Sabtu, Mei 26, 2012

Belia & Hedonisme


Ibarat belangkas. Tidak dapat dipisahkan. Hanya tangan manusia yang mampu memisahkan belangkas (atau keinginan belangkas itu sendiri itu tidak melekat antara satu dengan lain. Yang ini aku tidak pasti. Tapi kuasa Tuhan memungkinkan!)

Seingat aku tahun lepas program tersebut dinamakan Himpunan Sejuta Belia. Tup-tup sambutan hampir 4juta belia yang hadir, tahun ini telah bertukar nama kepada Himpunan Jutaan Belia. Adeh~

Ibarat terlampau mengagungkan hiburan (hedonisme) dan kebergantungan kepada 'khidmat' hiburan untuk menyatukan belia-belia, pemimpin-pemimpin negara bagaikan terdesak untuk meraih sokongan belia yang memajoritikan jumlah penduduk negara.

Agenda seterusnya Himpunan Terbesar Asia dengan penyediaan hiburan 6km Back to Back.  Masyaallah....

Cukup-cukuplah sudah dengan Mentor, Gangstarz, Mania, Versus, Showdown dan sebagainya yang langsung tiada faedah!  Untuk apa melahirkan ramai penyanyi dan penghibur andai ulama'-ulama' tiada penggantinya!

Aku sedih. Bimbang.  Pelbagai kemungkinan bersarang di fikiran.  Namun, aku tetap hanya mampu berdoa dan menulis kekesalanku di sini.

Khamis, Mei 24, 2012

Chong Wei Oh Olimpik

Aku nampak keikhlasan di hatinya melalui deraian air mata yang mengalir dek soalan bertali-arus tentang pelbagai kemungkinan.

Berat sungguh bahu Chong Wei menggalas bebanan dan harapan menggunung.

Apapun, semoga ada hikmah di sebaliknya. Bertabahlah!!

Jumaat, Mei 18, 2012

Kabhi Alvida Naa Kehna

Never say good bye. Itulah maksudnya.

Malam Khamis yang lepas, aku berkesempatan menonton sebuah filem hindi di TV2. Terlepas babak awal, aku hanya dapat menonton 2jam yang terakhir. Sudah lama tidak menonton filem hindi, aku amat tertarik dengan jalan ceritanya.

Berkisah tentang cinta terlarang di dalam perkahwinan. Adakah ia cinta suci? Adakah harus anda meminggirkan perkahwinan sedia ada andai cinta telah pergi? Haruskah meneruskan cinta terlarang andai ditakdirkan bertemu dengannya?

Aku tidak suka dengan ending filem ini. Walaubagaimanapun, aku tetap bagi 4 per 5 bintang untuk jalan cerita dan watak yang dimainkan.



Rabu, Mei 16, 2012

Happy Teachers' Day!!


Aku pernah glamour di sekolah rendah. Itu mungkin kerana aku sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan sehingga ke peringkat negeri serta pernah menjadi pelajar harapan dan pelajar contoh. Seorang guru yang berjaya mengesan kebolehanku iaitu Cikgu Khamisiyah Pathiroon. Sehingga kini kami masih berhubung. ;)

Masuk ke sekolah menengah, dengan jumlah pelajar yang ramai, aku sudah tidak se'glamour' dulu. Walaupun banyak mewakili sekolah dalam itu-ini, tetapi rezeki sudah tidak berpihak kepadaku. Sekadar di tempat kedua atau ketiga dan selalu juga tersingkir awal. Namun, di akhirnya aku mencipta rekod menjadi pelajar pertama sekolah yang berjaya lulus dalam peperiksaan memasuki MRSM. Tiada guru khusus yang rapat dengan aku untuk semua itu. Cuma aku amat mengagumi guru Bahasa Inggerisku Mr. Ramakrishnan. Kenangan bersamanya untuk pertandingan Choral Speaking memang tidak akan aku lupakan. Beliau juga berjaya mengubahku daripada 'kureng' di dalam Bahasa Inggeris kepada yang lebih baik. Dah lama aku tidak nampak Cikgu Rama dengan motosikal buruknya membawa hasil perahan susu lembu. Aku dengar khabar bahawa Cikgu Rama sakit dan nyanyuk. Ohh...dah lama tidak menjenguknya....

Pertama kali berjauhan dengan famili menjadikan aku semakin tabah dan kuat dengan cabaran. Di situlah bermulanya aku mencari 'keluarga baru' sebagai teman terdekat. Ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah. Dan atas dasar itulah, aku bertemu dengan seseorang yang aku panggil 'umi'. Namanya Ms. Khairiah Abdullah. Dan sehingga ke saat ini kami telah menjadi sahabat.  Dia tidak mengajar mana-mana subjek dalam kelas aku tetapi dia merupakan penasihat persatuan yang sangat dedikasi dan membentuk aku menjadi penghuluwati di MRSM.


Guru ibarat ibu. Walau segunung intan, belum tentu jasanya terbalas. Hanya doa aku panjatkan semoga kalian dirahmati Tuhan dan jasa kalian dibalas setimpalnya oleh Tuhan. ;)

Walauapapun, sajak daripada Usman Awang pasti akan didengari apabila Hari Guru bertandang.

Isnin, Mei 14, 2012

Tahniah!!!

Tahniah!! Kalian berjaya membuktikan kemampuan. Mungkin ini titik mula kebangkitan skuad remaja kebangsaan. Jadi, skuad kebangsaan senior negara tidak perlu gusar kerana pelapis telah membuktikan segalanya.

Cuma, mereka perlu dididik untuk lebih tenang dan bijak mengawal situasi. Mungkin mereka remaja, maka darah memberontak masih mendidih. Hal ini perlu dipelajari daripada senior mereka. Itu kekurangan mereka yang diharapkan dapat diperbaiki.

Semoga kalian lebih membanggakan di masa hadapan.
(dah lamanya tak main hoki. masihkah ada skil itu? huhu...)

Sabtu, Mei 12, 2012

My Passion


Berbetulan, kawasan perumahanku tidak jauh daripada Stadium Hoki Bukit Serindit dan Stadium Tun Fatimah, lalu aku mengambil kesempatan untuk datang sendiri menyaksikan perlawanan hoki antarabangsa.

Kejohanan itu telah bermula pada 3 Mei lagi, tapi aku masih belum berkesempatan untuk menjengah. Namun, bermula pada 7 Mei yang lalu, aku tekad untuk datang.

Pertama kali berada di stadium yang dipenuhi lautan manusia, pelbagai perasaan hadir. Namun, keseronokan tetap ada. Lantas, ia menyebabkan aku hadir untuk kali kedua, pada perlawanan separuh akhir menentang India. Ternyata, memang berbaloi sangat! Pertama kali melihat Mirnawan Nawawi, Abu Bakar dan Chua Boon Huat di depan mata. Aku sangat teruja! Mereka adalah bekas skuad kebangsaan yang sangat aku kagumi. Ternyata, anak didik mereka turut sama mewarisi kehebatan sifu.

Aku akan datang lagi esok, menyaksikan perlawanan akhir. Doaku semoga kalian menang!

Isnin, Mei 07, 2012

My Day



Hari ini, ia datang lagi. Banyak doa yang aku panjatkan.
Semoga Allah perkenankan segala permintaan.
Amin.... ;)


Jumaat, Mei 04, 2012

Lupa jalan pulang

Aku lupa jalan pulang. Moga aku tidak lupa jalan pulang menuju Tuhan.
.
.
.
..