Jumaat, Januari 23, 2009

Bila orang cina beraya

"Yang, cepat gi belanja barang dapur. Kang raya cina, pasaraya tutup pulak. Diorang makan besar, tak pasal-pasal kita makan kecik pun tak dapat."

"Eh mak nie. Mana ada pasaraya tutup raya cina nanti? Kedai-kedai jer tutup. Alah...jangan risaulah mak. Pasaraya tutup, kedai melayu kan banyak lagi."

"Yeke pasaraya tak tutup?"

"Tak lah mak. Jangan risaulah..."

Bila orang cina beraya,
Orang Melayu lah yang paling susah hati. Takut kedai tutup, tak dapat beli keperluan harian. Takut kebulur 2 hari tak makan.

Bila orang cina beraya,
Orang melayu lah paling susah hati. Ikan, udang dan sayur berkurangan. Diorang kata, laut bergelora lah, hasil tangkapan tak memuaskan lah, walhal, 'orang kita' yang ramai jadi nelayan. 'Mereka' tu peraih jer.

Bila orang cina beraya,
Orang melayu lah yang paling susah hati. Harga ikan, udang, sayur, semua melambung tinggi. Duit belanja pun kene lebih sikit untuk bulan nie. Nak berkira, perut tak berisi lah nanti.

Tapi satu jer yang orang melayu suka time cina beraya. Dapat dengar bunga api meletup sana-sini tak mengapa walau dinihari menjelma. Duduk depan tv sampai habis posisi, leka menonton cerita cina itu-ini. Dapat dengar "tong-tong-cheng" walau jalan sesak berjam lamanya dengan alasan, "Alah...takpe, bukan selalu macam nie."

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahap kebergantungan kita terhadap 'mereka' semakin merisaukan..

Atan berkata...

betul la tu..
melayu raya = cina kaya
cina raya = melayu susah

syafeenamk berkata...

kedai runcit mak saya tak pernah tutup.
kedai akan tutup masa raya aidilfitri je,tu pun 4 hari je.
cuti 4 hari dlm masa 365 hari.

BuRuuj berkata...

azwan,
bagai digantung dengan tali.

jiwa kaco,
mela-terlalu manja
layu-lemah longlai.
melayu-????

ilya,
alhamdulillah...nk shopping kt kedai mak u lah. kat mane tue?

akimsensei berkata...

wah.. buruj.. pandainya berceritera raya cina.. den sambut raya cina kt rumah kerk desa skudai aritu.. lupa la nk jmpa dila time pusing2 utm.. haiyo, tp smpt la sideroll jap kt balai cerap yg makin canggih manggih tu.. ngeee.. ;O

BuRuuj berkata...

akim,
sideroll je ke?