Jumaat, April 10, 2009

Apabila bola itu bulat

Apabila bola itu bulat, ramai yang akan menendangnya ke mana sahaja yang mereka mahu. Bukan sepak terajang saja, tamparan, balingan dan macam-macam lagilah perkataan yang sesuai digunakan untuk bola yang bulat itu. Secara tak langsung ia dapat menggambarkan betapa manusia cuba 'melarikan' diri dari masalah.

Apabila bola itu bulat, apabila berlalu sesuatu insiden, banyak perkara dan pertimbangan ditolak ke tepi. Kalau boleh, semuanya tak mahu mengaku atau tak mahu menyalahkan diri sendiri. Natijahnya, diri sendiri juga yang akan rugi.

Sayang sekali.....

Sudahlah 'kita' tak sehebat mana. Ada hati mahu mengikut jejak langkah 'orang luar'. Apabila akal tiada kewarasan, begitulah jadinya. Memalukan!!!!
____________________________________________________
penulis sedikit beremosi di atas peristiwa yg melanda bola sepak tanahair baru2 ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oh. kak cakap pasal hooligans. mula² tak dapat tangkap. hehe.

tu la. main tak macam liga luar. tapi penyokong nak buat gaya macam penyokong luar jugak.

tak patut betoi.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Bolat bulat kita boleh mengagak ke mana haluannya bila disepak. Tapi bola lonjong, bola rugbi misalnya sukar diagak... :)

BuRuuj berkata...

azwan,
hang kalau main bola, elok2 sikit naa..jgn jd lagu tue...

kang jowo,
tapi bulat bola kadang-kadang tersasar juga...

Yana Ismail berkata...

hmm..macam2 kan kak..alaahai..nasibla tk minat sgt bola2 ni..kalau tdk, lg sakit hati je..

BuRuuj berkata...

princess,
bola itu best! hahaha