salammm ramadhan

A t i Q a h berkata...

Nak jadi Kanang dalam mimpi. Boleh? ;)

Selamat menyambut Ramadhan. =)

Lily Abdullah berkata...

Mau juga jadi Kanang. Entri-entri yang patriotik gitu.


Salam kenal& Selamat Berpuasa :)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kanang anak Langkau. Hmmm.....

BuRuuj berkata...

saudagar garam,
kalau setakat menembak takde masalah sbb kau belum kenal aku siapa. tp kalau makan otak orang tu haram. =)

tok R,
wangi ek? my pleasure on u..=)

rasso,
Kanang nemu berjaku'? ape kebende tue? kami taula hang org sane.

tasik,
kau kunang? mesti cantik kn?

en me,
bukan 'gelang sipaku gelang' ke?

atiqah,
boleh jugak. marhaban ya ramadhan=) puasa tak?

waterlily,
smga entri ini dpt menaikkan smngat patriotik.

jowopinter,
hmmm....;)