Sabtu, Mei 08, 2010

Badminton oh Badminton Siri III

Esok, maka bermulalah pertemuan jaguh-jaguh badminton dunia.

Percaturan aku untuk skuad badminton negara? Aku siapa. Bukan jurulatih mereka malah jauh sekali orang-orang penting BAM. Tapi ketahuilah, bukan Dr. Hasmah seorang sahaja peminat No.1 badminton nasional. Aku juga mahu mengwar-warkan bahawa aku juga peminat No.1 badminton negara.

Meletakkan Chong Wei sebagai peneraju utama dengan memegang ranking No.1 dunia, sudah tentu kekecewaan amat jauh sekali diharapkan daripada berlaku. Begitu juga dengan Kien Keat-Boon Heong yang juga No.1 dunia. Tinggal satu mata lagi ditagih untuk merealisasikan impian merampas Piala Thomas.

Andai disandarkan pada Fairuzizuan-Zakry, aku harap mereka bermain dengan luar biasa seperti mana di awal kemunculan mereka dahulu. Andai Chong Han, gunakanlah pengalaman luas yang anda miliki. Bagi Kuan Beng Hong, walaupun masih mentah, anda bertuah kerana telah menjadi orang harapan negara di lapangan ini. Hargailah ia sewajarnya...

Sekarang, aku harap seluruh rakyat Malaysia sentiasa memperkatakan yang positif sahaja apabila membincangkan tentang skuad badminton negara ketika ini. Batalkan segala yang negatif dalam minda separa sedar anda. Semoga impian menjadi realiti. Amin....

2 ulasan:

kapten berkata...

prestasi badminton nie susah nak predict...kadang ok kadang2 ko...apa pun buatlah yang terbaik....chaiyok malaysia

BuRuuj berkata...

kapten,
betul tu. Smga yg terbaik sj berlaku. Amin...