Jumaat, November 21, 2014

Angau

Ada staf baru menyertai syarikat; tempat aku bekerja. Muda beberapa tahun dari aku. Agak matang dan lembut dalam berbicara. Ada rupa, elok juga budi pekertinya. Pertama kali bersua ketika sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh HQ syarikat yang mana aku turut diundang untuk memeriahkan majlis.  Ketika itu, aku mengambil cuti tahunan kerana ada urusan di Kuala Lumpur, namun sempat meluangkan sedikit masa untuk hadir sebentar.  Dan ketika itulah, aku diperkenalkan kepadanya.  Aku dan dia hanya ber 'hai-hai' sahaja.  Dia rajin membantu di awal majlis sebelum acara perasmian. Nampak kemas dan segak berbaju cekak musang dengan stail rambut anak muda.

Walaupun baru pertama kali berjumpa, kami tidak kekok berbicara mungkin kerana sikapku yang mudah mesra dan peramah.  Senior-senior mengarahkan aku untuk menjamu hidangan lebih awal sebelum berangkat pergi meninggalkan majlis.  Memandangkan situasi kekok (makan sebelum masanya), aku pelawa tetamu yang lain untuk sama-sama menemaniku menjamah hidangan.  Dia lantas turut menyertaiku dan duduk di sebelahku! Waktu itu, tiada apa-apa perasaan yang timbul, mungkin kerana kami jarang berhubung lantaran dia hanya pembantu akauntan.  Semua itu berubah selepas akauntan berpindah mencari rezeki di syarikat lain dan dialah satu-satunya insan yang kerap aku hubungi.

Adehh~ Terasa sepertinya aku yang telah angau bak dilamun cinta!  Duhai hati, sila jaga iman.

Ok, ketemu lagi! ;)

Tiada ulasan: