Memaparkan catatan dengan label lawak ke?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak ke?. Papar semua catatan

Khamis, April 30, 2009

Wakenabeb!


Abg ipar: Hello adik. Abang emy minta maaf la dik.

Aku: Nape pulak nie?

Abg ipar: Adik punya loan tak lepas la. Orang tue cakap pay slip adik macam main-main. Dah la panjang. Nak fotokopi pun tak boleh.

Aku: Laa...yeke? Pay slip contract staff memang macam tue...habis tue macamane?

Abg ipar: Sori la dik. Abang emy tak leh tolong la..

Aku: Alaa... Errmm....kalau adik bagi slip penyata gaji tahunan boleh tak? Tapi tahun 2007 punyer laa... Untuk 2008 punyer takde sebab dah tukar kat fakulti lain. Camaner?

Abang ipar: Err yang tue abang emy rase pun tak boleh sebab pay slip adik still macam tue jugak. Orang bank memang tak consider sangat kalau pay slip macam main-main. Orang bank kata pay slip tue susah nak fotokopi sebab panjang sangat. Tue yang diorang tak percaya adik boleh bayar loan ke tak nanti.

Aku: Alaa..... Sedihnyer....

Abang ipar: Takpelah...nanti abang emy belikan adik kete sorong jer la yerk?

Aku: Orang betul-betul nie. Dia main-main pulak ye? Ala abang emy, takkan tak boleh kot? Pay slip macam tue bukan salah adik. UTM yang buat macam tue.

Abang ipar: Adik kene la bagitau kat orang yang incas pasal gaji kat UTM tue supaya tukar pay slip adik supaya orang bank boleh percaya.

Aku: Hai takkanlah adik sorang je pay slip lain. Kawan adik pun, pay slip dia macam tue jugak!

Abang ipar: Ala sori dik. Dah orang bank cakap macam tue. Abang emy sampaikan jer laa...

Aku: Sedihnya....adik jujur laa...adik bayar laa nanti. Tengok sekarang, PTPTN adik tak pernah miss bayar. Dah tinggal sikit je utang tue. Kawan adik lagi teruk! Tak pernah bayar sampai utang dah lebih dari yang dia pinjam!

Abang ipar: Tue PTPTN. Tak banyak. Nie loan. Banyak....

Aku: Hurrmmm....takpelah...

Abang ipar: Hahahahaha......lu kene beb!

Aku:??????

Abang ipar: Hahahaha....loan adik lepas laa....hahahaha....

Aku: @#$%^&*!@$%&#?<

Isnin, Julai 21, 2008

Guy's Talk

Aku menghadiri Walimatulurus sahabat baikku di Kluang Sabtu lepas. Ramai jugak sahabat lama yang hadir. Hampir satu platun jugak la kalau dibariskan. Pengantin tiba jam 1345H. Adat pengantin, jalan mesti slow dan penuh dengan kesopanan. Baru je melabuhkan punggung di khemah persilatan, hujan turun dengan selebat-lebatnya; menggantikan silat pengantin yang tak sempat dipersembahkan. Ha...kalau jalan laju sikit kan bagus. Kesian pesilat tue, berlatih punya berlatih, tak jadi pulak nak dipertontonkan.

Ada waktu senggang, sempat jugak kami berborak dengan pengantin. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Tiba-tiba cuping telingaku terdengar satu soalan dari sahabat lelakiku yang lain, "Wei, ko dah ke belum?"

"Belum. Malam ni kot."

Ish..ish.. lelaki...lelaki... Takde soalan lain ke nak tanya.

Jumaat, Jun 27, 2008

Operator

Aishah: Hello, assalamu'alaikum. Unit Teknikal? Saye nak buat aduan la.

Operator: Wa'alaikumussalam. Ye saye. Aduan ape cik?

Aishah: Lab saye blackout la. Blok C08, aras tiga, Makmal Kultur Tisu Tumbuhan, no.bilik 306-02. (tanpa diminta aishah terus memberikan maklumat).

Operator: Oh, pelan-pelan dik, saye nak catat nie. (sudah mula beramah mesra).

Aishah: Oh, maaf encik. (Aishah memberi maklumat sekali lagi secara perlahan-lahan).

Operator: Erm...Makmal Kutu Tisu Tumbuhan? Nak buat ape dengan kutu tumbuhan dik?

Aishah: Kah...Kah..Kah...(Aishah tergelak. Kelakar). Bukan kutu tisu tumbuhan pakcik. Kultur tisu tumbuhan. Kultur.

Operator: Hah? Kutu?

Aishah: Bukan, Kultur... Kah..kah..kah..(gelak aishah lagi).

Operator: Cube adik eje, maklumla..pakcik nie skolah tak tinggi. Satu tingkat jerk..(Dia pulak gelak).

Aishah: K.U.L.T.U.R (Aishah ajar pakcik mengeja). Plant Tissue Culture Lab.

Operator: Owh...KULTUR, pakcik ingatkan KUTU tadi. Tue yg pakcik tanyer tue, nak buat ape kaji kutu tumbuhan. (Pakcik gelak lagi).

Aishah: A'ah..kultur. Ok pakcik. Time kaseh ek. (Aishah mengakhiri perbualan).

Operator: Maaf ye dik. Ok, sama-sama. Kejap lagi technician datang.

Gelak aishah masih berbaki. Jadi selama ini, diorang catat dalam record, kutu tisu tumbuhan la? Ish..ish..ish...

Selasa, Mei 27, 2008

TARZAN

"Korang tahu kenapa bila Tarzan bergayut dia menjerit "oooooooooo" ? (sila lagukan mengikut irama Tarzan) Tanya En. Zul.

En. Zul pun memulakan ceritanya...

"Sejak kecil sehinggalah dewasa, Tarzan belajar bergayut melalui tunjuk ajar kera. Tiada lagu. Tetapi pada suatu hari, Jane dan pasukannya pun memasuki hutan untuk membuat kajian ttg hidupan liar di hutan. Jane merasa pelik apabila terjumpa spesies nya yg pandai bergayut bagaikan seekor kera. Jane cuba mendekati Tarzan."

"Diamati fizikal Tarzan persis Homo sapiens. Oleh kerana terlalu lama di hutan tersebut menyebabkan Jane dan Tarzan semakin akrab. Tarzan telah jatuh cinta kepada Jane. "

"Tiba-tiba suatu hari, rumah Jane yg didirikan oleh Tarzan yg baik hati di atas pokok telah mengalami kebakaran. Jane menjerit meminta tolong, "Tolooooonngggggg!!!!!!". Sekonyong-konyong, Tarzan bergayut dengan bergayanya dari satu dahan ke dahan yg lain utk menyelamatkn kekasih yg dicintai. "Jane, pegang tangan aku," kata Tarzan. Oleh kerana matanya terpejam, Jane mencapai apa yg tercapai oleh tangan kerana matanya pedih dek kepulan asap yg tebal itu. "oooooooooooo," jerit Tarzan. Rupa-rupanya, Jane telah memegang *nu Tarzan."

"Semenjak daripada itu, Tarzan tidak lagi bertelanjang bulat dan merasakan jeritan itu memberikan identiti tersendiri buatnya." akhiri En. Zul.

Terburai gelak kami sekelas sedari tadi khusyuk mendengar cerita dr En. Zul.

Hahahahaha.....