Sabtu, Mei 04, 2013

GE '13



Akhirnya, tarikh mengundi yang diumumkan akan sampai ke kemuncaknya pada hari esok.  Wah….tak sabar rasanya untuk mengundi.  Ini kali pertama untuk aku.  Sepatutnya kali kedua, tapi aku nafikan hak sendiri 5 tahun lalu sebab masih menuntut di UTM dan padaku, aku belum cukup matang untuk menilai parti dan pemimpin manakah yang benar-benar membawa hak rakyat ke tempat yang sepatutnya. 

Melihat poster-poster calon dan juga bendera-bendera parti yang terpamer di segenap sudut dan ruang di seluruh Malaysia, mengimbaukan detik aku dicalonkan untuk menjadi pemimpin pelajar di MRSMKT dulu.  Sungguh, itu kali pertama buatku melihat suasana politik di sekolah.  Kalau setakat sekolah harian biasa, pemimpin tertinggi adalah pengawas yang dilantik sepenuhnya oleh guru-guru.  Manakala ketua kelas, hanya setakat mengangkat tangan menandakan sokongan! Ya, aku menang dalam pilihanraya MRSMKT dan dilantik menjadi Naib Presiden II Badan Wakil Pelajar (BWP).  Satu tanggungjawab besar telah aku pikul.  Namun, aku tak pasti sama ada aku menjalankan tanggungjawab dengan baik ataupun tidak.  Huhu… Tapi Alhamdulillah… tidak pula aku dengar desas-desus yang mengutuk kepimpinan kami semua sebagai satu badan tertinggi di MRSMKT.

Malaysia, satu ruang lingkup yang cukup besar.  Kalau sekolah, seorang pemimpin boleh dinisbahkan kepada puluhan pelajar, namun seorang pemimpin negara mewakili beribu-ribu rakyat!  Lebih besar rakyat jajahan, lebih besar tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan!  Ambillah sirah Rasulullah Sollallahu’alaihi wassalam sebagai panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh terulung!


2 ulasan:

Nina Aman berkata...

saya mengharapkan kepimpian demokrasi di msia ni bebas dari korupsi & lebih berintegriti. (=

BuRuuj berkata...

aman, saya pun. zaman telah berubah, sememangnya dulu semangat perkauman itu tinggi kerana perlu untuk membangkitkan semangat rakyat bagi menuntut kemerdekaan.

Namun, kini zaman telah berubah. Isu perkauman itu usah dibangkitkan kerana ada isu lebih besar lagi yang perlu diperangi!

Wallahu'alam... semoga Allah bersama-sama dengan kita.