Jumaat, Ogos 28, 2009

Hikmah Ramadhan

Kenapa Allah ciptakan bulan?
Supaya manusia boleh membuat perkiraan masa. Namun, ada juga yang menggunakan matahari sebagai perkiraan masa.

Kenapa tak jadikan saja matahari sebagai perkiraan masa bagi orang Islam?
Jawapannya mudah, kerana Allah Maha Adil lagi Bijaksana! Kenapa? Kerana;

1. Peredaran bulan singkat berbanding matahari. Antara 29 hingga 30 hari lengkap satu pusingan. Tapi matahari siap ada tahun lompat lagi.

2. Sesetengah negara mengalami 4 musim setahun. Sekiranya matahari dijadikan peredaran masa, sudah pasti muslim di negara tersebut akan tetap berpuasa di musim panas ataupun musim sejuk saban tahun . Yang mana musim panas, siangnya lebih panjang dan sebaliknya bagi musim sejuk. Bukankah itu membebankan? Dan mungkin mereka akan terlepas untuk menikmati buah-buahan yang tumbuh pada musim-musim tersebut kerana berpuasa.

3. Nama-nama bulan itu sedap didengar dan mudah disebut dengan perkataan "bulan". bulan ramadhan, bulan syawal dsbg nya. Adalah menjadi kesalahan bagi kita manusia seluruh dunia kerana menggunakan bulan untuk kalender gregorian. Bukankah perlu disebut matahari januari, matahari mac, matahari april dsbg nya??

4. Dan ini pengamatan aku sendiri, matahari apabila kita tutup sinarnya, akan menjadi gelap gelita. Namun, sekiranya anda berada di hutan belantara di kala malam bulan mengambang, cahayanya tetap menembusi celah-celah ranting, dedaunan pohon yang meninggi. Begitulah, ajaibnya bulan yang menjadi lambang bagi umat Islam. Ibarat iman yang menerangi hati yang gelap. Wallahu'alam....

Khamis, Ogos 27, 2009

Ramadhan Ini

Bagi yang bujang transform to isteri atau suami orang, mereka akan kata, "Ramadhan kali ini amat bermakna kerana saya telah menjadi isteri/suami orang."

Bagi yang berkahwin dan baru mendapat cahaya mata, mereka akan kata, "Ramadhan kali ini lebih bermakna sebab saya baru je mendapat cahaya mata." Dia tak tahu, kalau bini dia bersalin bulan ramadhan, banyak hari puasa terhutang!

Bagi yang telah lama bersuami isteri, mungkin mereka akan kata, "Ramadhan kali ini lebih bermakna sebab saya baru je dapat orang gaji. Tak perlulah pening-pening kepala nak masak juadah kesukaan semua orang. Pening dibuatnya!!"

Bagi suami isteri yang asyik bergaduh tiba-tiba sah cerainya, mungkin mereka akan kata, "Ramadhan kali ini lebih bermakna bila hidup tanpa si dia." Oppss....

Ramadhan datang, adaptasi mengikut setiap individu. Wallahu'alam....

Selasa, Ogos 25, 2009

Orang Bujang

Jadi orang bujang ni memang seronok. Nak-nak time puase macam ni. Yela, tak kesah pun ape juadah yang ade depan mate, balun je. hehe.....

Pagi tadi kami sahur telur ayam kampung rebus + milo oligofructose. That's it. Tinggal berdua, macam tu la nampak gayanya. Dulu-dulu, mase mule-mule masuk rumah sewa tu, aku rajin bangun masak sahur. Tapi oleh kerana pahala tu tak nampak, aku serik. Penat beb. Kalau kat kampung lain suasananya. Mak ade. Aku tolong-tolong jer. huhu....

Bukan senang kan menjadi suri? Allahu Akbar....

Selamat menjalani ibadah berpuasa. Marhaban ya Ramadhan. Ramadhan Kareem ;)

Rabu, Ogos 19, 2009

"AM Skrew", "Di Silau Pagi~i follow" dan "Bicara Pagi"

Helluuu~~~ Fufau in da house!!! bersama eff Bee Ai. Menemani anda dalaaammm AM Skrew!! Hmm...ape topik kite pagi ni Fufau? "Suamiku dot...dot...dot..." Anda boleh SMS di 33311 atau menelefon kami di talian 03-333.....

"Hello, kak Fufau, sejak saya tahu suami saya ada hubungan dengan perempuan lain, cari selalu ke Spa. Saya buat facial bla bla bla sampai sekarang, suami saya dah lama tak hubungi perempuan tue!

Assalamu'alaikum dan selamat pagi!!!! Anda bertemankan kami Krellll, KO dan SY a.k.a Abang Yem "Di Silau Pagi ~ i follow". Topik kita pagi ini ialah "Kejutan yang tak terkejut" yang anda pernah lalui, untuk berkongsi cerita dan pengalaman anda, anda bolehlah menelefon kami di 03-95432000 . Sementara menerima panggilan, kita dengar dahulu lagu dari BPR-Dari sinar mata. i follow~

Ada satu hari tue, kami menonton cerita Ju-On. Balik dari memonton tue, konon-kononnya, dia nak takut-takutkan saya la dengan merangkak naik tangga. Dia tak tahu yang saya pun merangkak dari atas! Apa lagi??? Hahahaha......

Assalamu'alaikum dan selamat pagi. Anda sedang mendengarkan kami di gelombang 101.9 FM, 105.2 FM dan bla bla di Radio ..... Johor. Mantapkah hari anda? Telefon kami di 07-2244100 dengan bertemankan saya Helmi. Jangan lupa pada jam 8.15 pagi ini, kita ada tetamu dari DUN kawasan Kulai Jaya, Dato' ........ untuk membicarakan tentang pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan tersebut. Bagi siapa-siapa yang mempunyai masalah, bolehlah menghubungi kami sekali lagi di talian 07-2244100 atau 2243100 atau 2245100.

"Hello, encik boleh jauhkan diri dari radio tak? Kami di sini tak jelas dengan panggilan dari encik. Hello...hello...hello... Alamak Dato', panggilan kita terputus nampaknya" kata juruhebah.

...........................................................................................................................................
Kadang-kadang pengajaran itu datang bukan dari perbicaraan yang formal.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Keluar Kepompong

Hampir seminggu aku mengkuarantinkan diri di rumah. Ke makmal tidak, balik kampung pun tidak. Aku memenjarakan diri. Sakit tidak, demam pun tidak. Takut, mungkin... Housemate sorang je yang rajin ke makmal.


Malam selasa yang lepas, aku bermimpi lagi tentang kematian. Bukan orang lain kali ini. Mayat itu adalah aku. Ya, aku seram sejuk. Siapa tak takut mati beb? Bangun dari tidur, alhamdulillah...aku masih bernyawa. Takut juga ek bila sadar-sadar je dah kat dalam lubang kubur! Masyaallah....

Orang kata, mimpi mati tandanya panjang umur. Aku harap begitulah.. Tapi, aku ni selalu je dejavu. uWaaa......taknak mati lagi.......

Jumaat, Ogos 07, 2009

Cik C Bukan Cik T

Sekonyong-konyong sampai di rumah jam 10 pagi. Aku terus ke dapur untuk melihat hasil tangkapan.

Yes!!! Alhamdulillah....aku menjerit kesukaan. Perangkap yang sudah dua hari kupasang akhirnya mengena! Umpan jajan sate ikan jadi kesukaan dia rupanya! Hehe....

Aku angkat perangkap, "cit! cit! cit!!!" Nyaring sungguh dia berbunyi tapi badan ma'aih, kecik! Muncung panjang. Hurmmm.......cik C rupenyer, aku fikirkan cik T.

Jadi, alhamdulillah. Harapan kami untuk "dia" menumpang di rumah kami tak sampai sebulan termakbul! Kami berjaya untuk menghalau "dia" pergi. Yeay!!

Rabu, Ogos 05, 2009

Sendiri Aku

Hidup ni, taklah lama sangat. Ikutkan iman, tak banyak masa untuk buat amalan yang dapat melayakan diri masuk ke syurga Allah.

Dari kecik sampai besar, hidup penuh dengan peperiksaan. Dalam banyak-banyak peperiksaan, peperiksaan SPM paling susah. Tapi kita tetap boleh tempuh. Tapi kenapa ustaz selalu cakap soalan bocor dalam kubur pun susah kita nak jawab ek?

Kenapa kita selalu cakap kita tak cukup masa? Semua orang, Allah bagi 24 jam sehari semalam. Pelik aku, ada orang buat statement "Gerai kami dibuka 25 jam" ???

Aku tak tahu kenapa aku buat entri ini. Ntah?? Serabut? Mungkin? Aku dah pening dengan hala tuju aku sendiri. Semua aku kejar...dunia!
................................................................................
Aku kehilangan seorang makcik yang baik dengan aku. Kami tak rapat mana, tapi sebelum Allahyarhamah dikebumikan, aku sempat membaca Yaasin di sisinya, sempat menatap wajahnya. Aku sentiasa menghitung hari Allahyarhamah di dalam kubur sendirian sehingga ke hari ini. Bukan tak pernah menghadapi upacara kematian, tapi yang ini, aku rasa lain amat. Terasa seperti ada hidayah sampai padaku untuk aku berubah. Ya, kubur tak luas, tak terang.

Selasa, Ogos 04, 2009

Penghuni Baru

Alaahai.....
Baru seminggu kawan keluar, dah ade "kawan" baru yang masuk. Leceh betul laa....
huhu....

Kehadiran "kawan" baru nie, kurang digemari oleh aku dan housemate aku. Perangainyer...adoiyai! Malas den nok kabo.

Kami harap sangat dia tak menetap lama di sini. Kami harap-harap lebih kurang sebulan la paling maksimum. Kami tak berniat untuk menghalau dia pindah keluar, tapi.....apakan daya. Jahat kan kitorang?

yela....korang suke ke kalau ade cik tikus dalam rumah korang? huhu....sekarang tengah berusaha untuk menghalau dia. Setakat nie, dia belum sentuh bebaju lagi, setakat beras kat dapur tue ade laa....belum pandai panjat tangga kot? hahaha... Ade ape2 petua? Kongsilah...