Rabu, Julai 30, 2008

Malaysia VS Chelsea, Wanita Dan Bola Sepak

Semalam perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Chelsea. Ia berkesudahan dengan 0-2. Malaysia kalah lagi. Aku tak menyaksikan perlawanan. Walaupun aku bukanlah pengulas sukan yang profesional, aku nak juga melontarkan telahan aku. Mungkin mereka kalah sebab segan untuk berlaga bahu, malu untuk menggelecek kaki, bahkan menantikan wisel penamat untuk mereka saling bertukar-tukar baju dan sesi bersalaman mahupun bergambar. Yela, orang hebat datang bermain dengan mereka, siapa tak bangga. Ye tak? Mahu jugak dicanang seluruh kampung bahawa mereka dapat bermain dengan bintang bola ternama. Tahpe, ada di antara pemain Malaysia yang menjadikan pemain Chelsea sebagai idola mereka. Siapa tahu? Ke sekian kalinya, perlawanan itu diibaratkan bagai pemain sekolah rendah dengan pemain dewasa negara.

Dalam perjalanan ke UTM pagi tadi, aku dengar Radio Panas FM. DJ Fafau ada merakamkan pertengkaran antara 2 orang wanita. Yang sorang sokong Malaysia manakala sorang lagi sokong Chelsea. Hangat juga perbalahan itu. Tapi aku malas nak crite pasal mereka. Aku bukan kenal pun. Apa yang aku nak cakap, wanita dan bola sudah semakin serasi dewasa ini. Bahkan di luar negara, bola sepak wanita sudah dipertandingkan. Malaysia pun mula mengikut rentak itu. Kalau tanya pada kawan-kawan apa sukan kegemaran mereka, mereka jawab futsal. Wah, hebat jugak penangannya.

Menanduk dan menggelecek bola bagai lelaki. Tidakkah ia mengurangkan sifat kesopanan seorang wanita? Tengok saja iklan Sunsilk, gadis bertudung bermain bola. Kawan aku cakap, "dahsyatnya!!" Tapi itulah realitinya.

Dulu, kebanyakan wanita meminati bola sebab pemainnya yang tampan. Tapi kini, bukan atas sebab itu saja, mereka juga mahu kelihatan hebat dan macho seperti lelaki! Argh...aku pun tak faham. Yang pastinya, aku juga meminati bola sepak. Tapi aku kaki bangku. Ha ha ha.....

7 ulasan:

OP Zaharin berkata...

walau macammana minatnya wanita dengan bola, mereka lebih meminati lelaki yang bermain bola tersebut. he he he

emi21081 berkata...

makan bola, tido bola, main bola

BuRuuj berkata...

op,
err...sy minat skill dia. ehe=)

emi,
kamu dh parah nih..

Tanpa Nama berkata...

sungguh memalukan keadaan padang kita masa game Chelsea-Malaysia tu...dan lg memalukan....pasukan kelab mengalahkan pasukan negara...
apa nk jadik dgn pasukan bola ku ini...~geleng kepala~

BuRuuj berkata...

farah,
mereka hanya gah di mata sendiri.

Amanina berkata...

hm..sy x bpe setuju la wanita2 skrg ni nk try sukan laki..bkn pe..dlm futsal,even in soccer...aksi2 tanduk bola,sepak bola,dribble,sume 2 dh sgt bole mhilangkan feminisme..as 4 me,i'm not interested with such games..

BuRuuj berkata...

aman,
feminisme? ermm... guysme?