Jumaat, Disember 28, 2012

Prospek 2013

Selamat datang tahun baru.  Bukan sahaja tahun hijrah, malah tahun masihi pun aku alu-alukan.  Bukan sekular atau apa sahaja yang memisahkan agama dengan kehidupan, tapi aku berbuat demikian hanya untuk diriku.  Aku asingkan azam ibadah di dalam Hijri dan azam kehidupan di dalam Masihi.

Azam ini antara yang sentiasa ku ulang-ulang pada setiap tahun, iaitu aku berazam untuk kekal sihat dan cantik! Tahun 2013 juga akan aku mulakan semula menu diet sihat secara berjadual.

Here come the new year with more prosperous! Aminn..... ^_^

Khamis, Disember 27, 2012

Merlin oh Merlin


(maafkan aku sebab entri kali ini akan menggunakan 'bahasa rojak' dengan 'ejaan rojak')

BBC dah announced siri 5 Merlin ini adalah siri yang terakhir.
Siri ini telah berakhir di siaran BBC pada 24 Disember yang lepas. Dan aku baru semalam selesai menontonnya.  Ya, aku menangis... A lot!!! Dan ketika menulis review ini pun mataku bergenang.

Aku tak pernah ikuti siri-siri cerita omputih macam Prison Break sampai season 10 atau Friends yang ntah sampai season brape, atau mana-mana cite omputih yang ber'season-season nih. Sejak aku tengok cite Merlin ni kat TV3 beberapa tahun yang lepas, aku addicted sangat.  Aku masih ingat ketika duduk berumah sewa di Pulai Perdana dulu, aku sanggup balik daripada kampung ke rumah sewa lewat semata-mata tidak mahu ketinggalan menontonnya di rumah di kampung. Pukul 11malam barulah balik ke rumah sewa yang mengambil masa sejam! oh~

This bittersweet ending is so heartbroken for me.  Aku tidak mahu meninggalkan apa-apa kesan kepada sesiapa yang belum habis menontonnya tapi "The Die Is Cast" memang berlaku.  Sara Hamill, please continue for at least one seasonThe ending is quite dissappointment!  You guys are great combination, not only the actors but includes the producer and all staffs for doing such a great movie! So, dont end that there!!!

ohh~~~ ;(

Sabtu, Disember 22, 2012

KIAMAT

Apa?
Kiamat bererti pengakhiran alam dunia menuju alam akhirat.

Bila?
Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Kenapa?
Supaya manusia sentiasa bersedia dengannya.

Siapa?
1.  Tuhan yang menentukannya.
2.  Seluruh alam dan segala isinya yang akan bertemu pengakhiran.

Di mana?
Di mana-mana.

Bagaimana?
Setelah berlaku semua tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat.

Berimanlah dengan 6 rukun iman.  Nescaya engkau dan aku akan menemui jalan pengakhiran yang baik.

Kiamat itu pasti!

Jumaat, Disember 21, 2012

Durian oh Durian

Durian Crepe.. Sedang hangat di pasaran!


Kuih bakar durian. hihi...
 
Alhamdulillah....i enjoy baking ;)


Rabu, Disember 19, 2012

Creative Work that Never Ends




 
I got a new calender and folder from my supplier. Its recycled paper! yeay!!!
Go green and save our planet ;)

Khamis, Disember 06, 2012

Taubat Sambal Belacan?

Pedas pedas sambal belacan, walaupun pedas masih mahu dimakan juga!

Perit juga duduk bersendirian. Sakit pening tiada siapa yang peduli.

Semalam, Selasa 4 Disember 2012, dunia menjadi kabur dan hampir padam di mataku.  Degupan jantung seakan-akan berhenti.  Dada terasa sesak.  Tekak merasa sangat kering.  Aku cuba bertenang dan menarik nafas sedayaku.  Daripada berdiri, aku duduk.  Picit-picit mana-mana anggota yang tercapai tangan.  Dalam fikiran hanya terfikirkan itu adalah penghujung hayatku.  Aku hanya beristighfar dan mengucap syahadah di dalam hati sambil-sambil terbayang betapa banyaknya dosaku selama ini.

Alhamdulillah...sehingga kini aku masih bernafas.  Terima kasih Tuhan di atas nikmat nyawa ini.
Izinkanlah aku bertaubat sebelum Kau mengambil nyawaku.  Moga taubatku bukan taubat sambal belacan.

Sabtu, November 17, 2012

Bahasa Tuhan 2

Aku sering diuji dengan pelbagai ujian; sama ada besar atau kecil dan ujian yang pelbagai bentuk.  Kalau tidak ke atas aku, ia berlaku ke atas orang yang berada di sekelilingku sehingga turut melibatkan aku sama.

Ya Allah, apakah hikmahnya?

Ilhamkanlah, agar aku mengerti bahasa-Mu itu.

Jumaat, November 16, 2012

Bahasa Tuhan

Janganlah rasa mual dengan sikapku.  Aku hanya insan biasa yang punya banyak dosa dan noda.  Aku berazam untuk mengubah diri ini menjadi insan terbaik di pandangan Tuhan.  Andai aku kelihatan buruk di pandanganmu, biarkanlah aku.  Kerana aku tidak bisa memenuhi hasrat setiap insan dan ia adalah mustahil! 

Ibarat, seekor keldai bersama tuan dan isterinya.  Ada sahaja yang tidak kena di pandangan manusia yang melihat perbuatan mereka.  Hanya untuk memuaskan hati manusia yang memberikan pandangan, namun pandangan yang sama tidak kelihatan di mata insan lain.  Oleh itu, pandangan manusia itu adalah mustahil untuk dipenuhi.

Namun, pandangan Tuhan itu Maha Agung.  Walaupun banyak compang-camping, Tuhan tetap memandangnya dengan pandangan yang tidak pernah mengecewakan.  Cuma, hati ini sukar untuk menerima ketentuan-Nya.

Maka, belajarlah Bahasa Tuhan, agar kamu mengerti.

Rabu, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

"Berdoalah, maka akan Aku perkenankan permintaan kamu." Itulah kata-kata Tuhan Yang Amat Pemurah.

Fill heart with no worries... ;)

Jumaat, September 28, 2012

Borak-borak Sorey

"Hello mama, @#%&*cuk aner?" Tanya Alif.

"Hah? ucuk? mane mama tau. Umi acuh tak?" Balasku.

"@#%&*cuk aner?" Alif tanya sekali lagi

"Ko faham tak Alif cakap ape?" Kakak aku mula mengambil telefon daripada Alif.

"ntah." Jawabku ringkas.

"Bukan ucuk la, pak ucu mane Alif tanya." Kakak menjelaskan.

"ooo....ingatkan tanya ucuk dia mane.." Ujarku.

"Tak...aku tengah borak-borak dengan mak pasal kau. Dulu aku beranakkan Alif, kau  dapat keje kat Nestle, pastu, aku beranakkan Aqilah pulak, kau dapat keje kat Melaka pulak. Pastu mak cakap, kalau aku beranak lagi gaknya, Alif dapatlah pak ucu dia." Terang kakak.

"hahahaha...hai dah planning nak tambah lagi ke?" Usikku.

"Takdelah. Stop dulu, biar bebudak ni besor dulu." Balas kakak.

Sekarang ni, topik kawin dah selalu jadi bualan mak dengan kakak.  Mereka sangat risaukan aku yang bakal menginjak usia ke angka 30an masih belum ada kawan.

haihh...aku tak mampu nak kata apa. hmmm....

Rabu, September 26, 2012

Good Friend Brother Tanker


Dulu, aku ada pandangan yang negatif terhadap 'abang-abang' lori.
Kini, tidak lagi.

Bukan semua abang lori jahat.  Memandu dengan tidak berhemah dan macam-macam lagi.  Memang benar, saiz kenderaan sangat berbeza.  Mereka lebih gagah, tetapi banyak yang lebih kerdil terutamanya motosikal masih mahu berlagak hero di jalanan.  Walaupun yang kerdil bersalah tetapi si gagah tetap tempat dilampiaskan amarah dan kesalahan.

Kesian.

Terima kasih kepada abang-abang dan pakcik-pakcik lori yang telah mengubah pandanganku terhadap mereka.

(bestnyer naik transformer a.k.a lori besar.  Seperti mata burung yang luas darjah pandangan... ;))

Rabu, September 12, 2012

Sakit

Sakit memang menyakitkan.  Namun, itulah fitrah.  Aku bukan Firaun yang tidak pernah jatuh sakit.  Lantaran itu, dia menganggap bahawa dialah tuhan.

Awalnya, aku jangkakan hanya sikit jer...

Ubat habis.

Aku ke klinik swasta kebiasaanku.  Ubat habis.

Masih belum pulih.

Berbetulan aku pulang ke kampung minggu lepas, aku mengambil keputusan untuk ke klinik kerajaan pada Isnin dan memohon cuti.  2 hari MC diberi.  Bekalan ubat yang banyak!  Aku berdoa agar pulih seperti sediakala walaupun ketika ini masih lagi menanggung derita.  Ya, Allah.....

Berehat di kampung, nikmat sekali walaupun dalam kepala, serabut dengan 2 laporan penting yang belum siap! adeh~

Bermain-main dengan anak saudara, ada mak dan kakak di kampung amat mendamaikan.

"mama...mama..."

Aku mula rindu akan panggilan itu... ;(

Khamis, September 06, 2012

Jom Cari Ilmu...











Bukan hanya untuk mereka yang belum berkahwin tetapi juga untuk mereka yang telah berkahwin demi menyegarkan lagi hubungan kekeluargaan.

Jom sertai!

[err...dengarnya Fahrin Ahmad turut serta! ;)]

Khamis, Ogos 30, 2012

Aksara Merdeka


Merdekakan
Emosi,
Ritual,
Diri dan
Ekonomi
Ke arah
Agama.
 
Moga Malaysiaku terus berjaya!

Rabu, Ogos 29, 2012

Mama

Alif, meh sini jap.

Nape cu?

Mulai hari ni, panggil ucu, mama tau. Cuba panggil.

Mama.

Panggil lagi.

Mama.

Haa...macam tula...ok?

Aku berharap agar doa ini dimakbulkan.  Doa melalui panggilan seorang anak kecil.

Selasa, Ogos 28, 2012

Anak

Awal minggu Ramadhan yang lalu, aku menghubungi sahabat baik ketika belajar dahulu.  Perbualan telefon yang agak panjang berkongsi kisah suka-duka kehidupan.

Tenang dan bahagia.  Itu yang dapat aku tafsirkan kehidupannya sekarang.  Aku orang kedua yang menerima khabar dia kini berbadan dua untuk ketiga kalinya!  Alhamdulillah....

Satu kata-katanya yang aku ingat sehingga kini,

"Orang (rujuk kepada dirinya) ni bukannya ada harta.  Anaklah harta dunia akhirat."

Lantas, aku terus terfikir orang-orang susah di luar sana yang mempunyai anak ramai.  Jangan salahkan mereka, kerana mereka mengumpul saham akhirat!

Isnin, Ogos 27, 2012

Puasa dan Lebaran

sumber: shazwanihamid

Mereka saling berkaitan.  Begitulah kurniaan Tuhan dan ketentuan yang mengikut aturan-Nya.  Tanpa Ramadhan, tiadalah Syawwal.  Selepas berpuasa fardhu, kita raikan dengan kemenangan Syawwal.  Tetapi harus diingat, kehadiran Syawwal juga disertai dengan ibadat berpuasa!

Maka, ayuh kita rebut peluang!  Ganjaran seperti berpuasa setahun!

Juga untuk diri ini agar momentum Ramadhan berpanjangan~

Rabu, Ogos 01, 2012

Olimpian


Aku terlalu obsess dengan sukan.  Itu satu kebaikan.  Sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. Itu satu kelemahan aku.  Malam tadi Pandalela Renong, Koo Kien Keat – Tan Boon Heong masuk dalam mimpiku di mana aku bertugas sebagai pegawai sukan.  Alangkah bahagianya jikalau itu profesionku.  Berkhidmat untuk wira-wira negara.  Alhamdulillah, even now, HE knows the best for me!

Lee Chong Wei pernah masuk dalam mimpi, hurmm....aku nak mimipi 'the pocketrocketman' pulak lah. hihi...

Doaku mengiringi kalian!  Go for gold!  InsyaAllah.... amin ;)

Jumaat, Julai 27, 2012

Si Gadis Membawa Beg Oren

Assalamu’alaikum.. Assalamu’alaikum!!

Aku jenguk di balik langsir.  Eh, siapa tu? Orang jual kuih ke?  Ke nak minta sedeqah?
Assalamu’alaikum!!!!!

Jiran sebelah rumahku masih belum menyahut.  Pagar rumah memang tidak bertutup.  Setelah salamnya tidak disahut, Si gadis pergi ke rumah hadapan yang pagarnya juga tak bertutup. 

Nasib baik pintu pagar rumahku bertutup. Ngomelanku.

Si gadis tetap sabar mencuba.  Dia ke rumah sebelahnya di hadapan rumahku, juga pagarnya tidak bertutup.  Salamnya disahut dan dia menghulurkan 2 bungkus kuih.  Percuma.

Haihh...apesal la pintu pagar rumah aku ditutup?? Gumamku...

Rabu, Julai 25, 2012

TV Rosak

Aku 'hantu' tengok tv.  Itu pandangan untuk diri sendiri. 

Lagi seminggu lebih nak masuk bulan Ramadhan, tetibe jer rosak.  haih....  Berbetulan rosaknya pada malam Jumaat aku menemani jiran berubat dengan ustaz.  Ke tv aku dah dirasuk hantu?  haha...




Inilah tarbiyah Ramadhan terbaik untuk aku agaknya!

Selasa, Julai 24, 2012

Fitrah

Aku takkan ulangi 'Ramadhan datang lagi'.  Aku terkesima dengan ulasan Ustaz Hasrizal.  Aku gunakan istilah ustaz; 'Ramadhan ini'!  Mungkin apalah sangat pada pandangan sesetengah pembaca, tapi padaku ia membawa kesan yang positif!

Biarlah Ramadhan ini lebih baik lagi daripada yang sudah-sudah.

"Pak Amin, Yayang nak bayar pitrah (jowo)."

"Ha, yolah, kat surau lah malam karang."
.
.
.

"Inilah fitrahku dan tanggungan di bawahku........" (baca skrip yang disediakan)

"Demikianlah fitrah tuan puan....."

Mereka berdoa.


Yayang mewakili bapak membayar fitrah untuk tahun ini.  Selalu-selalu yang Yayang lihat, si pembayar zakat dan amil bersalaman dan membuat lafaz.  Walaupun Pak Amin adalah bapa saudara sebelah ibu kepada Yayang, tapi tiada perjabatan tangan.

Uniknya perasaan itu untuk Yayang ;)

Isnin, Julai 16, 2012

Alam Ghaib

Pertama kali menemani jiran berubat.  Perasaan aku berbaur.  Tambahan pula, aku ni takdelah kuat mana semangatnya.

Alhamdulillah....tiada apa-apa yang berlaku padaku.  Kalau tengok dengan mata kepala sememangnya sukar untuk diterima.  Tidak percaya pun berkemungkinan.  Tapi di manakah keimanan kita terhadap perkara ghaib?

Walaubagaimanapun, keimanan yang pertama menjadi tunjang kepada akar-akar yang lain iaitu beriman kepada Allah. ;)

Segala penyakit itu hadir bersama penawarnya.  Maka, berikhtiarlah...

Rabu, Julai 11, 2012

1st Anniversary


Andai aku katakan bahawa aku telah berkahwin setahun yang lalu, pasti ramai blogger yang mengenali aku akan marah. huhu.... Aku pasti akan dihujani dengan pelbagai soalan dan yang pastinya soalan femes "Kenapa kawen tak jemput?"

.
.
.
.



Itu hanya gimik entri kali ini.  Alah...bukannya femes mana pun...saja nak perasan menulis sebegitu. huhu...;)

Gambar di atas adalah komputer dan mejaku di pejabat.  Dan hari ini merupakan ulangtahun pertama aku bekerja di syarikat sekarang ini, Rintiz Rezky (M) Sdn Bhd.  Sebuah anak syarikat di bawah Rintiz Group Berhad.  Syarikat swasta bumiputera Melayu.  Aku bermula di sini hanya sebagai seorang staf sokongan dan kini aku memegang jawatan pegawai QA & QC.  Enam bulan pertama aku bekerja, langsung tiada tekanan kerja.  Walaupun gaji tak seberapa, tapi aku bersyukur dan bahagia.  Bos yang baik, stail kerja seperti stail kerja orang Jepun, malah susun atur pejabat pun mengikut stail Jepun bukan Amerika.  Cuma belum praktikkan sepenuhnya mesyuarat berdiri.  Business yang mengadunpakai stail Cina dan Melayu ini, aku yakin masa depan cerah di sini.  Aku berdoa, suatu hari nanti aku juga punya perusahaan seperti ini dan berjaya sebagai usahanita! Amin...

Pada pada hari ini juga tarikh kelahiran anak sedaraku yang kedua, Amirah 'Aqilah..;)


'Aqilah...Mak Su sayang kamu sangat-sangat! Moga kamu menjadi anak yang solehah. Amin...;)



Jumaat, Jun 29, 2012

Bangun Malam

Kalau dipandang sudut positif Euro2012 kali ini yang berlangsung tak sampai sebulan menjelang Ramadhan, memang ada kebaikannya!

Dalam pada kita disarankan untuk berlatih berpuasa sunat sebelum mengharungi puasa wajib, kita juga dilatih untuk bangun malam atau awal pagi untuk menonton siaran langsung bola sepak, sebelum mengharungi peribadatan berganda di sepertiga malam Ramadhan.  Kan ada bagusnya!


[sebenarnya penulis agak sedih Jerman kalah awal pagi tadi kerana ada darah Jawa mengalir dalam badan penulis.  Apakah perasaan orang Parit Jerman, Pontian yer?  Mestilah berganda kesedihan kan??...]

Khamis, Jun 21, 2012

Satu Orang Seribu Perangai

Aku juga mengendalikan hal ehwal staf di tempat kerja aku.  Setakat ini, aku masih lagi 'behave' dan tak menunjukkan kemarahanku.  Aku masih lagi memilih jalan diplomasi. Andai amarah telah sampai ke takatnya, i will said " you are fired!!!"

Rabu, Jun 20, 2012

Feeling Korea

Makan-makan hujung sabtu lepas. Nyummy!!!!


 She is my neighbour. A very good wifey ;)



 All-u-can-eat buffet! Oleh kerana sibuk makan dan nak mengejar waktu untuk solat, makanya tak banyak gambar yang dapat dirakam. Apapun, walla!!!


Never experienced my stomach feel like to burst! ish...ishh...





Selasa, Jun 19, 2012

Cuti-cuti Aku 2

Aku bercuti panjang pada penghujung Mei sehingga awal Jun. For these two occasions.


My cousin's wedding.

 And my brother-in-law's cousin's wedding.

Ada duit lebih sikit. Kami ke Langkawi. Bagi aku, mak dan 'Aqilah, ini kali pertama.



Naik feri dari Jeti Kuala Kedah. Ambil masa 1.5jam.



 Muka budak kepenatan berjalan. Tak banyak yang sempat kami kunjungi kerana singkat sangat masa kami di sana. Hanya sehari. Tapi yang penting, banyak barangan yang kami bawa balik. Coklat? Of course! ;)

The most important thing, i will come again to explore more about Pulau Langkawi! Its an excitement!

Rabu, Jun 13, 2012

Musim Bola

Aku tak tahu sejak bila mula meminati sukan bola sepak.  Kalau dulu, punyalah tak suka dan rasa sangat bosan menonton 22 orang berkejaran berebut sebiji bola selama 90 minit. Haihh~

Tapi sekarang, dah tak lagi.  Aku sanggup bersengkang mata menonton bola.  Aku dapat kepuasan kalau permainan tersebut menghiburkan. Macam malam tadi, perlawanan Malaysia-Singapura.

Sudah menjadi fitrah, kiasan termasuk di dalam hukum.  Begitu juga aku mengkiaskan Mohd Safiq Rahim dengan David Beckham.  Dulu, aku pernah melihat David Beckham kerap mendapat gol melalui sepakan percuma yang sangat cantik padaku.  Dan sepakan itulah meranapkan impian Argentina di Piala Dunia 2002.

Malam tadi, Safiq Rahim melakukannya sekali lagi seperti selalu. Cantik!!!
Semoga sentuhannya terus berbisa!



Walaupun sekarang ni musim Euro, tapi kat sini tengah musim durian! I love!!!! ;)

Khamis, Jun 07, 2012

Cuti-cuti Aku

Seronoknya bercuti! Tapi tak seronoknya duit banyak habis. Agak-agak la, ada tak pilihan bercuti tanpa modal? hahaha...

Sabtu, Mei 26, 2012

Belia & Hedonisme


Ibarat belangkas. Tidak dapat dipisahkan. Hanya tangan manusia yang mampu memisahkan belangkas (atau keinginan belangkas itu sendiri itu tidak melekat antara satu dengan lain. Yang ini aku tidak pasti. Tapi kuasa Tuhan memungkinkan!)

Seingat aku tahun lepas program tersebut dinamakan Himpunan Sejuta Belia. Tup-tup sambutan hampir 4juta belia yang hadir, tahun ini telah bertukar nama kepada Himpunan Jutaan Belia. Adeh~

Ibarat terlampau mengagungkan hiburan (hedonisme) dan kebergantungan kepada 'khidmat' hiburan untuk menyatukan belia-belia, pemimpin-pemimpin negara bagaikan terdesak untuk meraih sokongan belia yang memajoritikan jumlah penduduk negara.

Agenda seterusnya Himpunan Terbesar Asia dengan penyediaan hiburan 6km Back to Back.  Masyaallah....

Cukup-cukuplah sudah dengan Mentor, Gangstarz, Mania, Versus, Showdown dan sebagainya yang langsung tiada faedah!  Untuk apa melahirkan ramai penyanyi dan penghibur andai ulama'-ulama' tiada penggantinya!

Aku sedih. Bimbang.  Pelbagai kemungkinan bersarang di fikiran.  Namun, aku tetap hanya mampu berdoa dan menulis kekesalanku di sini.

Khamis, Mei 24, 2012

Chong Wei Oh Olimpik

Aku nampak keikhlasan di hatinya melalui deraian air mata yang mengalir dek soalan bertali-arus tentang pelbagai kemungkinan.

Berat sungguh bahu Chong Wei menggalas bebanan dan harapan menggunung.

Apapun, semoga ada hikmah di sebaliknya. Bertabahlah!!

Jumaat, Mei 18, 2012

Kabhi Alvida Naa Kehna

Never say good bye. Itulah maksudnya.

Malam Khamis yang lepas, aku berkesempatan menonton sebuah filem hindi di TV2. Terlepas babak awal, aku hanya dapat menonton 2jam yang terakhir. Sudah lama tidak menonton filem hindi, aku amat tertarik dengan jalan ceritanya.

Berkisah tentang cinta terlarang di dalam perkahwinan. Adakah ia cinta suci? Adakah harus anda meminggirkan perkahwinan sedia ada andai cinta telah pergi? Haruskah meneruskan cinta terlarang andai ditakdirkan bertemu dengannya?

Aku tidak suka dengan ending filem ini. Walaubagaimanapun, aku tetap bagi 4 per 5 bintang untuk jalan cerita dan watak yang dimainkan.



Rabu, Mei 16, 2012

Happy Teachers' Day!!


Aku pernah glamour di sekolah rendah. Itu mungkin kerana aku sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan sehingga ke peringkat negeri serta pernah menjadi pelajar harapan dan pelajar contoh. Seorang guru yang berjaya mengesan kebolehanku iaitu Cikgu Khamisiyah Pathiroon. Sehingga kini kami masih berhubung. ;)

Masuk ke sekolah menengah, dengan jumlah pelajar yang ramai, aku sudah tidak se'glamour' dulu. Walaupun banyak mewakili sekolah dalam itu-ini, tetapi rezeki sudah tidak berpihak kepadaku. Sekadar di tempat kedua atau ketiga dan selalu juga tersingkir awal. Namun, di akhirnya aku mencipta rekod menjadi pelajar pertama sekolah yang berjaya lulus dalam peperiksaan memasuki MRSM. Tiada guru khusus yang rapat dengan aku untuk semua itu. Cuma aku amat mengagumi guru Bahasa Inggerisku Mr. Ramakrishnan. Kenangan bersamanya untuk pertandingan Choral Speaking memang tidak akan aku lupakan. Beliau juga berjaya mengubahku daripada 'kureng' di dalam Bahasa Inggeris kepada yang lebih baik. Dah lama aku tidak nampak Cikgu Rama dengan motosikal buruknya membawa hasil perahan susu lembu. Aku dengar khabar bahawa Cikgu Rama sakit dan nyanyuk. Ohh...dah lama tidak menjenguknya....

Pertama kali berjauhan dengan famili menjadikan aku semakin tabah dan kuat dengan cabaran. Di situlah bermulanya aku mencari 'keluarga baru' sebagai teman terdekat. Ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah. Dan atas dasar itulah, aku bertemu dengan seseorang yang aku panggil 'umi'. Namanya Ms. Khairiah Abdullah. Dan sehingga ke saat ini kami telah menjadi sahabat.  Dia tidak mengajar mana-mana subjek dalam kelas aku tetapi dia merupakan penasihat persatuan yang sangat dedikasi dan membentuk aku menjadi penghuluwati di MRSM.


Guru ibarat ibu. Walau segunung intan, belum tentu jasanya terbalas. Hanya doa aku panjatkan semoga kalian dirahmati Tuhan dan jasa kalian dibalas setimpalnya oleh Tuhan. ;)

Walauapapun, sajak daripada Usman Awang pasti akan didengari apabila Hari Guru bertandang.

