Khamis, Disember 06, 2012

Taubat Sambal Belacan?

Pedas pedas sambal belacan, walaupun pedas masih mahu dimakan juga!

Perit juga duduk bersendirian. Sakit pening tiada siapa yang peduli.

Semalam, Selasa 4 Disember 2012, dunia menjadi kabur dan hampir padam di mataku.  Degupan jantung seakan-akan berhenti.  Dada terasa sesak.  Tekak merasa sangat kering.  Aku cuba bertenang dan menarik nafas sedayaku.  Daripada berdiri, aku duduk.  Picit-picit mana-mana anggota yang tercapai tangan.  Dalam fikiran hanya terfikirkan itu adalah penghujung hayatku.  Aku hanya beristighfar dan mengucap syahadah di dalam hati sambil-sambil terbayang betapa banyaknya dosaku selama ini.

Alhamdulillah...sehingga kini aku masih bernafas.  Terima kasih Tuhan di atas nikmat nyawa ini.
Izinkanlah aku bertaubat sebelum Kau mengambil nyawaku.  Moga taubatku bukan taubat sambal belacan.

Tiada ulasan: