February, diam tak diam dah sampai ke penghujungnya. Bulan yang paling sedikit hari. Dan tahun ini menjadi bulan paling sibuk dalam lipatan ingatan aku. Banyak coretan cerita yang punya pelbagai rasa. Suka, duka, hilai tawa, tangisan dan jelek bercampur-baur.
Dengan kesibukan kerja dan urusan peribadi yang meruncing, aku lelah. Dek terlalu banyak tugas kadang-kala menjadikan aku termangu mana yang perlu. Oh Tuhan, berikanlah aku kekuatan. Amin...
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Sabtu, Februari 28, 2015
Khamis, Januari 29, 2015
Kemalangan Kedua
Aktiviti riadah yang akhirnya mengundang kecelakaan kecil. Bersabarlah dengan ujian duhai sayang. Huhu....
Gambar Cik Ted nak tumpang letak kepala. Ngee...
Gambar Cik Ted nak tumpang letak kepala. Ngee...
Rabu, Januari 21, 2015
Anugerah Juara Lagu 29
Telah melabuhkan tirainya bagi lagu-lagu keluaran 2014. Juaranya yang diumpat sebagai tidak layak masih kedengaran sehingga kini. haihh~
Masakan tidak, lihat sahaja jurinya yang rata-rata penyanyi hip hop. Bukan aku menidakkan kejayaan lagu tersebut, tapi persis berat sebelah. Kenapa sedari dulu enggan diangkat lagu-lagu bergenre hip hop dengan lirik yang cukup puitis dan lebih mendalam seperti lagu "Aku Maafkan Kamu- Jamal Abdillah ft Malique" dan "Mantera Beradu - M. Nasir ft Malique"? Jika mahu dibuat perbandingan, dua lagu ini jauh lebih indah bait liriknya berbanding "Apa Khabar - Joe Flizzoe ft SonaOne".
Siapalah aku? Hanya juri sisipan yang bisa mengutarakan pandangan di kalangan sebilangan kecil kawan-kawan yang kita suka. Namun, lagu-lagu yang mencuit hati aku bagi tahun 2014 adalah dari "Daqmie- Tangisan Sepohon Tamar" dan "Hazama - Kurelakan Jiwa".
Sekian.

Isnin, Januari 05, 2015
Kemalangan pertama di 2015
Kemalangan di tempat kerjaku. Aku terpegang tembaga panas yang bersuhu hampir 200˚C ketika memeriksa kerosakan mesin. Mati segala deria sentuh di tiga jari kanan ini buat sementara waktu.
Huwaa~
Huwaa~
Khamis, Januari 01, 2015
Langgan:
Catatan (Atom)