Rabu, Ogos 05, 2009

Sendiri Aku

Hidup ni, taklah lama sangat. Ikutkan iman, tak banyak masa untuk buat amalan yang dapat melayakan diri masuk ke syurga Allah.

Dari kecik sampai besar, hidup penuh dengan peperiksaan. Dalam banyak-banyak peperiksaan, peperiksaan SPM paling susah. Tapi kita tetap boleh tempuh. Tapi kenapa ustaz selalu cakap soalan bocor dalam kubur pun susah kita nak jawab ek?

Kenapa kita selalu cakap kita tak cukup masa? Semua orang, Allah bagi 24 jam sehari semalam. Pelik aku, ada orang buat statement "Gerai kami dibuka 25 jam" ???

Aku tak tahu kenapa aku buat entri ini. Ntah?? Serabut? Mungkin? Aku dah pening dengan hala tuju aku sendiri. Semua aku kejar...dunia!
................................................................................
Aku kehilangan seorang makcik yang baik dengan aku. Kami tak rapat mana, tapi sebelum Allahyarhamah dikebumikan, aku sempat membaca Yaasin di sisinya, sempat menatap wajahnya. Aku sentiasa menghitung hari Allahyarhamah di dalam kubur sendirian sehingga ke hari ini. Bukan tak pernah menghadapi upacara kematian, tapi yang ini, aku rasa lain amat. Terasa seperti ada hidayah sampai padaku untuk aku berubah. Ya, kubur tak luas, tak terang.

Tiada ulasan: