Rabu, Januari 21, 2015

Anugerah Juara Lagu 29

Telah melabuhkan tirainya bagi lagu-lagu keluaran 2014.  Juaranya yang diumpat sebagai tidak layak masih kedengaran sehingga kini. haihh~

Masakan tidak, lihat sahaja jurinya yang rata-rata penyanyi hip hop.  Bukan aku menidakkan kejayaan lagu tersebut, tapi persis berat sebelah.  Kenapa sedari dulu enggan diangkat lagu-lagu bergenre hip hop dengan lirik yang cukup puitis dan lebih mendalam seperti lagu "Aku Maafkan Kamu- Jamal Abdillah ft Malique" dan "Mantera Beradu - M. Nasir ft Malique"?  Jika mahu dibuat perbandingan, dua lagu ini jauh lebih indah bait liriknya berbanding "Apa Khabar - Joe Flizzoe ft SonaOne".

Siapalah aku?  Hanya juri sisipan yang bisa mengutarakan pandangan di kalangan sebilangan kecil kawan-kawan yang kita suka.  Namun, lagu-lagu yang mencuit hati aku bagi tahun 2014 adalah dari "Daqmie- Tangisan Sepohon Tamar" dan "Hazama - Kurelakan Jiwa".

Sekian.

1 ulasan:

eadenquate berkata...

The 20 Best Casinos in New York City
What Is Casinos 김천 출장마사지 Near Harrah's Casino? — The Harrah's 군포 출장마사지 Casino 동두천 출장안마 is in the Northeast area, and it features several notable casinos. It also features 여주 출장마사지 over 1,500 slot 서귀포 출장안마