Jumaat, Ogos 22, 2008

Tobak...Tobat...Taubat

"Bulan puasa dah nak sampai dah nie. Tak leh la tengok wayang." Kata akal.

"Takpe...lepas puasa tengoklah wayang balik." Kata Setan.

"Kita kena bertaubat dahulu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Bila dah masuk, tinggal lipat-gandakan amalan. Tak boleh tengok wayang, buat benda yang maksiat. Tinggalkan sajalah segala perkara buruk yang pernah kita buat dahulu. Kemudian polish hati agar kilat, licin dan bersinar. Dan bila tiba Aidilfitri, barulah kita nie benar-benar fitrah." Kata Ustaz.

"Ini tak bermaksud kita boleh buat lagi perkara maksiat selepas bulan puasa. Sebenarnya, kita kena jaga hati kita yang kita dah polish selama sebulan itu sampai tiba Ramadhan yang mendatang. Bila setiap tahun kita polish hati kita dan jaga ia dengan sebaiknya, bila ajal kelak, hati kita memang benar-benar suci. Tapi, kalau kita asyik polish kemudian buat maksiat semula. Sampai ajal pun hati kita tetap macam tue rupanya." Tambah Ustaz lagi.

"Ooohh.....baru ku tahu macam nie caranya. Ye tak ye jugak." Bisik hati kecilku.

2 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Tonton wayang tu maksiat?

BuRuuj berkata...

tok,
ustaz kata ya sbb wayang kat cn bercampur dgn yg bukan mahram. dan tgk jgk cite ape yg kita tgk. kalau ada unsur maksiat, maka maksiatlah.