Isnin, Mei 03, 2010

Islam...Kristian, hipotesis aku (Siri 2)

Semalam sedikit kekecewaan melanda aku. Pertama, gagal mengajak housemateku yang beragama kristian untuk mendengar ceramah di masjid taman perumahanku daripada seorang al-hafiz yang dahulunya seorang pastor (cikgu).

Kedua, setibanya di masjid, aku diberitahukan bahawa penceramah asal terpaksa balik ke Sabah kerana bapanya meninggal dunia pada pagi semalam. Walaupun begitu, penceramah gantian juga tidak kurang hebatnya. Aku jatuh cinta mendengarkan ilmu yang disampaikan dengan gayanya yang tersendiri.
.....................................................................................................

Bagi menjawab hipotesis aku sebelum ini yang diyakinkan oleh aku sendiri apabila duduk serumah dengan penganut kristian, aku membuat kesimpulan berikut.

Persoalan: Kenapa penganut baru Islam lebih alim & warak berbanding sesetengah penganut asal agama Islam?

Hipotesis: Mereka dalam fasa mencari suatu kepastian.

Bukti: Mereka menukar agama apabila ketemu kepastian itu.

Kesimpulan: Muslim yang dilahirkan sebagai muslim berasa mereka sentiasa berada di fasa selamat sedangkan kafir sentiasa resah mencari kepastian. "Fasa selamat" itu boleh memakan diri seandainya pengukuhan terhadap tahap keimanan dan ketaqwaan tidak dititikberatkan. Kita cepat berasa jemu akan sesuatu perkara itu diulang-ulang seperti sirah nabi, tentang solat kerana pada asasnya kita sudah faham dan mengerti sejak kecil lagi. Tetapi, di dalam Islam, ilmu dan kefahaman ilmu perlu diulang-ulang agar kita sentiasa peka dan berwaspada akan setiap amalan dan perbuatan. Itulah yang diajar kepada penganut baru Islam. Setiap minggu bahkan setiap hari akan ada kuliah agama khusus untuk mereka bertujuan untuk memantapkan aqidah. Itulah yang disarankan oleh junjungan besar Nabi Muhammad. Apabila keimanan sudah mantap, barulah syariat dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Wallahu'alam...
(insyaallah perkongsian ilmu ini tidak berhenti setakat ini. aku akan ceritakan lagi perihal housemateku yang satu itu semoga menjadi iktibar.)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebab tu orang selau bertazkirah.

mengingatkan orang ramai dan juga diri sendiri. :)

BuRuuj berkata...

azwan,
tp bukan semua org Islam suka perkara yg diulang-ulang. jemu kata mereka.
wallahu'alam...

Miss Meen berkata...

bukan mudah hendak menarik sesuatu yang bukan minatnya ^_^

belajar laa selami hati mereka dan ketahui apa yg membuatkan mereka men0lak pelawaan kam0 ^_^

Saya setuju bila dikatakan kita kena bberulang-ulang belajar dan memahami...tetapi yg perlu ditukarkan ialah cara penyampaian dan pendekatan ^_^

Al Mahadaya berkata...

Detik kebangkitan agama tuhan telah bermula, Takkan Melayu Hilang Di Dunia. http://1asalama.blogspot.com