Jumaat, November 21, 2008

Gadis Melayu


Gadis Melayu. Lengkap semuanya. Cantik paras rupa, pandai serba-serbi seperti memasak, menjahit, mengemas rumah, mendekorasi hiasan dan sebagainya. Sopan orangnya, lembut bicara, manis tutur kata serta anggun penampilan. Pendek dan panjang kata, cantik segala lah...

Rancangan yang diwujudkan atas dasar keprihatinan media terhadap kecenderungan muda-mudi masakini ke arah penampilan kebaratan. Bagus juga kalau mesej yang hendak disampaikan tercapai. Tapi bagaimana pula dengan kayu pengukur terhadap keberkesanan program itu? Apakah ia tamat tatkala pemenang gadis melayu itu diumumkan? Bagaimana pula dengan khalayak sasaran yang menonton rancangan? Apakah ia berhasil atau sebaliknya?

Nah, kita lihat sahaja rancangan realiti yang berbentuk hiburan. Tumbuh bak cendawan selepas hujan. Begitu juga golongan sasaran. Sehinggakan kanak-kanak juga turut diasuh dan dididik untuk menjadi penghibur bila dewasa kelak. Jikalau beginilah, natijahnya pada bangsa, agama dan juga negara. Ramai yang beranggapan ia sebagai cemelan. Tapi masih tidak cukupkah hiburan yang sudah melana itu hatta mengalahkan penyebaran ilmu?

Emas perak intan berlian
Bistari jauhari mengenal manikam
Khasiat hidangan jadi santapan
Mengapa cemelan masih diidam?




Tiada ulasan: