Selasa, Mei 04, 2010

Badminton oh Badminton Siri 1

Pelbagai masalah melanda skuad badminton negara. Bermula dengan pertukaran silih berganti pihak pengurusan dalam BAM. Kemudian, pertukaran keluar masuk jurulatih baru dan lama. Kecederaan yang melanda pemain badminton wanita dan baru-baru ini, Ketua Jurulatih pula dijangkiti H1N1.

Walaupun baru selesai menjalani kem motivasi dan aktiviti ala-ketenteraan, saya percaya, gangguan emosi dan tahap adrenalin mereka tidak menentu di kala ini. Ditambah lagi dengan harapan yang menggunung oleh seluruh rakyat Malaysia untuk merampas kembali Piala Thomas, bukan semudah yang disangka!

Namun, apa yang saya harapkan salurkanlah dan tukarkanlah cabaran dan tekanan kepada sesuatu yang positif. Bukan saya atau orang lain. Hanya anda yang mampu mengubahnya!

Tiada ulasan: