Selasa, Mei 18, 2010

Badminton oh Badminton X

Oklah, ini siri terakhir tentang badminton untuk bulan ini. Maaf kerana ke'obses'an aku terhadap dunia sukan ini.

Berikut pendapat aku:-

1. Adakan peraduan macam 'soccer kids' atau yang serupa dengannya. Bukan bola sepak sahaja yang perlukan perhatian.

2. Mana perginya jaguh-jaguh badminton di sekolah-sekolah, maktab-maktab bahkan IPTA/IPTS? Kenapa tidak diserapkan dalam senarai skuad negara?

3. Kurangkan kontroversi yang melanda BAM atau mana-mana persatuan badminton.

4. Gabung semua persatuan badminton daerah dan negeri supaya wujud satu badan induk yang kukuh. Tidak kiralah kerajaan ataupun swasta. Mana perginya Nusa Mahsuri yang telah mencungkil bakat Roslin dan Hafiz Hashim?

Kita terlalu mencari Mokhtar Dahari yang baru sedangkan tanpa kita sedari kita bakal kehilangan era adik-beradik Sidek yang telah menggantikan era Punch Gunalan. Ketahuilah, antara penyebab terkenalnya Malaysia di dunia ini ialah badminton.

4 ulasan:

Tok Rimau berkata...

1. Love the new template.

2. Lately, orang mula hantar anak tuisyen math, english etc. Juga masuk kelas muzik. Jika ada banyak kelas badminton atau kem badminton macam Kursus Motivasi dan Seminar Duit Sejuta Guni, ibubapa juga boleh hantar anak minat badminton dari kecil.

3. Kita sebenarnya tidak kalah 100%. Makmurnya bila melihat LCW berbicara dgn coach Misbun. Itu true 1Malaysia. 1Malaysia bukan lagu2 dan fake dance routine dalam TV.

4. Boleh ajar budak main badminton tak?

BuRuuj berkata...

tok R,

1. thank you very much;)
2. ibubapa takut anak takde masa depan dengan bermain sukan.
3. That's true! But our PM likes doing all fake things!
4. Sure, of course! My pleasure;)

Yana Ismail berkata...

heeee..btol tu..ajar anak main badminton..pe slhnya kan :D

BuRuuj berkata...

err...antalah anak yana kat akak bila besar nnt.hihihi...