Jumaat, April 17, 2009

Fesyen =)

Aku makin risau dengan perkembangan zaman sekarang ini. Sepesat perubahan manusia. Tentang fesyen apatah lagi! Tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu?

Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal, Sifirnya mudah. Kalau ada perempuan yang lenggoknya berlebih-lebihan, tutur kata yang kegedik-gedik-an, mekap tebal mengalahkan tebal kulit Kamus Dewan. Sebenarnya, dia adalah LELAKI! yang terdesak untuk menjadi perempuan. Begitu juga sebaliknya.

Ketara, kita terdesak untuk mengikut peredaran zaman. Barat itu biasa-biasa saja sebab mereka itu dah biasa. Yang terdesak untuk menjadi barat itu yang berlebih-lebihnya!

Sekiranya engkau sedang terdesak akan sesuatu, engkau akan berusaha untuk memperolehinya hatta dengan apa jua cara sekalipun. Contohnya, kau tetap akan mencari tempat yang 'seru' untuk berak. Adakah engkau akan berak di tengah jalan sekiranya saat itu kau berada di situ? Begitu jugalah perbandingannya dengan menutup aurat. Sekiranya engkau meletakkan Allah sebagai prioriti, engkau akan berusaha sehabis mungkin untuk melaksanakan tuntutan itu sesempurna yang boleh. Bukan berusaha untuk mencari pelbagai alasan! Biarlah kita digelar ketinggalan zaman asalkan Allah tidak 'tertinggalkan' nama kita untuk mendapat rahmat dari-Nya. Wallahu'alam....

2 ulasan:

Insyirah berkata...

hoho... rupa²nya awek yg cun melecun, gedik mengedik dan mekap tebal 10 inci tu ialah LELAKI? sgt menjijikkan!! yakkkkk...!

BuRuuj berkata...

alamnasyrah,
geli~

hahaha....