Setiap perkara mesti ada sebab dan merangkumi semua tanda tanya.
Begitu juga kalam suci Tuhan.
Tapi ia tidaklah termasuk pertanyaan, "eh, nuzul Al-Quran cuti umum kan?"
erk....
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Jumaat, Julai 26, 2013
Isnin, Julai 22, 2013
100 hari bertemu Tuhannya
Pemergian
ayah bertemu Tuhannya telah berlalu 100 hari.
Masih segar lagi segala ingatanku bersamanya. Indah, pahit, manis, maung; semuanya
bercampur. Itulah lumrah kehidupan. Langit bukan selalu cerah. Lautan mana yang tak bergelora. Putaran roda kehidupan sentiasa berpusing,
kadang-kala di atas da nada ketikanya di bawah.
Ayah,
Marahnya ada
dalam diam,
Gembiranya
ada dalam senyuman,
Gigih
bekerja walaupun dimamah usia,
Basikal tua
itulah kenderaannya,
Sendunya
lahir di dalam doa.
Doaku
sentiasa dan takkan puas memohon pada Tuhan agar dikau bahagia di sana.
Jumaat, Julai 19, 2013
Azam Ramadhan
Ramai di kalangan kita memasang azam bagi setiap ketibaan tahun baru, lebih-lebih lagi tahun masihi berbanding tahun hijri. Tiada salahnya, kedua-dua tahun itu pun tiada masalah cuma bagi sesetengah orang memudahkan mereka merangka mengikut tahun masihi kerana seluruh dunia menggunakannya.
Namun, sedar tak sedar, ramai yang melupakan merangka pelan menambah pahala untuk akhirat di bulan Ramadhan. Walaupun hanya sebulan, jangan kita anggap enteng akan kelebihannya.
Apa salahnya merangka, membina jadual amalan walaupun hanya sekadar catatan diari kecil ataupun senarai semak amalan? Cukup sekadar mengingatkan diri sendiri dengan kadar amalan yang telah dibuat supaya boleh dibuat penambahbaikan seperti melipatgandakan amalan. Walaupun begitu, janganlah diharapkan pahala dan dihitung pula berapa kadar pahala yang akan diganjar oleh Tuhan!
Wallahu'alam... ;)

Khamis, Julai 18, 2013
Ramadhan Kareem
10 Ramadhan pertama hampir melabuhkan tirainya. Sememangnya masa itu beredar mengikut apa yang manusia fikirkan. Sememangnya Allah telah menetapkan perjalanan masa itu sekian sekian, namun terasa cepatnya masa bergantung kepada pengisiannya! Iya, itulah yang aku maksudkan.
Mendengar sayunya lagu terbaru nyanyian Maher Zain tentang Ramadhan telah menyebabkan mata ini sering bergenang. Apakah ini Ramadhan terakhir buatku? Bagus untuk beringat dan bersedia dengan amalan, namun hati ini amat takut akan kematian. Aku belum itu, belum ini, buat itu, buat ini, apabila diutarakan semua, semuanya tentang dunia! haih~
Bilalah agaknya diri ini dapat menjadi VVIP di sisi-Mu ya Allah? Izinkanlah.....

Langgan:
Catatan (Atom)