Isnin, Mei 14, 2012

Tahniah!!!

Tahniah!! Kalian berjaya membuktikan kemampuan. Mungkin ini titik mula kebangkitan skuad remaja kebangsaan. Jadi, skuad kebangsaan senior negara tidak perlu gusar kerana pelapis telah membuktikan segalanya.

Cuma, mereka perlu dididik untuk lebih tenang dan bijak mengawal situasi. Mungkin mereka remaja, maka darah memberontak masih mendidih. Hal ini perlu dipelajari daripada senior mereka. Itu kekurangan mereka yang diharapkan dapat diperbaiki.

Semoga kalian lebih membanggakan di masa hadapan.
(dah lamanya tak main hoki. masihkah ada skil itu? huhu...)

Sabtu, Mei 12, 2012

My Passion


Berbetulan, kawasan perumahanku tidak jauh daripada Stadium Hoki Bukit Serindit dan Stadium Tun Fatimah, lalu aku mengambil kesempatan untuk datang sendiri menyaksikan perlawanan hoki antarabangsa.

Kejohanan itu telah bermula pada 3 Mei lagi, tapi aku masih belum berkesempatan untuk menjengah. Namun, bermula pada 7 Mei yang lalu, aku tekad untuk datang.

Pertama kali berada di stadium yang dipenuhi lautan manusia, pelbagai perasaan hadir. Namun, keseronokan tetap ada. Lantas, ia menyebabkan aku hadir untuk kali kedua, pada perlawanan separuh akhir menentang India. Ternyata, memang berbaloi sangat! Pertama kali melihat Mirnawan Nawawi, Abu Bakar dan Chua Boon Huat di depan mata. Aku sangat teruja! Mereka adalah bekas skuad kebangsaan yang sangat aku kagumi. Ternyata, anak didik mereka turut sama mewarisi kehebatan sifu.

Aku akan datang lagi esok, menyaksikan perlawanan akhir. Doaku semoga kalian menang!

Isnin, Mei 07, 2012

My Day



Hari ini, ia datang lagi. Banyak doa yang aku panjatkan.
Semoga Allah perkenankan segala permintaan.
Amin.... ;)


Jumaat, Mei 04, 2012

Lupa jalan pulang

Aku lupa jalan pulang. Moga aku tidak lupa jalan pulang menuju Tuhan.
.
.
.
..

Khamis, April 19, 2012

Kerana burung itu

Because of that bird, i was lost RM500 that i spend for my wishlist matter. huwaa.....
No picture was taken but i kept it in my mind! Accidently happen at AMJ highway last week. A bird crashed my Cik Biru's windshield.
Perjalanan balik kampung baru bermula dan masih jauh ketika itu. Dengan hujan yang sekejap renyai dan sekejap lebat, aku hanya mampu bertawakal.

Oh Tuhan, tabahkanlah hati insan ini. ;(

Selasa, April 03, 2012

Mungkin Aku Kurang Iman

Mungkin aku kurang iman. Senipis kulit bawang. Sehalus bulu.

Dulu. Hampir setahun yang lalu. Aku musafir di sini.

Bermalam dan dijangkakan akan menyewa bersama seorang staf di sini.  Malam pertama tidaklah seindah yang diimpikan.  Hari kedua pula menjanjikan kesengsaraan. Aku nekad untuk menumpang di rumah sahabat. Hampir dua minggu di situ.  Alhamdulillah...aku berjaya mendapatkan rumah sewa dan masih lagi menyewa sehingga sekarang.

Kini. Hampir setahun telah berlalu.  Aku bersyukur kerana tidak menyewa di rumah yang sekonyong-konyong aku sampai di sini.  Aku telah kenal siapa sebenarnya staf tersebut.  Tindakan aku tepat demi menyelamatkan diri aku daripada terjerumus sama ke lembah dosa dan maksiat.

Mungkin aku kurang iman. Takut untuk berdakwah sesama insan. Hakikat penyampaian dakwah itu amat sukar apabila berdepan dengan situasi merumitkan.

Sesungguhnya, memang aku kurang beriman.

Selasa, Mac 20, 2012

Hijack

Dush!! Dushh!!

Tidak semena-mena, pemandu lori pengangkut minyak itu ditumbuk begitu dahsyat sekali.

"Kami nak rampas minyak kau!" kata perompak tersebut.
"Ayoyo...amma..apa macam mau angkat lori ane??" rayu pemandu tersebut.
"Sebab lori kau bawak minyak lah bodoh!"
"Ayoyo...ini lori tada minyak yang kamu mau la ane...ini minyak, minyak kotor. Mau pulang balik sama itu supplier..."
"Apa pasal tak cakap awal-awal?"

Dush!!! Dushhh!!!

Isnin, Mac 12, 2012

Red Velvet

Bagi blogger dan juga mereka yang rajin melayari internet, kek red velvet ini telah lama menjadi bualan mereka.  Dan aku juga tidak terkecuali. Pada hari ahad yang semalam, aku telah berjaya menghasilkan kek berkrim buat kali pertama kerana selama ini, aku hanya menghasilkan kek jenis biasa tanpa apa-apa krim (topping).  Oleh kerana tidak pernah merasai kek red velvet, makanya aku tidak tahu apakah rasanya sama seperti yang sepatutnya. hehe...




Kek ini khusus untuk kakakku yang tersayang. Selamat hari lahir kakak. Sayang kamu sangat-sangat kerana kamulah saudara juga sahabat buatku ;)

Sabtu, Mac 10, 2012

Tertipu




Teruja dengan harga yang ditawarkan, iaitu RM3 untuk saiz kereta seperti 'Cik Biru', aku menghantar 'Cik Biru' pergi ke pusat cucian tersebut. Bukanlah automatik sepenuhnya, kerana masih memerlukan pekerja untuk menyapu sabun. Macam-macam perasaan bercampur.huhu...

Usai pencucian, aku ditanya, mahu vakum di dalam kenderaan atau tidak, aku pantas mengatakan mahu kerana motif utama memandikan 'Cik Biru' adalah kerana keadaan di dalam kereta yang sangat berpasir. Almaklumlah, telah sebulan tidak memandikan dan menguruskannya.

Akhir sekali aku diminta untuk membayar RM7 (cuci dan vakum). huhu... apa punya iklan lah, mahu saja aku adukan pada KPDNKK. Walaupun sedikit murah berbanding yang menggunakan kepakaran manusia, ternyata cucian mesin tidaklah sebersih mana...

Ahad, Mac 04, 2012

Lagi

Awal pagi ini, 'Cik Biru' tidak mahu hidup. Ku pulas beberapa kali kunci tetap begitu. Akhirnya aku menelefon hotline smart assist. Dan dia menerangkan sekiranya bunyi sebegitu adalah berpunca daripada bateri.

"Cik punya kereta tahun bila?" soalnya.
"2009"
"Ada tukar bateri tak?"
"Alhamdulillah...belum lagi."
"Kalau macam tu, saya sarankan cik tukar bateri. Dah tiga tahun tuu..."
"ooo....ok. Terima kasih." Balasku.

Walaupun duit melayang seawal pagi sebanyak RM195, aku tetap bersyukur kerana perkara ini berlaku di masa dan situasi yang tepat.  Terima kasih Allah...

Niat dihati untuk belanja housemates sarapan pagi roti canai sedap kerana pada minggu ini mereka tidak pulang melapor pada suami masing-masing tertunda lagi...

Jumaat, Februari 24, 2012

Pe-chah Re-kod

Aku suka menulis. Banyak idea dalam kepala cuma nak diluahkan dalam bentuk tulisan sudah agak berkurangan. Lantas, idea itu berlalu pergi. Mungkin semenjak kamera aku rosak, aku jadi malas untuk menulis. Sebab, kadang-kadang gambar boleh menceritakan semuanya. Aku tak suka meniru gaya dan trend orang lain. Sebab itu aku tak pernah buat entri 'WW-wordless wednesday'. Mahu saja aku tukarkan WW tu kepada 'wordy wednesday'! hahaha...

Biarlah blog ini hanya dibaca oleh 'silent reader' sebab aku mahu jadi bintang-bintang di malam yang gelap!

=>> takde kene-mengene dengan tajuk di atas! hahahaha....

Khamis, Januari 26, 2012

Aurora Borealis

Ia berpunca daripada ribut di permukaan matahari.  Maka, kesannya kelihatan di langit bumi sebelah utara. Subhanallah... ;) (kredit gambar daripada yahoo)










2012 dunia berakhir? Wallahu'alam...tapi yang pasti, semuanya akan berakhir cuma detiknya tidak diketahui.  Bersedialah...