Seperti kita sedia maklum, Piala Thomas dan Piala Uber bukanlah acara perseorangan. Ia acara berpasukan negara. Walau sehebat manapun anda, tanpa membimbing rakan sepasukan, anda tidak akan ke mana-mana. Jauh sekali merangkul gelaran. Andai ada orang melabelkan All England acara berprestij, aku tetap melabelkan Piala Thomas sebagai yang terulung.
Berdasarkan perkiraan aku, China dibarisi pemain muda yang hebat. Ini dibuktikan dengan ranking dunia ketika ini, dalam 10 ranking teratas kebanyakannya dibarisi pemain China. Lin Dan No.2, Chen Jin No.3, Bao Chunlai No. 8 dan Chen Long No.10. Manakala beregu lelaki pula Zhendong-Xu Chen dan Cai Yun-Fu Haifeng masing-masing berada di ranking No.5 dan No.8 dunia. Maka percaturan mereka tidak begitu sukar untuk meletakkan harapan pada setiap pemain. Melainkan pemain dibelenggu dengan kecederaan.
Bagi Piala Uber pula, tiada keraguan meletakkan sasaran kejuaraan sekali lagi menjadi milik mereka kerana Piala Uber seolah-olah telah menjadi hak milik kekal China!
Tidak kurang hebatnya pemain dari Indonesia dan Denmark. Walaupun dibarisi pemain veteran, kemungkinan kemenangan berpihak kepada mereka juga tinggi. Badminton dan bola sepak adalah sukan yang banyak bezanya. Andai ketangkasan menjadi keutamaan dalam sukan bola sepak, faktor usia boleh menjadi penghalang. Tetapi dalam sukan badminton, kematangan dalam corak permainan dan pengalaman taktik amat ditagih. Maka, faktor usia sama sekali bukan satu halangan malah boleh menjadi satu igauan ngeri buat pemain muda.
Aku dapat merasakan kebangkitan pemain-pemain dari Korea. Walaupun setahun jagung dalam sukan badminton, bijak mengawal permainan dan mengamalkan corak serangan seawal perlawanan bermula boleh menjadikan pemain lawan hilang arah andai tidak diatasi segera. Pemain Korea memiliki kelebihan itu.
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Jumaat, Mei 07, 2010
Khamis, Mei 06, 2010
Curd Puding Cinta
Setin susu cair, sepeket serbuk curd puding, 2 sudu besar gula (ikut suka), air 2500ml.
Cara memasak: Masak sehingga mendidih campuran air, susu dan gula. Padam api. Masukkan serbuk curd puding dan kacau sehingga sebati. Tuang dalam bekas.
Insyaallah, kepada mereka yang berdekatan. Curd puding cinta akan sampai di hadapan pintu anda esok pagi. Hanya ini yang mampu aku berikan sebagai hadiah untuk kalian. Ini juga merupakan tanda kesyukuran di atas cinta luhur yang Allah anugerahkan kepada kedua orang tuaku yang telah melahirkan aku.
Terima kasih Tuhan kerana menciptakan roh dan jasadku.
Terima kasih mak dan bapak kerana telah melahirkan dan membesarkan aku.
Terima kasih semua kerana sudi berkawan dengan aku.
Kepada yang membenciku, terima kasih kerana membantu aku menghisap diri.
(tahun ini, ia jatuh pada hari Jumaat. Alhamdulillah....erkk...dah 26tahun beb usiaku. Argh....it doesn't matter. It's just a number! eceh....)
Servis
Berbekalkan pengalaman yang lepas, Ardila yakin bahawa kali ini juga seperti biasa. Mungkin lebih sedikit dari biasa. Maka, Ardila mengeluarkan duit di mesin ATM sekadar yang boleh. Hakikatnya, memang setakat itu yang tinggal.
Sampai di kaunter pusat servis, puan penasihat servis menerangkan bahawa servis kali ini adalah servis premium yang bermaksud, semua bahagian perlu diservis memandangkan penggunaan kereta telah menjangkau selama setahun. Ardila sedikit gugup. Ditanyakan berapa harga keseluruhan, puan tersebut menyebutkan sejumlah nilai. Ardila terdiam. Otaknya berfantasi seketika memikirkan jalan keluar daripada masalah kewangan yang dihadapinya. Dengan tidak semena-mena, Ardila tiba-tiba jatuh pengsan. Lantas bangun, meracau bagai orang sawan disampuk hantu. Tetapi kebanyakan perkataan yang keluar dari bibir Ardila adalah memohon untuk dikurangkan bayaran.
