Khamis, Julai 24, 2008

Bedah

Lampu Operation Theatre di 'on' kan agak lewat petang itu. 1715H baru bermula. Pembedahan hanya berbekalkan scalpel and blade, forcep, spatula (spatula? perlu ke?) dan hand gloves.

Mula-mula, toresan dilakukan dengan scalpel and blade. Kemudian, dengan spatula, umpil sampai sedikit terbuka. Toresan dilakukan lagi. Kali ini lebih panjang sampai ke bawah. Spatula dah mula membengkok. Belakang forcep pula digunakan untuk mengumpil. Hish...awat payah sangat nih? Akhirnya, pemegang radas pada kaki retort juga digunakan untuk mengumpil supaya bukaan dapat terbuka dengan lebih luas.

Jangan tiru aksi ini, hanya orang profesional saja boleh melakukannya.

Ah hah!!! Akhirnya...pembedahan berjaya. Hai durian, betapa susahnya hendak membuka engkau.

Tengah hari itu, kami ke belakang PSZ lepas lunch untuk melihat kalau-kalau ada rezeki. Terlompat-lompat dengan berbaju kurung untuk memetik pulasan dan rambutan kuning. Nasib baik ada galah, dapat jugak jolok manggis. Abang mesin rumput pulak tolong kami dengan memanjat pokok rambutan kuning. Dia menunjukkan aksi stunt yang sungguh membahayakan. Yela, depan anak dara. Mesti kene tunjuk terer. Memang sudah rezeki kami, ada durian gugur di situ. Apa lagi!!! Sudah tentu projek akan bermula lewat petang. Hahahaha....

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

errrr...tumpang tanya....blkg PSZ ada pokok buah ke??? sejak bila ekkk??? ke....aku yg tak penah jejak kaki kat blkg PSZ sepanjang study kat sana??? akakakakakkaka

Tok Rimau berkata...

Tok dengar pokok tu berhantu. Eiiiiiuuuuouuuuuuu!

BuRuuj berkata...

farah,
ade..ala..jalan blkg PSZ then lalu tepi MSI. dekat ngan blok FKSG. nmpk sgt kamu tak habis explore utm.

tok,
takpe, kami budak nakal. tak takut..
aaaaauuuuuuu!!!!!!

OP Zaharin berkata...

hantar kl sikit
kirim kat tokr tu

BuRuuj berkata...

meh la sini. petik dan kutip sendiri. baru mencabar..

Tanpa Nama berkata...

hahahaha....kwsn tgh² UTM tuh slalunya hanya dijejak time exam & time² nk merayap ke SUB tgk listing dak² UTM yg kena tangkap basah je.....almaklum laa...kolej ke fakulti x melalui kwsn tgh² tuh....fakulti yg jd laluan shortcut cuma FKE jek....

::rugi gak rasa x explore smpi abis UTM tuh...::

BuRuuj berkata...

owh..so, awk nie student FKM ke FKE? duk ktc ek?

Tanpa Nama berkata...

hahahha...dua² bkn. kita dak FSKSM yg menetap kat KTC dr 1st yr smpi laa abis...anak emas kolej aa konon²nya...ekekkeke...awk ni dak fakulti sains ke?

Tanpa Nama berkata...

hahahha...dua² bkn. kita dak FSKSM yg menetap kat KTC dr 1st yr smpi laa abis...anak emas kolej aa konon²nya...ekekkeke...awk ni dak fakulti sains ke?

BuRuuj berkata...

dulu ye...skrg bukan.
dah berpaling arah. FBB pulak..