Isnin, Julai 21, 2008

Guy's Talk

Aku menghadiri Walimatulurus sahabat baikku di Kluang Sabtu lepas. Ramai jugak sahabat lama yang hadir. Hampir satu platun jugak la kalau dibariskan. Pengantin tiba jam 1345H. Adat pengantin, jalan mesti slow dan penuh dengan kesopanan. Baru je melabuhkan punggung di khemah persilatan, hujan turun dengan selebat-lebatnya; menggantikan silat pengantin yang tak sempat dipersembahkan. Ha...kalau jalan laju sikit kan bagus. Kesian pesilat tue, berlatih punya berlatih, tak jadi pulak nak dipertontonkan.

Ada waktu senggang, sempat jugak kami berborak dengan pengantin. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Tiba-tiba cuping telingaku terdengar satu soalan dari sahabat lelakiku yang lain, "Wei, ko dah ke belum?"

"Belum. Malam ni kot."

Ish..ish.. lelaki...lelaki... Takde soalan lain ke nak tanya.

3 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Dia tanya dah sujud syukor ke belum. Jgn salah anggap.

Kaktiny berkata...

LELAKI!!!.. apa nak heran.. diorangkan nafsu 1, akal 9... dan akal yang 9 tu salah satunya - 'akal cipta alasan'.. tak caya? TGK JAWAPAN TOK RIMAU!!!... hahahahah

BuRuuj berkata...

tok,
bukan lepas nikah ke?

kaktiny,
saya setuju. hahaha...