Khamis, Julai 31, 2008

Selamat Hari Pahlawan

Aku bukan pahlawan.
--Tapi aku pewaris gelaran itu.
Aku suka mengingati jasa dan pengorbanan pahlawan.
--Tapi aku tak suka Tugu dibina bagi memperingati jasa itu.

Untuk apa kau letakkan kalungan bunga di Tugu?
Bukankah lebih baik kau sedekahkan kalungan doa buat mereka?

Rabu, Julai 30, 2008

Malaysia VS Chelsea, Wanita Dan Bola Sepak

Semalam perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Chelsea. Ia berkesudahan dengan 0-2. Malaysia kalah lagi. Aku tak menyaksikan perlawanan. Walaupun aku bukanlah pengulas sukan yang profesional, aku nak juga melontarkan telahan aku. Mungkin mereka kalah sebab segan untuk berlaga bahu, malu untuk menggelecek kaki, bahkan menantikan wisel penamat untuk mereka saling bertukar-tukar baju dan sesi bersalaman mahupun bergambar. Yela, orang hebat datang bermain dengan mereka, siapa tak bangga. Ye tak? Mahu jugak dicanang seluruh kampung bahawa mereka dapat bermain dengan bintang bola ternama. Tahpe, ada di antara pemain Malaysia yang menjadikan pemain Chelsea sebagai idola mereka. Siapa tahu? Ke sekian kalinya, perlawanan itu diibaratkan bagai pemain sekolah rendah dengan pemain dewasa negara.

Dalam perjalanan ke UTM pagi tadi, aku dengar Radio Panas FM. DJ Fafau ada merakamkan pertengkaran antara 2 orang wanita. Yang sorang sokong Malaysia manakala sorang lagi sokong Chelsea. Hangat juga perbalahan itu. Tapi aku malas nak crite pasal mereka. Aku bukan kenal pun. Apa yang aku nak cakap, wanita dan bola sudah semakin serasi dewasa ini. Bahkan di luar negara, bola sepak wanita sudah dipertandingkan. Malaysia pun mula mengikut rentak itu. Kalau tanya pada kawan-kawan apa sukan kegemaran mereka, mereka jawab futsal. Wah, hebat jugak penangannya.

Menanduk dan menggelecek bola bagai lelaki. Tidakkah ia mengurangkan sifat kesopanan seorang wanita? Tengok saja iklan Sunsilk, gadis bertudung bermain bola. Kawan aku cakap, "dahsyatnya!!" Tapi itulah realitinya.

Dulu, kebanyakan wanita meminati bola sebab pemainnya yang tampan. Tapi kini, bukan atas sebab itu saja, mereka juga mahu kelihatan hebat dan macho seperti lelaki! Argh...aku pun tak faham. Yang pastinya, aku juga meminati bola sepak. Tapi aku kaki bangku. Ha ha ha.....

Ahad, Julai 27, 2008

Mambang

Entah kenapa malam itu aku kepingin sangat nak menyakat. Sambil-sambil tengok tv, aku bergurau dengan housemate aku.

"Hai mambang tanah, mambang api, mambang air, mambang....."

*Plup* Lampu padam. Tiba-tiba.

"Ha...tula, mambang lagi. Ayok!! Tak tau. Kan mambang betul dah datang."

Kami jalan seperti orang buta. Meraba-raba dalam kegelapan. Dari sliding door, satu taman bergelap. "Waduh, magik sungguh aku nie. Boleh buat satu taman gelap."

"Hah, mambang. Gi dapur sana. Pasang lilin."

Nasib baik aku nie sedikit berani. Kawan aku yang paling bongsu dalam rumah dah la penakut. Idea nakal aku pun keluar lagi. Aku nak jadi hantu lilin pulak. Tapi tak jadi. Kang kalau betul-betul hantu lilin datang kang, tak ke naya?

Bagi membaiki keadaan, aku berseru lagi.

"Hai mambang tanah, mambang api, mambang air, mambang angin... Err....lupa la pulak"

*Plup*

"Hah, nasib baik tak lame takde karen. Heh heh..."

Khamis, Julai 24, 2008

Bedah

Lampu Operation Theatre di 'on' kan agak lewat petang itu. 1715H baru bermula. Pembedahan hanya berbekalkan scalpel and blade, forcep, spatula (spatula? perlu ke?) dan hand gloves.

Mula-mula, toresan dilakukan dengan scalpel and blade. Kemudian, dengan spatula, umpil sampai sedikit terbuka. Toresan dilakukan lagi. Kali ini lebih panjang sampai ke bawah. Spatula dah mula membengkok. Belakang forcep pula digunakan untuk mengumpil. Hish...awat payah sangat nih? Akhirnya, pemegang radas pada kaki retort juga digunakan untuk mengumpil supaya bukaan dapat terbuka dengan lebih luas.

Jangan tiru aksi ini, hanya orang profesional saja boleh melakukannya.

Ah hah!!! Akhirnya...pembedahan berjaya. Hai durian, betapa susahnya hendak membuka engkau.

Tengah hari itu, kami ke belakang PSZ lepas lunch untuk melihat kalau-kalau ada rezeki. Terlompat-lompat dengan berbaju kurung untuk memetik pulasan dan rambutan kuning. Nasib baik ada galah, dapat jugak jolok manggis. Abang mesin rumput pulak tolong kami dengan memanjat pokok rambutan kuning. Dia menunjukkan aksi stunt yang sungguh membahayakan. Yela, depan anak dara. Mesti kene tunjuk terer. Memang sudah rezeki kami, ada durian gugur di situ. Apa lagi!!! Sudah tentu projek akan bermula lewat petang. Hahahaha....

Rabu, Julai 23, 2008

Lepak

Nak katakan aku teaching assistant, tak. Research assistant, tak jugak. Pembantu makmal, pun tak. Aku hanya student. Tapi kerja aku banyak mengalahkan student lain. Kalau ada pingat untuk student paling...ermm....paling rajin, paling berdedikasi, agaknya aku yang menang. Ahaks.... Tapi oleh kerana title student itulah, makanya, lecturer@supervisor aku mengerah keringatku sehabis yang mungkin. Aku pun, "baik, saya yang menurut perintah".

Semalam dan mungkin hari yang sama pada minggu yang seterusnya, aku akan lepak giler-giler. Semalam memang lepak giler lah. Kaki nie dah tak larat nak berjalan. Rasanya kalau aku ada kekasih hati, nak je suruh dia dukung aku. Ahaks...;-)

Isnin, Julai 21, 2008

Guy's Talk

Aku menghadiri Walimatulurus sahabat baikku di Kluang Sabtu lepas. Ramai jugak sahabat lama yang hadir. Hampir satu platun jugak la kalau dibariskan. Pengantin tiba jam 1345H. Adat pengantin, jalan mesti slow dan penuh dengan kesopanan. Baru je melabuhkan punggung di khemah persilatan, hujan turun dengan selebat-lebatnya; menggantikan silat pengantin yang tak sempat dipersembahkan. Ha...kalau jalan laju sikit kan bagus. Kesian pesilat tue, berlatih punya berlatih, tak jadi pulak nak dipertontonkan.

Ada waktu senggang, sempat jugak kami berborak dengan pengantin. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Tiba-tiba cuping telingaku terdengar satu soalan dari sahabat lelakiku yang lain, "Wei, ko dah ke belum?"

"Belum. Malam ni kot."

Ish..ish.. lelaki...lelaki... Takde soalan lain ke nak tanya.

Jumaat, Julai 18, 2008

Aku Geram

Aku geram betul la. Asyik trip je makmal aku. Dalam sehari je dah dekat 5, 6 kali trip. Tahpe, orang kat unit teknikal dah kenal aku siapa. Aku nak buat keje pun dah hilang mood. Dahlah aku bekerja dengan makhluk Tuhan, kalau aku asyik takde mood, marah-marah, dia pun taknak hidup agaknya. Tolonglah...aku dah penat dah. Takkan la sampai aduan aku sampai kat Karam Singh Walia baru mereka nak bertindak? Argh!!!!!!

Rabu, Julai 16, 2008

DEBAT

Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan...
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Isnin, Julai 14, 2008

Musim Durian

Seronoknya bila tiba musim durian. Aku nie memang hantu durian. Semalam, aku baru je sampai dari kampung. Melawat sedara-maraku yang sakit. Mak kata, orang kampung aku ramai yang dah kena sakit tue. Puncanya adalah dari gigitan nyamuk. Kemudian demam, sakit-sakit sendi, susah nak jalan. Pada firasatku yang dulunya bercita-cita menjadi seorang doktor, ia adalah sakit 'untut'. Berpunca dari gigitan nyamuk tiruk yang akan membawa kepada demam dan sakit sendi. Lanjutan dari itu, sendi-sendi akan membengkak dan membesar. Pakcik dan makcik aku kena sakit tue. Kesian dia. Aku datang ziarah dengan membawa penawar, harapanku agar mereka cepat sembuh. Ameennn... Penawar itu, aku juga beri kepada tok sedara aku dan jiran terdekat. Kemudian, mereka pula bagi aku 'penawar'. Adat orang berbudi. Alhamdulillah, kampung aku masih mempunyai nilai itu.

Sedap sungguh 'penawar' itu. Walaupun ada orang tidak menggemarinya termasuklah kakak aku, aku tetap suka. Walaupun ada orang kata bau dia busuk. Aku makan jugak. Lantaklah, bukan selalu dapat makan 'raja buah' nie. Lagipun pokok kat rumah mak belum berbuah lagi. Kalau nak makan pun kena pergi rumah tok sedara.

"Buk!" bunyi durian gugur. Eee....seronoknya dapat dengar bunyi durian gugur. Tok suruh ambik sendiri kat bawah pokok, kalau ada, bawa balik. Terima kasih tok kerana mengizinkan cucu menikmati keindahan dan keunikan ciptaan tuhan ini.

Rabu, Julai 09, 2008

11:11

Kalian pernah secara tidak sengaja melihat jam yang ketika itu 11:11 tak? Orang kata, kalau kita tengok jam waktu itu, ada seseorang yang sedang merindui kita. Betul ke? Boleh percaya ke? Entahlah, aku sendiri kurang pasti. Tapi benda nie sampai diselitkan dalam sesetengah drama. Contohnya "Yoo Hee The Witch", yang merupakan drama korea yang aku suka. Dari Malaysia sampailah ke Korea, kisah waktu itu dibawa. Kalau benar pun apa salahnya kan? Asalkan tidak tergigit lidah atau tergigit pipi sudahlah. Yang tue lain pulak ceritanya...

Selasa, Julai 08, 2008

Laksa Johor


Sabtu yang lepas, aku jadi chef lagi. Kali nie, aku ajar housemate aku yang bakal mendirikan rumahtangga Ogos ini. Dia minta aku ajar dia masak laksa johor. Almaklumlah, bakal cik abang orang sini. Sebenarnya aku takdelah terer sangat, kalau kat kampung pun, tolong-tolong mak jer. Pembelajaran lebih berkesan secara visual, maka aku dengan secara tidak sengajanya, pandai lah masak. Pagi tue, kami pergi shopping barang dapur. Banyak jugak belanja, sampai tak muat peti sejuk. Lepas zohor, aku terus memulakan upacara memasak dengan menyiapkan segala bahan-bahan. Kerisik, ikan blender, rencah, semua aku buat sendiri. Orang yang nak belajar masak takde bersamaku, diorang keluar dating. Takpelah. Masa berlalu. Jam 1830, mereka belum balik lagi. Nak tak nak, aku terpaksa masak jugak, sebab aku puasa sunat Rejab, nak makan ape buka puasa nanti kalau tak masak sekarang. Housemate aku yang lagi sorang pulang bawa kawan. Dia orang kelantan tapi suka laksa johor. Maka, dialah yang belajar dari aku. Orang lain yang nak belajar, orang lain pulak yang belajar. Walauapepun, laksa johor aku menjadi petang itu. Mereka kata sedap. Hehe...senyum sendiri. Dah boleh kahwin la lepas nie. =)

Isnin, Julai 07, 2008

Wajah Baru


Akhbar Berita Harian kini berwajah baru. Kompak dan lebih padat but the price and the content are still the same. Mungkin mereka nak jimat berbelanja agaknya, yelah...harga kertas kan naik 100%. Menyahut seruan kerajaan. Tapi 'broadsheet' lagi best. Lebih-lebih lagi bila dah jadi recycle paper, besar, boleh buat alas meja masa makan.

Khamis, Julai 03, 2008

Semalam

Keagungan Pencipta mengatasi segalanya. Semalam, bahang mentari tidak seperti biasa. Lewat tengahari, hujan turun pula. Habis basah baju di jemuran. Harap jiran sebelah tolong angkatkan. Hehe... Hubungan kejiranan memang tak dapat dielakkan. Mujur kami akrab seperti kawan.

Kalian tahu kenapa semalam mentari bersinar tidak seperti biasa? Sebab semalam adalah 2 Julai iaitu tarikh di mana kedudukan Bumi berada paling jauh dengan matahari pada setiap tahun. Jaraknya 94.8 juta batu atau 152.6 juta kilometer. Berbetulan semalam aku membaca fakta itu dari buku yang kubeli di Alamanda. Subhanallah...Keagungan Pencipta yang mencipta alam semesta di depan mata. "Ooo..sebab tula hujan turun," getus hatiku.