"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Khamis, April 30, 2009
Wakenabeb!
Isnin, April 27, 2009
Kampungku Indah
Ada pertandingan masakan mengikut tema. Temanya makanan berasaskan 1. Keledek 2. Ubi kayu 3. Kentang (kalau aku masuk komfem menang. hahaha....)
Ada cakap-cakap yang entah ape-ape yang merosakkan mood. Tak seswai mengatakan tentang parti itu dan ini dan melabelkan cakap-cakap sebagai tazkirah. Huh! Tak logik!
Cari perbezaan. Hahaha...2 pemilik kereta yang sama 'kata dasarnya'. Tak menarik untuk didengar.
Banyak lagi aktiviti yang tak sempat dilakar dalam kamera aku. Gotong-royong membersihkan sekeliling kampung. Masak-masak. Hujan turun merahmati tapi petir dan guruh adakah menunjukkan tanda murka atas kata-kata yang dilemparkan oleh 'penceramah/wakil rakyat'? Sebenarnya penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran penduduk kampung terhadap aedes, denggi dan kesihatan serta merapatkan lagi tali silaturrahim;)
Khamis, April 23, 2009
Siapa yang ajar kita untuk berdisiplin?
Ya, sebagai hamba-Nya yang lemah, aku akui akan kelemahan itu namun itu bukan lagi alasan ampuh bila kita berhadapan dengan Al-Khaliq! Kau carilah pelbagai alasan, pasti kau akan kalah kerana Al-Khaliq merupakan Hakim yang ulung untuk membidas segala alasanmu itu!
Tiada niat untuk mengajar orang cerdik pandai seperti kalian. Cuma aku sekadar berkongsi cerita tentang diri yang sudah kurang berdisiplin akhir-akhir ini. Iyalah, kata nak berdiet, tapi bila kawan belanja makan, melantak puas-puas. Free lah katakan! Sememangnya aku seorang yang rajin memasak. Masakla apa yang terlintas di fikiran. Dan selalu-selalu, aku jugak yang kene menghabiskan makanan. Haih....camana nih? Nak kuar bersenam pulak, kasut sukan jadi alasan. Kasut sukan aku dah season dah. Huhu...bilalah agaknya aku mampu untuk beli kasut sukan yang aku idamkan nie?? Huaaa~~~ Dan paling merisaukan aku, tinggal sebulan lagi untuk aku berdiet dan tingkatkan fitness aku. Kalau tidak, alamat berputih matalah aku untuk merangkul kejuaraan pada bulan Jun nanti. Adusss....
Ahad, April 19, 2009
Hujung Minggu
Ini minggu ke-2 aku pakai kete kakak. Dia berkursus selama 2 minggu, makanya aku ambil kesempatan untuk melaram dengan kete dia. Seronoknya! tapi hari ni dah nak kene pulangkanlah balik kat tuan dia. huhu...
Selepas berjogging di taman depan rumah, aku mengemas rumah seperti selalu-selalu. Buat sarapan dan makan sepuasnya. haha.... Lepas tue, kami serumah bersiap-siap untuk berjalan-jalan. Plan yang dirancang Jumaat lepas untuk melancong ke Jusco Bukit Indah akhirnya tercapai jua. 1st time aku ke sana tapi tidak untuk housemate ku. Aku tidak akan ke shopping complex kalau takde tujuan. Makanya, aku telah spend budget untuk beli hadiah dan keperluan sendiri. Tapi, terkadang tue, kalau dah namanyer perempuan, kalau ade sale je, mulalah rambang mata. hehe...lantas sepasang kasut bertutup cuma berharga RM14.95 telah berjaya dibeli. Cantik! Jalan dan jalan dan jalan, rupa-rupanya dah 7 jam kami bersiar-siar di sana. Penat tak hengat! Rasanya dah lebih 10 000 langkah. Makanya, tercapai juga kempen 10 000 langkah! haha.... Bila tengok kedai "Big Apple", teringat Princess Liyana. Inilah gambar donut yang menarik tue. Princess Yana, amacam? terliur tak? hehe....
Jumaat, April 17, 2009
Fesyen =)
Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal, Sifirnya mudah. Kalau ada perempuan yang lenggoknya berlebih-lebihan, tutur kata yang kegedik-gedik-an, mekap tebal mengalahkan tebal kulit Kamus Dewan. Sebenarnya, dia adalah LELAKI! yang terdesak untuk menjadi perempuan. Begitu juga sebaliknya.
Ketara, kita terdesak untuk mengikut peredaran zaman. Barat itu biasa-biasa saja sebab mereka itu dah biasa. Yang terdesak untuk menjadi barat itu yang berlebih-lebihnya!
Sekiranya engkau sedang terdesak akan sesuatu, engkau akan berusaha untuk memperolehinya hatta dengan apa jua cara sekalipun. Contohnya, kau tetap akan mencari tempat yang 'seru' untuk berak. Adakah engkau akan berak di tengah jalan sekiranya saat itu kau berada di situ? Begitu jugalah perbandingannya dengan menutup aurat. Sekiranya engkau meletakkan Allah sebagai prioriti, engkau akan berusaha sehabis mungkin untuk melaksanakan tuntutan itu sesempurna yang boleh. Bukan berusaha untuk mencari pelbagai alasan! Biarlah kita digelar ketinggalan zaman asalkan Allah tidak 'tertinggalkan' nama kita untuk mendapat rahmat dari-Nya. Wallahu'alam....
Rabu, April 15, 2009
Felda Taib Andak dan Kulai Johor

Mawi!!! Nama yang tidak asing. Fenomena Mawi World menerjah setelah menjuarai AF3. Sehingga kini dia cukup popular. Walaupun baru-baru ini tidak dapat mengekalkan Artis Paling Popular, tidak bermakna namanya kian tenggelam.
Que Haidar. Aku sendiri tak tahu dia berasal dari felda itu! Tapi setelah diberitahukan bahawa dia akan mengadakan resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki di kampungnya sendiri, baruku tahu yang dia sekampung dengan Mawi. Wah.....
Dan yang terbaru. Kumpulan sepah. Juara Raja Lawak musim ke-3. Orang Kulai dekat dengan Felda Taib Andak. Adalah sipi-sipi tempias bakat. Aku mula menyukai kumpulan ini dengan lawaknya yang sangat menarik. Suka menggunakan peribahasa dalam setiap lawaknya.
Kini, lengkaplah Felda Taib Andak, Kulai Johor dengan warganya yang berbakat. Penyanyi, pelakon dan pelawak. Cuma sekarang tinggal 'orang yang berkaitan' untuk memberi mereka pangkat Dato' seperti Shah Rukh Khan. hehehe.....
Jumaat, April 10, 2009
Apabila bola itu bulat
Apabila bola itu bulat, apabila berlalu sesuatu insiden, banyak perkara dan pertimbangan ditolak ke tepi. Kalau boleh, semuanya tak mahu mengaku atau tak mahu menyalahkan diri sendiri. Natijahnya, diri sendiri juga yang akan rugi.
Sayang sekali.....
Sudahlah 'kita' tak sehebat mana. Ada hati mahu mengikut jejak langkah 'orang luar'. Apabila akal tiada kewarasan, begitulah jadinya. Memalukan!!!!
____________________________________________________
penulis sedikit beremosi di atas peristiwa yg melanda bola sepak tanahair baru2 ini.
Rabu, April 08, 2009
Bijaknyer Merah
Ahad, April 05, 2009
Dalam dilema
1. Pak 'guard'
2. Jauh
3. Bonggol
Kalau lalu pintu pagar utama, pak 'guard' tersangatlah strict tapi lebih dekat ke fakulti dan kurang bonggol. Kalau lalu pintu pagar belakang pulak, pak 'guard' takdelah strict sangat tapi lebih jauh dan banyak bonggol. Setiap kali tiba di lampu isyarat di mana tempat aku menyewa, setiap kali itulah akan berlaku konflik dalam diri. Sama ada nak lalu pintu utama atau belakang. Kadang-kadang, bila terasa nak lalu pintu utama, aku akan jadi bomoh minta hujan. Kadang-kadang menjadi! Makanya, pak 'guard' takdelah nak menahan aku. Tapi, kalau dah tersurat nasib badan, lalu pintu utama ke, pintu blakang ke, nak kene tahan dengan pak 'guard' tue, aku memang dah tak boleh nak buat apelah. Tapi syukur, setakat ini, aku belum pernah kene saman lagi. Tapi masa kene tahan dan bersoal-jawab dengan pak 'guard' tue, raser macam nak bunuh dia pun ada juga. huh........
Jumaat, April 03, 2009
Jika Engkau Pergi....
