Isnin, April 29, 2013

April Dalam Kenangan

Bulan yang suram buatku.  Seorang insan yang melahirkan dan membesarkanku pergi buat selamanya menemui Sang Pencipta.  Bungkam.  Seminggu diambil untuk bengkak mata surut.  Bukan tangisan ketidak relaan pemergiannya, tapi tangisan sayu kehilangan lelaki pertama dalam hidupku.

Ayah yang kupanggil bapak (almaklumlah orang Jawa).  Dia hero bagi insan yang bergelar anak.

Kalau diikutkan, banyak perkara yang aku terkilan dan hajat yang ketidak sampaian.  Namun, aku harus belajar untuk melupakan dan merelakan.

Emak, puas kuajak tinggal bersamaku.  Namun, ditolaknya.  Katanya, "Biarlah mak habiskan edah kat kampung.  Nanti kalau dah habis edah, kita tengoklah macamana ye sayang?"

Aku lihat mak tabah.  Namun, aku tahu betapa pilunya hati mak.

"Ya Allah, kurniakanlah segala kerahmatan, kemuliaan-Mu.  Jauhilah emak daripada malapetaka.  Golongkanlah bapak di dalam golongan insan yang Engkau rahmati.  Serta sampaikanlah segala hajatku untuk kebaikan dan kemudahan hidupku dan keluargaku. Amin...."

4 ulasan:

Nina Aman berkata...

kak, takziah ye...semoga Allah tempatkan arwah di kalangan org yg beriman.

BuRuuj berkata...

Aman, amin...terima kasih.

kapten berkata...

Dila..takziah...semoga ditempatkan bersama orang beriman amin...

BuRuuj berkata...

amin... terima kasih!