Khamis, September 12, 2013

Aku yang bersalah

Lampu terpadam tiba-tiba.

Awie: Apa yang telah terjadi? Tragedi oktober....

Ziana Zain: Di mana cahaya yang sebenar?

To'ki: Aku yang bersalah....

>Bersalahkah andai mengaku setiap kesalahan?


Selasa, September 03, 2013

Minyak oh Minyak

Usai berbuka puasa sunat Syawal serta solat maghrib, aku ke ruang tamu untuk melepaskan lelah.  Belum sempat duduk, aku bergegas bangun mencari tudung dan windbreaker dek terpandang tulisan berjalan di sudut bawah siaran berita tentang kenaikan harga minyak bermula esok (3 Sept).  Dua orang anak buah yang menemaniku selama 2 minggu mahu menuruti.

Ini pertama kalinya aku termasuk dalam golongan yang beratur panjang untuk mengisi minyak. Alhamdulillah, rumahku yang sekangkang kera dengan stesen petrol membolehkanku tidak menunggu lama untuk mengisi minyak penuh.  Walaupun pelbagai sindiran yang keluar, "alah, esok lusa kene isi jugak!"; "bukannya boleh tahan bertahun pun minyak yang kau isi tu!".  Aku tak ambil pusing, kerana setiap sen duitku amat bernilai daripada menguntungkan pihak lain!

haih~

Isnin, Ogos 05, 2013

Pitu Likuran

Kredit gambar: Google

Wong jowo cakap pitu likuran.  Kalau Bahasa Melayu sebut tujuh likur, atau lebih maklum lagi disebut malam tujuh likur.  Banyak mitos mengenainya terutama yang diceritakan oleh nenek moyang kita tentang kepulangan roh-roh insan yang telah meninggal dunia ‘menziarahi’ sanak saudara mereka.

Namun, perkara ini tidaklah dapat dipastikan kebenarannya melainkan kita telah ‘kembali’ menghadap-Nya!  ishh.... 

Apa yang menyebabkan perkara ini diceritakan sebegitu rupa adalah kerana penyalahtafsiran surah al-Qadr yang ada menyebut tentang perkataan roh di dalam ayat ke-4 yang bermaksud, “pada malam itu turun para malaikat dan roh dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.”

Penjelasan perkataan ruh di sini adalah ditujukan kepada Malaikat Jibril, bukanlah roh-roh manusia yang telah kembali ke alam barzakh.

Semoga salah faham pemasangan lampu pelita tujuh likur untuk menerangi jalan kepada roh pulang ke rumah dapat difahami dengan lebih baik.


Wallahu’alam…

Sabtu, Ogos 03, 2013

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!





 Wah... gempak tak? First time ni, join contest macam ni.  Saja je cuba nasib orang kata.  Mana tahu ada rezeki terpijak! hihi... ;)


 Cer teka, cer teka, berapa agaknya jumlah syiling di bawah ni?


 Jadi, aku teka RM127.43. 


Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi

  • Tempat pertama – Wang tunai RM500
  • Tempat Kedua – Wang tunai RM300
  • Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100
  • Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50
  • Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30
  • Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20
  • Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10
  • 50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10
  • Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/pertandingan-mega-raya/#sthash.5CgplUdz.dpuf
Pergh!!! Memang terbaiklah hadiah dia! ;)
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/pertandingan-mega-raya/#sthash.5CgplUdz.dpuf

Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/pertandingan-mega-raya/#sthash.5CgplUdz.dpuf
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net


Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/pertandingan-mega-raya/#sthash.5CgplUdz.dpuf

Bungkam



 Foto ini diambil sewaktu perlawanan persahabatan antarabangsa di Std. Hoki Bukit Serindit Melaka.

Berita kematian hero hoki kebangsaan, Chua Boon Huat amat mengejutkan aku.  Dia bukan siapa-siapa pun denganku.  Baik teman biasa, pertalian darah jauh sekali.  Mungkin sekadar peminat yang tidak tegar.  Namun, sehingga kini, setiap kali teringatkan dia dan membaca kisah tentang dia, air mata ini takkan pernah berhenti untuk mengalir.  Sedih yang aku sendiri rasa pelik, kenapa aku perlu menangis sebegitu.  Sehinggakan rakan sekerja melarangku membaca akhbar yang menceritakan tentangnya kerana penat melihat aku menangis.  Bila difikirkan sebab musababnya, agaknya aku ni fanatik dengan sukan hokilah sebagai punca kesedihan melanda…

Ibarat kehilangan kekasih hati, seminggu dua nanti, hilanglah kot sedihnya tu.. Haih~

Kalau dia muslim, mesti aku akan menziarahinya sebelum dikebumikan.  Bukan jauh pun Taman Semabok Perdana tu...

 

Jumaat, Julai 26, 2013

Asbabul Nuzul

Setiap perkara mesti ada sebab dan merangkumi semua tanda tanya.

Begitu juga kalam suci Tuhan.

Tapi ia tidaklah termasuk pertanyaan, "eh, nuzul Al-Quran cuti umum kan?"

erk....

Isnin, Julai 22, 2013

100 hari bertemu Tuhannya



Pemergian ayah bertemu Tuhannya telah berlalu 100 hari.  Masih segar lagi segala ingatanku bersamanya.  Indah, pahit, manis, maung; semuanya bercampur.  Itulah lumrah kehidupan.  Langit bukan selalu cerah.  Lautan mana yang tak bergelora.  Putaran roda kehidupan sentiasa berpusing, kadang-kala di atas da nada ketikanya di bawah.

Ayah,
Marahnya ada dalam diam,
Gembiranya ada dalam senyuman,
Gigih bekerja walaupun dimamah usia,
Basikal tua itulah kenderaannya,
Sendunya lahir di dalam doa.

Doaku sentiasa dan takkan puas memohon pada Tuhan agar dikau bahagia di sana.


Jumaat, Julai 19, 2013

Azam Ramadhan

Ramai di kalangan kita memasang azam bagi setiap ketibaan tahun baru, lebih-lebih lagi tahun masihi berbanding tahun hijri.  Tiada salahnya, kedua-dua tahun itu pun tiada masalah cuma bagi sesetengah orang memudahkan mereka merangka mengikut tahun masihi kerana seluruh dunia menggunakannya.

Namun, sedar tak sedar, ramai yang melupakan merangka pelan menambah pahala untuk akhirat di bulan Ramadhan.  Walaupun hanya sebulan, jangan kita anggap enteng akan kelebihannya.

Apa salahnya merangka, membina jadual amalan walaupun hanya sekadar catatan diari kecil ataupun senarai semak amalan? Cukup sekadar mengingatkan diri sendiri dengan kadar amalan yang telah dibuat supaya boleh dibuat penambahbaikan seperti melipatgandakan amalan.  Walaupun begitu, janganlah diharapkan pahala dan dihitung pula berapa kadar pahala yang akan diganjar oleh Tuhan!

Wallahu'alam... ;)

Khamis, Julai 18, 2013

Ramadhan Kareem

10 Ramadhan pertama hampir melabuhkan tirainya.  Sememangnya masa itu beredar mengikut apa yang manusia fikirkan.  Sememangnya Allah telah menetapkan perjalanan masa itu sekian sekian, namun terasa cepatnya masa bergantung kepada pengisiannya! Iya, itulah yang aku maksudkan.

Mendengar sayunya lagu terbaru nyanyian Maher Zain tentang Ramadhan telah menyebabkan mata ini sering bergenang.  Apakah ini Ramadhan terakhir buatku? Bagus untuk beringat dan bersedia dengan amalan, namun hati ini amat takut akan kematian.  Aku belum itu, belum ini, buat itu, buat ini, apabila diutarakan semua, semuanya tentang dunia! haih~

Bilalah agaknya diri ini dapat menjadi VVIP di sisi-Mu ya Allah? Izinkanlah.....

Selasa, Mei 21, 2013

Baking Project



Alhamdulillah…

Semasa Durian Crepe tengah ‘hot’ di hujung tahun yang lepas dan awal tahun ini, aku cuba juga untuk berniaga.  Alhamdulillah…walaupun tidak banyak sangat jualan seperti ‘kedai bakery’, aku telah berjaya mengatasai rasa malu untuk berniaga dan memecahkan kebiasaan (membeli).  Sekarang, berdikit-dikit aku tambah kemahiran membuat dan menjual kek.  Hihi… Buat pertama kalinya, ada orang tempah Tiramisu untuk jamuan mereka.  Yeay!!!

Looking forward for  a new business.  Insyaallah…. ;)

Sabtu, Mei 11, 2013

Hari Ibu, Emak, Mama, Umi, Mek

Betul, sambutan hari ibu itu bukanlah sunnah.  Tambahan lagi, sambutan ini dikaitkan dengan agama lain.  Dan haram untuk menyerupai anutan agama lain selain Islam. 

Senang cerita, begini. 
1. Kalau tak sambut hari lahir ibu bapa tetapi sambut hari ibu hari bapa, haram hukumnya.
2. Kalau hari hari biasa, pengabaian terhadap ibu bapa berlaku tetapi tiba-tiba baik pada hari ibu hari bapa, anak tersebut boleh dikatakan anak durhaka.
3. Kalau tarikh lahir ibu dan bapa berbetulan sama dengan hari ibu hari bapa, dan sudah menjadi kebiasaan menyambutnya, harus hukumnya.
4. Kalau ragu-ragu terhadap hari ibu hari bapa, lebih baik tinggalkan kerana pada setiap was-was ada syaitan di antaranya.

Wallahu'alam...

(nota: Sambutan hari ibu pada setiap ahad minggu kedua pada bulan Mei. Saya masih tak jumpa lagi maklumat macamana hari sambutan ini ditentukan.)

Rabu, Mei 08, 2013

Dirgahayu!



Alhamdulillah…genap usiaku 29 tahun semalam (ahaks…tua ke? Hihi….) Masih belum berpunya selain milik Pencipta dan keluarga tercinta.  Harus bagi aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari calon selewat-lewatnya tahun hadapan.  Andai tidak juga dimakbulkan Tuhan, aku redha dan pasrah (haha…macam ayat menyerah jer?)  Sebabnya, andai melangkaui 30-an, usaha ke arah gerbang perkahwinan akan aku hentikan kerana pernah aku ungkapkan bahawasanya aku akan berkhidmat untuk ibuku sehingga ke akhir hayatnya.  Dulu, pernah juga aku ungkapkan untuk menjadi seperti Rabi’atul Adawiyah walhal aku tidaklah dan mustahil untuk mencapai tahap ahli sufi.  Namun, andai itu yang diperkenankan Tuhan, aku redha.  Mungkin itu yang terbaik untuk aku.  Wallahu’alam…
 
Aku tetap optimis.  Insyaallah!

Sabtu, Mei 04, 2013

GE '13



Akhirnya, tarikh mengundi yang diumumkan akan sampai ke kemuncaknya pada hari esok.  Wah….tak sabar rasanya untuk mengundi.  Ini kali pertama untuk aku.  Sepatutnya kali kedua, tapi aku nafikan hak sendiri 5 tahun lalu sebab masih menuntut di UTM dan padaku, aku belum cukup matang untuk menilai parti dan pemimpin manakah yang benar-benar membawa hak rakyat ke tempat yang sepatutnya. 

Melihat poster-poster calon dan juga bendera-bendera parti yang terpamer di segenap sudut dan ruang di seluruh Malaysia, mengimbaukan detik aku dicalonkan untuk menjadi pemimpin pelajar di MRSMKT dulu.  Sungguh, itu kali pertama buatku melihat suasana politik di sekolah.  Kalau setakat sekolah harian biasa, pemimpin tertinggi adalah pengawas yang dilantik sepenuhnya oleh guru-guru.  Manakala ketua kelas, hanya setakat mengangkat tangan menandakan sokongan! Ya, aku menang dalam pilihanraya MRSMKT dan dilantik menjadi Naib Presiden II Badan Wakil Pelajar (BWP).  Satu tanggungjawab besar telah aku pikul.  Namun, aku tak pasti sama ada aku menjalankan tanggungjawab dengan baik ataupun tidak.  Huhu… Tapi Alhamdulillah… tidak pula aku dengar desas-desus yang mengutuk kepimpinan kami semua sebagai satu badan tertinggi di MRSMKT.

Malaysia, satu ruang lingkup yang cukup besar.  Kalau sekolah, seorang pemimpin boleh dinisbahkan kepada puluhan pelajar, namun seorang pemimpin negara mewakili beribu-ribu rakyat!  Lebih besar rakyat jajahan, lebih besar tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan!  Ambillah sirah Rasulullah Sollallahu’alaihi wassalam sebagai panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh terulung!