Khamis, April 23, 2009

Siapa yang ajar kita untuk berdisiplin?

Hidup ini perlu berdisiplin. Kalau nak berjaya pun mesti berdisiplin. Berdisiplin dengan masa, wang ringgit, suasana dan apa jua yang berada di sekeliling kita. Sedar atau tidak, siapa yang mengajar kita untuk berdisiplin ek? Cikgu disiplin kah? Sudah tentu jawapannya Tuhan. Dah lama Allah menuntut kita untuk berdisiplin sehinggakan Allah bersumpah dengan masa! (Surah Al-Asr). Berdisiplin dengan masa seperti menjaga waktu solat. Berdisiplin dengan harta dan wang ringgit dengan berzakat dan menginfaqkan harta pada jalan-Nya.

Ya, sebagai hamba-Nya yang lemah, aku akui akan kelemahan itu namun itu bukan lagi alasan ampuh bila kita berhadapan dengan Al-Khaliq! Kau carilah pelbagai alasan, pasti kau akan kalah kerana Al-Khaliq merupakan Hakim yang ulung untuk membidas segala alasanmu itu!

Tiada niat untuk mengajar orang cerdik pandai seperti kalian. Cuma aku sekadar berkongsi cerita tentang diri yang sudah kurang berdisiplin akhir-akhir ini. Iyalah, kata nak berdiet, tapi bila kawan belanja makan, melantak puas-puas. Free lah katakan! Sememangnya aku seorang yang rajin memasak. Masakla apa yang terlintas di fikiran. Dan selalu-selalu, aku jugak yang kene menghabiskan makanan. Haih....camana nih? Nak kuar bersenam pulak, kasut sukan jadi alasan. Kasut sukan aku dah season dah. Huhu...bilalah agaknya aku mampu untuk beli kasut sukan yang aku idamkan nie?? Huaaa~~~ Dan paling merisaukan aku, tinggal sebulan lagi untuk aku berdiet dan tingkatkan fitness aku. Kalau tidak, alamat berputih matalah aku untuk merangkul kejuaraan pada bulan Jun nanti. Adusss....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bab nak turun latihan fitness tu memang susah betul. haha

nway kak masuk game pa?

BuRuuj berkata...

azwan,
xdela gempaq sgt. hanya merentas desa shja. hihihi...;P