Rabu, Disember 24, 2014

Berdosakah Aku

Berdosakah aku sehingga menyebabkan orang jatuh cinta dengan aku?

Sememangnya perwatakan aku sebegini.  Lebih-lebih lagi apabila meningkat ke usia matang dan lanjut ni, aku harus cuba mengekalkan gaya hidup yang sihat, wajah yang ceria dan muda (cewahh.. ;P) serta berfikir dan bertindak matang dalam setiap gerak-geri.

Andai ini yang menyebabkan 'dia' jatuh hati dengan aku, Alhamdulillah...aku bersyukur, kerana masih ada insan yang sudi untuk terima aku seadanya.  Namun, aku tidak mampu untuk membalas cinta itu kerna aku tidak mampu.

Oh Tuhan, aku serahkan segala-gala kepada-Mu.  Kuatkanlah hati ini.

Berdosakah aku?


Isnin, Disember 22, 2014

AFF Suzuki Cup 2014

Tirai kehangatan pesta bola Asia Tenggara telah dilabuhkan.  Pelbagai kenangan dan insiden suka-duka sepanjang kejohanan berlangsung.

"Rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi".  Itulah yang sedang berlaku dek kekalahan pasukan kebangsaan untuk menjulang piala apabila ditidakkan oleh pasukan Thailand.

Walau apapun, teruskan usaha!

Patah sayap bertongkat paruh~


Isnin, Disember 08, 2014

Jadi Bujang Pun Susah

Ini luahan hati terhadap rakan sekerja sebenarnya! (adehh...)

Aku suka jadi bujang.  Banyak kerja boleh dilakukan sendiri, dengan masa sendiri, bahkan dengan cara tersendiri.  Selagi aku mampu dan berdaya, aku akan buat sendiri, bersendirian.  Aku sering memberikan bantuan kepada rakan sekerja, tanpa mengharapkan apa-apa balsan hatta ucapan terima kasih!  Ya, aku insan lemah.  Setelah banyak kali ditarbiyah dan mentarbiyahkan diri sendiri, aku menjadi semakin positif.  Insyaallah!

Walaupun aku sering dipergunakan, aku ambil cabaran itu untuk menjadikan diriku yang lebih baik.  Jadi, banyak merungut akan menggusarkan hati.  Maka, aku memilih untuk berdiam diri!  Selagi aku terdaya dan diberikan kudrat, selagi itulah aku mampu dan sanggup bertahan.

Oleh itu, jangan pernah berhenti berjalan.  Jika kamu pasrah, ingat kembali mengapa kalian memulakan langkah dahulu.  Woha!!

=)

Jumaat, November 21, 2014

Angau

Ada staf baru menyertai syarikat; tempat aku bekerja. Muda beberapa tahun dari aku. Agak matang dan lembut dalam berbicara. Ada rupa, elok juga budi pekertinya. Pertama kali bersua ketika sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh HQ syarikat yang mana aku turut diundang untuk memeriahkan majlis.  Ketika itu, aku mengambil cuti tahunan kerana ada urusan di Kuala Lumpur, namun sempat meluangkan sedikit masa untuk hadir sebentar.  Dan ketika itulah, aku diperkenalkan kepadanya.  Aku dan dia hanya ber 'hai-hai' sahaja.  Dia rajin membantu di awal majlis sebelum acara perasmian. Nampak kemas dan segak berbaju cekak musang dengan stail rambut anak muda.

Walaupun baru pertama kali berjumpa, kami tidak kekok berbicara mungkin kerana sikapku yang mudah mesra dan peramah.  Senior-senior mengarahkan aku untuk menjamu hidangan lebih awal sebelum berangkat pergi meninggalkan majlis.  Memandangkan situasi kekok (makan sebelum masanya), aku pelawa tetamu yang lain untuk sama-sama menemaniku menjamah hidangan.  Dia lantas turut menyertaiku dan duduk di sebelahku! Waktu itu, tiada apa-apa perasaan yang timbul, mungkin kerana kami jarang berhubung lantaran dia hanya pembantu akauntan.  Semua itu berubah selepas akauntan berpindah mencari rezeki di syarikat lain dan dialah satu-satunya insan yang kerap aku hubungi.

Adehh~ Terasa sepertinya aku yang telah angau bak dilamun cinta!  Duhai hati, sila jaga iman.

Ok, ketemu lagi! ;)

Jumaat, November 14, 2014

Uhuk... uhukk!!!

Assalamu'alaikum dan salam Jumaat,

Lamanya menyepi tanpa sebarang khabar berita.  Bagi yang mengikuti blog ini, mungkin telah lari ke laman lain (err...ade ke? ahakss...perasan jap).

Bukan tak mahu menulis tetapi banyak sangat kekangan yang menghalang terutamanya sikap malas untuk mencoret. haihh~

Tak banyak perubahan yang berlaku terutamanya tentang diri empunya blog ini yang masih belum berpunya! (ahakss..promote jap).

Teknologi yang semakin berkembang dan kebanjiran telefon pintar yang bersaing di pasaran global sebenarnya semakin memudahkan sesuatu urusan yang berkaitan dengan internet.  Aku seperti biasa, masih kerap menulis dan mencoretkan catatan harianku yang telah dipindahkan dari laman blog ke Facebook, wechat dan akan datang tweeter (baru berminat nak buka).  Maka, ketidakpedulian terhadap blog semakin memuncak! Bersawang bagai (dah nama pun laman sesawang...).

Ok, sampai ketemu lagi!