Selasa, April 27, 2010

Ulangtahun pertama =)

Nama : Meibee @ En. Biru.
Umur : Setahun (27 April 2009 - 27 April 2010).

Sejarah kemalangan:
1. Calar sedikit pintu sebelah kiri penumpang hadapan kerana bergesel dengan pintu pagar akibat 'wrong estimation'.
2. Kemek sebelah bawah kiri penumpang hadapan kerana bergesel dengan pembahagi jalan di parking lot Tasik UTM.
3. Kemek bahagian bawah 'skirt' hadapan sebelah kanan akibat melanggar pembahagi jalan di Jalan Hospital Pontian kerana mengelak dari berlaku kemalangan di atas kesilapan pemandu lain.

Sejarah kerosakan: Tingkap penumpang hadapan bergegar. Sekarang pun tak ok lagi walaupun sudah dibaiki. Kenapa kereta buatan Malaysia selalu ada masalah tingkap??

Perkhidmatan: Membawa tuan dan orang-orang penting kepada tuan ke destinasi bahagia. Perak, Pahang, Terengganu, Melaka dan sekitar Johor.

Infak ke jalan Tuhan: Menghadiri majlis ilmu, hadir ke masjid dan surau, menumpangkan orang dan kawan, membawa kawan berjumpa doktor untuk rawatan sakit kronik dan membawa ayahbonda ke mana mereka mahu pergi. Alhamdulillah....orang cakap, lagi banyak beramal ke jalan Tuhan, kemungkinan berlaku kemalangan akan berkurang.

Tips: Ucapkanlah "Nauzubillahi min zalik" kalau kamu bertembung dengan kemalangan untuk mengelakkan kemalangan itu berjangkit kepada kamu. Bagi non-muslim ucapkanlah 'cancel atau batal' atau bahasa dalam agama kamu. Kerana minda separuh sedar mempengaruhi kehidupan seharian manusia sebanyak 77%, makanya kejadian sedemikan mungkin akan lebih difikirkan oleh minda separuh sedar lebih banyak berbanding minda sedar. Wallahu'alam...

Ok, Happy Birthday my dear Meibee =)

Tiada ulasan: