Khamis, Januari 22, 2009

Edisi Pecut Markonah

Usai menghantar kekanda ke sekolah, Markonah mula memecut. "Alamak! Dah pukul 7.10. Lambatla aku hari nie." getus Markonah. Meter hadlaju pada 90kmj tanpa mempedulikan papan hadlaju 40kmj! "Aku perlu sampai sebelum jam 8.00!"

Mungkin hari ini, nasib tidak menyebelahi Markonah. Traler panjang dengan muatan, kereta kotak mancis, Daihatsu buruk dan 'backhoe' kerap menjadi penghalang. Dan pundi sudah terisi penuh. Hormon adrenalin terembes dengan banyaknya menandakan tindakan segera perlu dilakukan! Selalu-selalu, lorong membelok ke kanan jarang ada kenderaan. Anggapan itu tersemat di minda. Setiap kesempatan, Markonah memasuki lane itu, namun memang sudah tersurat, ada kenderaan mahu membelok tanpa memberi signal! "Argh!!! ade aje halangan." Signal ke kiri diberi, namun kenderaan belakang yang turut sama berada di jalan yang salah mahu memecut terlebih dahulu. Markonah fikirkan dia akan memberi jalan, tapi.....

Honk!!!!!!!!!!!!!!

"Adus.....hek eleh, bunyi hon pun macam bunyi itik, ade hati nak marah-marah orang!" bentak Markonah.

Dan hari ini, Markonah kelewatan lagi...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahhahaha. salah sape sebenarnya?

Tok Rimau berkata...

minah rempit ke markonah ni?

akimsensei berkata...

ai markonah toll gate girl.. nk berkenalan bleh x? :) sambil jongket kening.. haha.. mental mesti kuat..

BuRuuj berkata...

fara,
salah mereka dan keluar-keluarga mereka. Hahaha...

Tok,
err...ade le sekali-sekaler...

akimsensei,
Hah? nak berkenalan? nama saya markonah binti markonon. hahahaha...