Andai aku katakan bahawa aku telah berkahwin setahun yang lalu, pasti ramai
blogger yang mengenali aku akan marah. huhu.... Aku pasti akan dihujani dengan pelbagai soalan dan yang pastinya soalan
femes "Kenapa
kawen tak jemput?"
.
.
.
.
Itu hanya gimik entri kali ini.
Alah...bukannya
femes mana pun...saja
nak perasan menulis sebegitu. huhu...;)
Gambar di atas adalah komputer dan mejaku di pejabat. Dan hari ini merupakan ulangtahun pertama aku bekerja di syarikat sekarang ini, Rintiz Rezky (M) Sdn Bhd. Sebuah anak syarikat di bawah Rintiz Group Berhad. Syarikat swasta bumiputera Melayu. Aku bermula di sini hanya sebagai seorang staf sokongan dan kini aku memegang jawatan pegawai
QA & QC. Enam bulan pertama aku bekerja, langsung tiada tekanan kerja. Walaupun gaji
tak seberapa, tapi aku bersyukur dan bahagia. Bos yang baik, stail kerja seperti stail kerja orang Jepun, malah susun atur pejabat pun mengikut stail Jepun bukan Amerika. Cuma belum praktikkan sepenuhnya mesyuarat berdiri.
Business yang mengadunpakai stail Cina dan Melayu ini, aku yakin masa depan cerah di sini. Aku berdoa, suatu hari nanti aku juga punya perusahaan seperti ini dan berjaya sebagai usahanita! Amin...
Pada pada hari ini juga tarikh kelahiran anak sedaraku yang kedua, Amirah 'Aqilah..;)
'Aqilah...Mak Su sayang kamu sangat-sangat! Moga kamu menjadi anak yang solehah. Amin...;)