Khamis, Disember 04, 2008

dari dynaphan ke benadryl ke hurix ke woods ke....

Aku bukan penagih. Jauh sama sekali. Tapi aku heran, mudah benar untuk aku menelan dadah akhir-akhir ini. Dari dynaphan dan benadryl dari pusat kesihatan hinggalah ke sengsei. Hurix madu plus la, woods peppermint la dan sehinggalah aku mendapatkan rawatan di klinik swasta. Punyalah gigih, dari rumah aku berjalan kaki di waktu hujan dan panas untuk ke klinik yang agak jauh juga jaraknya. Nak sihat punya pasal kan? Duit toksah nak citerlah...habis banyak dah tapi apa yang aku harapkan tak menjadi jugak. Memang benar duit tak dapat membeli nilai kesihatan. Kalau dah sakit tue, alahai~

Sekarang nie aku dah nak masukkan dadah lagi untuk botol yang ke-6. Dahsyat kan? Dah 3 minggu aku menderita. Malah entri ini lama tersimpan sebagai draft sejak aku mula sakit masuk minggu kedua. Aku nak keluarkan juga dengan harapan kalian dapat memberikan aku penawar-penawar mujarab.

6 ulasan:

Yana Ismail berkata...

alaahai sis..ok tak ni?emm sakit apa ni?get well soon ok;)

Amanina berkata...

hm..btl3...sian kami..(tmasuk sy) kami batuk sejak sbln lps..ya allah,kau sembuhkan kami n mudahkn segala urusan kami..aminnn..

Tanpa Nama berkata...

minum coke yg dlm tin. insyaAllah berkesan. sungguh. aku tak tipu.

nik_khoir berkata...

Assalamu'alaikum shbtku..
kaifa haluki? keadaan dila dah bertambah baik ke? harap2nye..
batuk biasa atau ada masalah lain?
ikhtiar kita dengan mendapatkan ubatan dan berdoa, namun Allah jua yg Menyembuhkan.
Mg ujian ini jadi kaffarah buat kita (Huhu,oni pun demam).
Mg cepat sembuh shbtku..

BuRuuj berkata...

princess,
batuk. thanks..;)

amanina,
ameenn....

fafa,
dah cube dah...tp tak baik jugak. huhu...

nik,
batuk biasa yg kuat dan takde kahak. kering. sakit sgt ampai buah pinggang pun raser sakit. huhu...doktor, tolong...

Tanpa Nama berkata...

hmmm...langgar je pantang kalo gitu. layan je ais. mesti baik lps tu. hehheheheheheh