Khamis, Ogos 18, 2011

Ramadhan ini

Ingin aku kongsikan kepada semua. Alhamdulillah...setakat ini berat dah turun sebanyak 3kg. Macam sikit kan? Lebih kurang sekilo seminggu. Tapi takpe sebab merujuk kepada diet Atkin's, fokus adalah kepada saiz bukan berat. Jadi, perubahan saiz dapat jugak aku rasakan. Biar perlahan, kalau drastik nanti takut sakit pulak. Aritu je dah pening yang amat, tak pernah aku alami pening sebegitu.

Kedua, setakat 17 ramadhan semalam, aku belum sekalipun menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan. Selain boleh berjimat dan mengawal nafsu, aku juga dapat mengurangkan kadar kesesakan dan kemalangan yang sering berlaku.

Ramadhan kali ini sayu seperti tahun sudah (2010). Sukar nak digambarkan. Dan ramadhan ini, aku selalu bermohon kepada Allah berkenaan dengan rezeki.

"Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan rezekiku ada di langit-Mu, Engkau turunkanlah..
Jika rezekiku ada di dalam bumi-Mu, Engkau keluarkanlah...
Jika jauh dariku, Engkau dekatkanlah...
Dan jika haram, Engkau halalkan dan sucikanlah. Aminn..."

Semoga amalan yang tak seberapa ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

2 ulasan:

Nina Aman berkata...

Amin..wah...dah turun ye...kte ni jenis cepat turun n cepat naik.mcm mana nak bg maintain ek?ada tips?

BuRuuj berkata...

kena kuat semangat. kalau boleh, berdiet dlm kumpulan. boleh support antara geng. pastu, kalau ada keinginan nak makan sesuatu, buat 'cheating day'.time tu, makanlah apa yg kite nak makan. then, esoknya berdiet kembali. cheating day tue jgnlah selalu. kang tak jadi lak nak berdiet! hihi...