Sabtu, April 24, 2010

Cikgu Oh Cikgu

Setelah lebih dua bulan aku sengaja membiarkan diri menganggur, hari Rabu yang lepas aku mula mencari peluang pekerjaan. Alhamdulillah...ternyata rezeki memihak kepadaku. Aku diterima bekerja sebagai seorang guru tuisyen. Bayaran, oklah daripada takde langsung!

Hari pertama mengajar, memanglah sukar. Dengan takde modul, buku rujukan dan pengalaman. Aku redah aje. Aku praktikkan ketegasanku di dalam askar ke dalam kelas pada hari pertama pertemuan. Ternyata, aku mendapat pujian kerana boleh mengawal kelas dengan baik oleh pemilik pusat tuisyen. Dan pelajar hormat dan dengar kataku. Ada di kalangan mereka yang sudah mula suka dengan aku. Hmm...petanda yang baik.

Aku memasang tekad untuk menjadi guru yang baik. Semoga medan ini sebagai latihan buatku untuk menjadi seorang bakal pensyarah kelak. Amin....

Tiada ulasan: