Rabu, Mei 16, 2012

Happy Teachers' Day!!


Aku pernah glamour di sekolah rendah. Itu mungkin kerana aku sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan sehingga ke peringkat negeri serta pernah menjadi pelajar harapan dan pelajar contoh. Seorang guru yang berjaya mengesan kebolehanku iaitu Cikgu Khamisiyah Pathiroon. Sehingga kini kami masih berhubung. ;)

Masuk ke sekolah menengah, dengan jumlah pelajar yang ramai, aku sudah tidak se'glamour' dulu. Walaupun banyak mewakili sekolah dalam itu-ini, tetapi rezeki sudah tidak berpihak kepadaku. Sekadar di tempat kedua atau ketiga dan selalu juga tersingkir awal. Namun, di akhirnya aku mencipta rekod menjadi pelajar pertama sekolah yang berjaya lulus dalam peperiksaan memasuki MRSM. Tiada guru khusus yang rapat dengan aku untuk semua itu. Cuma aku amat mengagumi guru Bahasa Inggerisku Mr. Ramakrishnan. Kenangan bersamanya untuk pertandingan Choral Speaking memang tidak akan aku lupakan. Beliau juga berjaya mengubahku daripada 'kureng' di dalam Bahasa Inggeris kepada yang lebih baik. Dah lama aku tidak nampak Cikgu Rama dengan motosikal buruknya membawa hasil perahan susu lembu. Aku dengar khabar bahawa Cikgu Rama sakit dan nyanyuk. Ohh...dah lama tidak menjenguknya....

Pertama kali berjauhan dengan famili menjadikan aku semakin tabah dan kuat dengan cabaran. Di situlah bermulanya aku mencari 'keluarga baru' sebagai teman terdekat. Ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah. Dan atas dasar itulah, aku bertemu dengan seseorang yang aku panggil 'umi'. Namanya Ms. Khairiah Abdullah. Dan sehingga ke saat ini kami telah menjadi sahabat.  Dia tidak mengajar mana-mana subjek dalam kelas aku tetapi dia merupakan penasihat persatuan yang sangat dedikasi dan membentuk aku menjadi penghuluwati di MRSM.


Guru ibarat ibu. Walau segunung intan, belum tentu jasanya terbalas. Hanya doa aku panjatkan semoga kalian dirahmati Tuhan dan jasa kalian dibalas setimpalnya oleh Tuhan. ;)

Walauapapun, sajak daripada Usman Awang pasti akan didengari apabila Hari Guru bertandang.

2 ulasan:

Nina Aman berkata...

salam kak..no 714 tu dah x pakai. yg baru no ni 741. yg lain same je dgn no lama. ada switch no kat dpn tu. akak, dtg tau wedding aman!

BuRuuj berkata...

insyaallah akan datang tp akan lewat sampai sbb hari sabtu akak keje. nk special layanan boleh? mesti time tu dh xde org dh, tinggal akak je jd tetamu. huhu....