Puan penasihat servis terkejut. Mungkin terkejut akan perkara tersebut yang berlaku sekelip mata atau mungkin faham akan taktik yang Ardila gunakan. Puan tersebut membaca jampi yang mana menyatakan bayaran tetap, sama ada tunai mahupun kad kredit.
Kemudian, Ardila kembali normal. Dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Orang sekeliling memandang. Ardila tidak ambil pusing malah yang lebih penting, dia berusaha supaya kereta kesayangannya sihat sentiasa.

Selasa, Mei 04, 2010
Badminton oh Badminton Siri 1
Pelbagai masalah melanda skuad badminton negara. Bermula dengan pertukaran silih berganti pihak pengurusan dalam BAM. Kemudian, pertukaran keluar masuk jurulatih baru dan lama. Kecederaan yang melanda pemain badminton wanita dan baru-baru ini, Ketua Jurulatih pula dijangkiti H1N1.Walaupun baru selesai menjalani kem motivasi dan aktiviti ala-ketenteraan, saya percaya, gangguan emosi dan tahap adrenalin mereka tidak menentu di kala ini. Ditambah lagi dengan harapan yang menggunung oleh seluruh rakyat Malaysia untuk merampas kembali Piala Thomas, bukan semudah yang disangka!
Namun, apa yang saya harapkan salurkanlah dan tukarkanlah cabaran dan tekanan kepada sesuatu yang positif. Bukan saya atau orang lain. Hanya anda yang mampu mengubahnya!
Isnin, Mei 03, 2010
Islam...Kristian, hipotesis aku (Siri 2)
Semalam sedikit kekecewaan melanda aku. Pertama, gagal mengajak housemateku yang beragama kristian untuk mendengar ceramah di masjid taman perumahanku daripada seorang al-hafiz yang dahulunya seorang pastor (cikgu).
Kedua, setibanya di masjid, aku diberitahukan bahawa penceramah asal terpaksa balik ke Sabah kerana bapanya meninggal dunia pada pagi semalam. Walaupun begitu, penceramah gantian juga tidak kurang hebatnya. Aku jatuh cinta mendengarkan ilmu yang disampaikan dengan gayanya yang tersendiri.
.....................................................................................................
Bagi menjawab hipotesis aku sebelum ini yang diyakinkan oleh aku sendiri apabila duduk serumah dengan penganut kristian, aku membuat kesimpulan berikut.
Persoalan: Kenapa penganut baru Islam lebih alim & warak berbanding sesetengah penganut asal agama Islam?
Hipotesis: Mereka dalam fasa mencari suatu kepastian.
Bukti: Mereka menukar agama apabila ketemu kepastian itu.
Kesimpulan: Muslim yang dilahirkan sebagai muslim berasa mereka sentiasa berada di fasa selamat sedangkan kafir sentiasa resah mencari kepastian. "Fasa selamat" itu boleh memakan diri seandainya pengukuhan terhadap tahap keimanan dan ketaqwaan tidak dititikberatkan. Kita cepat berasa jemu akan sesuatu perkara itu diulang-ulang seperti sirah nabi, tentang solat kerana pada asasnya kita sudah faham dan mengerti sejak kecil lagi. Tetapi, di dalam Islam, ilmu dan kefahaman ilmu perlu diulang-ulang agar kita sentiasa peka dan berwaspada akan setiap amalan dan perbuatan. Itulah yang diajar kepada penganut baru Islam. Setiap minggu bahkan setiap hari akan ada kuliah agama khusus untuk mereka bertujuan untuk memantapkan aqidah. Itulah yang disarankan oleh junjungan besar Nabi Muhammad. Apabila keimanan sudah mantap, barulah syariat dapat dilakukan dengan sebaiknya.
Wallahu'alam...
(insyaallah perkongsian ilmu ini tidak berhenti setakat ini. aku akan ceritakan lagi perihal housemateku yang satu itu semoga menjadi iktibar.)

Langgan:
Catatan (Atom)