Selasa, April 20, 2010

Tragedi Sabtu

Alamak! Dah nak pukul 2. Dengan baju belum di iron lagi. Nak mandi lagi. Aku mula gelisah. Walaupun awal aku bangun, tetapi tetap terlambat. Tak menang tangan aku dibuatnya. Kain baju nak dibasuh, bilik macam tongkang pecah akibat almari roboh. Rumah serabut. Ish.... kak ecah pulak mane ntah. Dah janji mahu temankan aku, tapi tak muncul-muncul juga. Akhirnya...

Lagi 2 minit ke pukul 2.30. Aku terus keluar rumah tanpa menunggu kak ecah. Sesampainya di masjid taman perumahanku, aku terdengar pengumuman berikut
"kepada semua peserta pertandingan berzanji, sila masuk ke dalam masjid sekarang juga."
Aku cuak lalu bergegas ke kaunter pendaftaran.

"Assalamu’alaikum. Saya nak mendaftar pertandingan berzanji. Boleh lagi ke?"
"Boleh, tapi kertas pendaftaran nama dah dibawa masuk dalam masjid. Cik boleh jumpa dengan orang perempuan tudung purple."

Aku masuk ke dalam masjid terus meluru ke arah perempuan berjubah purple. Aku terlupa sebentar panduan yang diberikan oleh Cik penjaga kaunter pendaftaran.

"Owh...saya Emcee. Takpe, meh, saya bawa akak ke puan itu." (ya, perempuan bertudung purple). Hati berbunga.

"Saya nak daftar untuk pertandingan berzanji boleh lagi ke?"
"Maaf, pendaftaran dah tutup. Cuba lagi tahun depan ye?"
"Ermmm...dah tak boleh lagi ke? Saya sorang jer.."
"Cuba tahun depan yer? Tapi pertandingan ini untuk kanak-kanak jer."

Aku tergamam seketika. Ustaz dan kakak tersebut tersenyum memandang aku.
Untuk cover malu. Aku mengambil sudut penjuru masjid di bahagian belakang untuk menyaksikan kanak-kanak berzanji.
(macam-macam perkara merewang dalam ingatan. Aku salah baca banner ke? Bila aku rujuk balik. Salah itu aku tujukan pada penganjur kerana kurang detail dalam penyampaian maklumat. aku tak bertanya pada orang ke? setahu aku, aku dah bertanya dah pada jiranku yang merupakan seorang qariah masjid tapi aku hampa kerana dia dan rakan-rakan pun tidak tahu-menahu akan pertandingan itu. Inilah akibat aku main redah aje...)

Bersalam dengan kakak-kakak yang duduk di situ lantas mereka ramah bertanya padaku
"Anak ada masuk pertandingan berzanji ke?"
Erk....muka aku ni ada muka ibu yang ada anak umur 7 - 16 tahun ke?

3 ulasan:

Tok Rimau berkata...

You memang perempuan Melayu terakhir.

BuRuuj berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BuRuuj berkata...

tok, masyaAllah and thanks.