Rabu, Ogos 19, 2009

"AM Skrew", "Di Silau Pagi~i follow" dan "Bicara Pagi"

Helluuu~~~ Fufau in da house!!! bersama eff Bee Ai. Menemani anda dalaaammm AM Skrew!! Hmm...ape topik kite pagi ni Fufau? "Suamiku dot...dot...dot..." Anda boleh SMS di 33311 atau menelefon kami di talian 03-333.....

"Hello, kak Fufau, sejak saya tahu suami saya ada hubungan dengan perempuan lain, cari selalu ke Spa. Saya buat facial bla bla bla sampai sekarang, suami saya dah lama tak hubungi perempuan tue!

Assalamu'alaikum dan selamat pagi!!!! Anda bertemankan kami Krellll, KO dan SY a.k.a Abang Yem "Di Silau Pagi ~ i follow". Topik kita pagi ini ialah "Kejutan yang tak terkejut" yang anda pernah lalui, untuk berkongsi cerita dan pengalaman anda, anda bolehlah menelefon kami di 03-95432000 . Sementara menerima panggilan, kita dengar dahulu lagu dari BPR-Dari sinar mata. i follow~

Ada satu hari tue, kami menonton cerita Ju-On. Balik dari memonton tue, konon-kononnya, dia nak takut-takutkan saya la dengan merangkak naik tangga. Dia tak tahu yang saya pun merangkak dari atas! Apa lagi??? Hahahaha......

Assalamu'alaikum dan selamat pagi. Anda sedang mendengarkan kami di gelombang 101.9 FM, 105.2 FM dan bla bla di Radio ..... Johor. Mantapkah hari anda? Telefon kami di 07-2244100 dengan bertemankan saya Helmi. Jangan lupa pada jam 8.15 pagi ini, kita ada tetamu dari DUN kawasan Kulai Jaya, Dato' ........ untuk membicarakan tentang pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan tersebut. Bagi siapa-siapa yang mempunyai masalah, bolehlah menghubungi kami sekali lagi di talian 07-2244100 atau 2243100 atau 2245100.

"Hello, encik boleh jauhkan diri dari radio tak? Kami di sini tak jelas dengan panggilan dari encik. Hello...hello...hello... Alamak Dato', panggilan kita terputus nampaknya" kata juruhebah.

...........................................................................................................................................
Kadang-kadang pengajaran itu datang bukan dari perbicaraan yang formal.

2 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Hmmm.. betul lah tu..

Selamat menyempurnakan ibadah puasa la eh..

BuRuuj berkata...

kang bp,
selamat juga untuk kamu;)