Isnin, Ogos 05, 2013

Pitu Likuran

Kredit gambar: Google

Wong jowo cakap pitu likuran.  Kalau Bahasa Melayu sebut tujuh likur, atau lebih maklum lagi disebut malam tujuh likur.  Banyak mitos mengenainya terutama yang diceritakan oleh nenek moyang kita tentang kepulangan roh-roh insan yang telah meninggal dunia ‘menziarahi’ sanak saudara mereka.

Namun, perkara ini tidaklah dapat dipastikan kebenarannya melainkan kita telah ‘kembali’ menghadap-Nya!  ishh.... 

Apa yang menyebabkan perkara ini diceritakan sebegitu rupa adalah kerana penyalahtafsiran surah al-Qadr yang ada menyebut tentang perkataan roh di dalam ayat ke-4 yang bermaksud, “pada malam itu turun para malaikat dan roh dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.”

Penjelasan perkataan ruh di sini adalah ditujukan kepada Malaikat Jibril, bukanlah roh-roh manusia yang telah kembali ke alam barzakh.

Semoga salah faham pemasangan lampu pelita tujuh likur untuk menerangi jalan kepada roh pulang ke rumah dapat difahami dengan lebih baik.


Wallahu’alam…

Tiada ulasan: