Sabtu, Mei 12, 2012

My Passion


Berbetulan, kawasan perumahanku tidak jauh daripada Stadium Hoki Bukit Serindit dan Stadium Tun Fatimah, lalu aku mengambil kesempatan untuk datang sendiri menyaksikan perlawanan hoki antarabangsa.

Kejohanan itu telah bermula pada 3 Mei lagi, tapi aku masih belum berkesempatan untuk menjengah. Namun, bermula pada 7 Mei yang lalu, aku tekad untuk datang.

Pertama kali berada di stadium yang dipenuhi lautan manusia, pelbagai perasaan hadir. Namun, keseronokan tetap ada. Lantas, ia menyebabkan aku hadir untuk kali kedua, pada perlawanan separuh akhir menentang India. Ternyata, memang berbaloi sangat! Pertama kali melihat Mirnawan Nawawi, Abu Bakar dan Chua Boon Huat di depan mata. Aku sangat teruja! Mereka adalah bekas skuad kebangsaan yang sangat aku kagumi. Ternyata, anak didik mereka turut sama mewarisi kehebatan sifu.

Aku akan datang lagi esok, menyaksikan perlawanan akhir. Doaku semoga kalian menang!

Tiada ulasan: