Jumaat, April 16, 2010

Almari roboh

Aku ingat lagi semasa aku berada di kelas Tabiat Organisasi dulu. En. Mohd Shah ada mengatakan. Adat hidup orang bujang. Mula-mula elok saje almari itu. Dizip semuanya. Lama-lama, zip dah mula tak berfungsi. Tertanggal situ dan sini. Seterusnya, kain penutup rangka almari pula yang akan mula koyak.

Aku sangkal semua itu untuk aku. Zip semuanya berfungsi. Kain penutup pun elok lagi. Namun, kesengetan almari tak dapat aku tahan lagi. Lalu, tiba-tiba ia roboh pada hari isnin yang lalu. Nampak gaya, hujung minggu ini aku akan sibuk mengemas pakaian lah....

Tiada ulasan: