Jumaat, April 30, 2010

Islam...Kristian, hipotesis aku (Siri 1)

"Dila...tonight, i'll be late. I've nite prayer at Church."

Duduk serumah dengan kawan yang berlainan bangsa dan agama mengajarku banyak perkara. Sehinggakan pernah terlintas rasa malu kerana dia berusaha untuk menjadi 'alim & warak' sedangkan aku sendiri tidak pasti bagaimana agaknya aku di pandangan Tuhan.

Dia baru 6-7 tahun memeluk agama Kristian Protestant kerana dia keliru dengan agama asal anutannya yang terlalu banyak tuhan atau dewa dengan muka yang kadang-kala gerun dan tidak logik. Lalu, oleh kerana berkasih-kasihan dengan lelaki kristian, dia menukar agama ketika masih belajar.

Kini, aku rasa dia bolehlah dikategorikan sebagai alim kerana rajin sembahyang di church mahupun di rumah pastor bahkan dia rajin berpuasa bukan setakat 40 hari sehingga menantikan ketibaan 'Good Friday' malah lebih dari itu.

Mengenali dia menyebabkan aku mengenali serba-sedikit agama hindu, kristian katholik, kristian protestant, good friday dan banyak lagi. Bukan apa, sekadar menjadi teman rapatnya mendengar cerita. Aku berdoa agar di simpangkan segala yang buruk daripada berlaku pada aku. Nauzubillah....

Kini, aku ada hipotesis sendiri untuk persoalan "kenapa sesetengah orang yang baru memeluk agama Islam lebih alim & warak berbanding orang Islam yang lahir sebagai Islam?"

4 ulasan:

akimsensei berkata...

would u like to share the hipotesis, dila? still waiting.

kapten berkata...

dila aku nak bagi hipotesis aku,

Ini adalah kerana mereka yang baru memeluk islam mendapatkan islam secara susah payah manakala yang sudah islam dari kecik, mereka tidak merasa susah payah tersebut kerana mereka lahir terus islam.

inilah hipothesis lima sen aku..

aku tak tau kata-kata nie sesuai ke tak dengan situasi yang dibincangkan
"bende yang senang dapat memang senang dilupai atau kurang sayang, manakala bagi barang yang susah dapat mereka akan sayang kerena mereka akan kenangkan betapa susah nya untuk mendapatkan barang itu"

satu persoalan yang ingin aku wujudkan:
kenapa kalau kita tengok kaum lain selain melayu yang bukan islam tapi tak semua la hanya segelintir, mereka cukup anti kalau ahli keluarga mereka masuk islam sampai xnak mengaku adik beradik. tp kalau masuk selain daripada islam mereka akan ok....

kapten berkata...

eh hipotesis ker hipothesis haha...allergic betul aku dengan perkataan thesis ker tesis..jom menulis..heheh

BuRuuj berkata...

akem, here u are.

kapten, that's rite! err...thesis? hahaha...