Rabu, April 15, 2009

Felda Taib Andak dan Kulai Johor

Dulu-dulu. Orang luar negeri Johor tak kenal bahkan nama ini cukup asing bagi mereka. Tapi sekarang sudah berubah. Kelibat artis yang berasal dari felda ini telah mempopularkan namanya. Ya, Felda Taib Andak!

Mawi!!! Nama yang tidak asing. Fenomena Mawi World menerjah setelah menjuarai AF3. Sehingga kini dia cukup popular. Walaupun baru-baru ini tidak dapat mengekalkan Artis Paling Popular, tidak bermakna namanya kian tenggelam.

Que Haidar. Aku sendiri tak tahu dia berasal dari felda itu! Tapi setelah diberitahukan bahawa dia akan mengadakan resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki di kampungnya sendiri, baruku tahu yang dia sekampung dengan Mawi. Wah.....

Dan yang terbaru. Kumpulan sepah. Juara Raja Lawak musim ke-3. Orang Kulai dekat dengan Felda Taib Andak. Adalah sipi-sipi tempias bakat. Aku mula menyukai kumpulan ini dengan lawaknya yang sangat menarik. Suka menggunakan peribahasa dalam setiap lawaknya.

Kini, lengkaplah Felda Taib Andak, Kulai Johor dengan warganya yang berbakat. Penyanyi, pelakon dan pelawak. Cuma sekarang tinggal 'orang yang berkaitan' untuk memberi mereka pangkat Dato' seperti Shah Rukh Khan. hehehe.....

2 ulasan:

Yana Ismail berkata...

ha ha ha..dato' mawi?hmm..besar bunyinye ;P

BuRuuj berkata...

sebesar jasa memfofularkan felda itu...hahaha