Selasa, April 02, 2013

Tanda-tanda Dekatnya Pilihanraya

Dulu, tapi bukan dulu-dulu lah. Kalau ada jer orang buat jalan atau baiki jalan, mesti akan ada orang cakap; "hah, dah nak mengundi dah ni."

Tapi sekarang. Jalan baru buat, dah kene tampal balik, rosak balik, tampal balik pun; "eh, ni ngundi ni belum tentu lagi ni."

Dulu, seingat aku, bendera parti berkibaran sana-sini, selepas tarikh mengundi diumumkan.

Tapi sekarang, bendera dah macam 'roti canai' pun tarikh mengundi tak keluar lagi.

Dulu, tak sampai 5 tahun, PM bukan main tak sabar lagi nak bubarkan parlimen.

Tapi sekarang, sampai ada parlimen terbubar dengan sendirinya pun, PM masih mahu sembunyikan tarikh pilihanraya. Siap pecah rekod tu!

haih~

"Apa yang ada dalam fikiran PM sekarang ni, ek?"

2 ulasan:

Nina Aman berkata...

Yg pelik, apelah yg sibuk nak pasang bendera parti tinggi2 sampai panjat bukit bagai...Ada pertandingan siapa paling tinggi eh? =="

BuRuuj berkata...

kdg2 gelagat mereka menggelikan hati. hihi...

kreatif pun ye jugak. tp yg penting tidak berbahaya kepada yang memasang dan org ramai.