Lewat aku pagi itu. Langit seakan mendung mengiringi pemergian. Jalan agak sesak kerana pembinaan/pembaikan jalan sedang dilaksanakan. Aku merancang agar keretaku digunakan untuk menghantarku ke lapangan terbang tetapi teman serumah telah memanaskan enjin keretanya pagi itu. Lantas, aku tidak menolak. "Alamak! Minyak dah blinking la..." Aku terkejut. Semoga kami selamat sampai di Senai.
Alhamdulillah...selamat tiba tapi terlampau ramai umat manusia mahu pergi menunaikan fardu haji. Kawasan menjadi sesak. Ketika hendak menuruni aku. Aku yang tidak bersalah, dimarahi. Aku terkejut walhal aku telah menurut arahan mereka untuk tidak menurunkan penumpang di pintu utama. Aduh...hilang mood dimarahi pagi-pagi hari.
Menaiki pesawat ke Kuala Lumpur agak memeningkan kerana cuaca kurang elok. Ya, aku disambut oleh rintik hujan di Kuala Lumpur.

Menaiki ERL dari KLIA ke KL Central. Kemudian menunggu train Komuter ke KL Station. Menuju ke tempat penginapan kami.

Di sinilah aku menginap. Di stesen keretapi tanah melayu yang sudah berusia satu abad!

Heritage Hotel. Can you imagine how scary it is? Aku yang pernah bermain permainan komputer game tentang penyiasatan terasa seperti kejadian itu berlaku pada aku ketika itu. Akulah watak di dalam game yang menyeramkan itu.

Retro beb!