Rabu, Julai 11, 2012

1st Anniversary


Andai aku katakan bahawa aku telah berkahwin setahun yang lalu, pasti ramai blogger yang mengenali aku akan marah. huhu.... Aku pasti akan dihujani dengan pelbagai soalan dan yang pastinya soalan femes "Kenapa kawen tak jemput?"

.
.
.
.



Itu hanya gimik entri kali ini.  Alah...bukannya femes mana pun...saja nak perasan menulis sebegitu. huhu...;)

Gambar di atas adalah komputer dan mejaku di pejabat.  Dan hari ini merupakan ulangtahun pertama aku bekerja di syarikat sekarang ini, Rintiz Rezky (M) Sdn Bhd.  Sebuah anak syarikat di bawah Rintiz Group Berhad.  Syarikat swasta bumiputera Melayu.  Aku bermula di sini hanya sebagai seorang staf sokongan dan kini aku memegang jawatan pegawai QA & QC.  Enam bulan pertama aku bekerja, langsung tiada tekanan kerja.  Walaupun gaji tak seberapa, tapi aku bersyukur dan bahagia.  Bos yang baik, stail kerja seperti stail kerja orang Jepun, malah susun atur pejabat pun mengikut stail Jepun bukan Amerika.  Cuma belum praktikkan sepenuhnya mesyuarat berdiri.  Business yang mengadunpakai stail Cina dan Melayu ini, aku yakin masa depan cerah di sini.  Aku berdoa, suatu hari nanti aku juga punya perusahaan seperti ini dan berjaya sebagai usahanita! Amin...

Pada pada hari ini juga tarikh kelahiran anak sedaraku yang kedua, Amirah 'Aqilah..;)


'Aqilah...Mak Su sayang kamu sangat-sangat! Moga kamu menjadi anak yang solehah. Amin...;)



2 ulasan:

Nina Aman berkata...

wahhh...congrats kak...rezeki allah tu ada kat mana2 kan...ni company kat ayer keroh tu ek?company ape ye?food industry ke?

BuRuuj berkata...

kat ayer keroh tu, HQ. akak kat kilang. mcm2 ada aman. sbb company ni ada 10buah anak syarikat. bisnes utama construction dan edible oil. akak di edible oil ;)

alhamdulillah...