Rabu, Oktober 28, 2009

Aurat Wanita Bekerja

Pernah dengar tentang 'aurat wanita bekerja' tak? Dulu, aku pernah menghadiri usrah dan topik tentang aurat wanita. Kakak Naqibah ada memperkatakan tentang aurat wanita bekerja. Auratnya adalah seluruh tubuh kecuali lutut ke bawah, rambut dan lengan selagi kita percaya yang dia (non-muslim wanita) boleh menjaga aib kita.

Ya, semasa under graduate dulu, aku tetap menjaga aurat seperti aurat dengan lelaki bukan mahram tapi kini aku bakal melalui saat itu. Bekas rakan sekerja mahu menyewa dengan kami. Dia hindu kristian. Aduhai....bimbangnya.... Nak menolak, kesian. Dia terpaksa bersusah payah mencari housemate. Bekas housemate dia terpaksa menolak kerana rumahnya telah penuh. Kamilah harapan yang tinggal untuknya.

Nas atau dalil tentang aurat yang diperkatakan itu aku tidak pasti. Bagaimana ni? Aku masih ada 2 minggu untuk mempertimbangkannya...

Sabtu, Oktober 24, 2009

Teruja

Bertuahnya badan dapat berlawan dengan pemain badminton universiti. Segalanya bermula apabila latihan "player U" dibatalkan (mungkin) tanpa pengetahuan seorang pelajar ini. Namanya Amalina, pelajar tahun 3...

Aku ke komplek sukan jumaat malam seperti selalu-selalu. Mengasah kemahiran dengan harapan dapat mewakili Malaysia (eceh...). Seawal 2000H aku bermain tanpa henti sehinggalah penempah gelanggang berikutnya sampai. Tidak berpuas hati akan ketidakbasahan baju, kami ke gelanggang belakang sekali yang kosong. Bermain dan bermain sehinggalah tiba Amalina. Aku yang tidak berhenti dari awalnya, mengajak Amalina bermain bersama. Kalah beb! Dia memang terror! 21-4. Aku suruh kawan aku pulak ambil peluang berlawan dengan Amalina sambil-sambil aku perhatikan cara dia bermain dan sambil-sambil aku berehat. Kemudian, aku ajak Amalina bermain sekali lagi dengan harapan aku tidak kalah teruk, sekurang-kurangnya 10-21. Ya, taktik permainan aku menjadi! Walaupun kalah 12-21. Amalina yang seakan-akan tidak berpuas hati akan kebangkitan aku, dia ajak berlawan 1set lagi. Ternyata, permainan aku semakin meningkat! Tapi still, aku kalah (17-21).

Aku bermain badminton bukan atas ajaran sesiapa. Cuma kerana aku minat. Dan dalam perjalanan pulang, aku dapat satu semangat agar aku belajar teknik dan taktik yang betul supaya suatu hari nanti siapa tahu yang aku mampu mewakili Malaysia? Sesiapa hebat di luar sana, mari tolong aku mencapai cita-citaku ini...Insyaallah...ameen;)

Rabu, Oktober 21, 2009

Bawah pokok ada buah

Atas ada pokok
Bawah pokok ada buah
Bawah buah ada pokok
Atas pokok ada buah
Atas buah ada pokok

Haa...apa dia? (nie teka-teki tau)

Isnin, Oktober 19, 2009

Orang gemuk ni baik ek?

Aku memang suka membuat andaian. Nak-nak kalau perkara itu berlaku pada aku atau berhampiran dengan aku. Yang ini, aku mengandaikan bahawa orang gemuk ni, baik-baik belaka. Maaflah kalau bahasa agak kasar (gemuk). Aku kenal Kak Wana kerana kakak aku. Dia kawan sekerja kakak dulu. Baik sangat, happy go lucky!, suka tolong kakak dan macam-macam lagi lah.

Yang kedua, bekas housemate aku. Kak Rozi. Dia pun baik. Suka tolong orang. Dulu, masa aku takde kenderaan nak gerak ke mana-mana, dia selalu bagi pinjam kereta dia. huhu...

Yang ketiga, Andakz. Bekas rakan sekerja. Walaupun memang tugas dia sebagai pegawai IT, tapi dia masih membantu aku dalam hal IT walaupun di luar waktu kerja. Alaahai...

Khamis, Oktober 15, 2009

Malam menjadi ular, Siang menjadi Manusia

Berikut adalah gambar pada malam yang berlain tapi di tempat yang sama. Jangan tiru aksi ini andai makmal anda tidak sebersih makmal kami. Harap maklum!

Sambutan mengejut hari jadi kawan semakmal. Noraslamiah Sarju ;) Menjadi beb!


3 keping pizza untuk 3 orang! Hebat kan? Pun begitu punya buruk lantak, jangan terkejut kalau aku beritahu yang berat aku dah turun 2.1kg! Yes!!!

Selasa, Oktober 13, 2009

Tee Kegemaran Aku

Kebetulan, malam tadi aku pakai tee kegemaran aku. Buka blog tokrimau, dia tag sape yang baca. Sekadar untuk berkongsi, inilah tee kegemaran aku.

1. Tee KMK. Dapat semasa mewakili kolej untuk Karnival Ko-kurikulum Matrikulasi Se-Malaysia. Main bola tampar. hehe...

Nostalgia beb! Dah hampir 7 tahun tapi masih elok lagi. I like!

2. Inner tee. Sejak junior lagi tahun 2003. Suka pakai nak-nak hari panas sebab inner ni menyejukkan badan.


3. Tee ni dapat tahun 2008. Masa tu masuk pertandingan JB Walker Hunt. Walaupun tak dapat apa-apa hadiah, kami berbangga jugak sebab dapat no. 23 dari lebih seratus grup yang turut serta!
Kesemua tee di atas juga free! Sebab tu suka! Hahaha....

Ahad, Oktober 11, 2009

Kondangan

Beep Beep (satu mesej diterima)
"Kursus internal audit (10 & 11 Okt) ditunda ke minggu hadapan (17 & 18 Okt)"

Hah? Alamak, macamana ni? Minggu depan ada marhaban rumah mak! Nak buat apa minggu ni? Dah plan elok-elok nak pi kursus, cancelled last minute pulak, hish....

Sebelum balik, aku sempat menjenguk emel. Hah? Satu lagi kejutan saat akhir. Esok pulak tu. Kawan sekolah Mrsmkt nak kahwin. Sudah 8 tahun tidak bersua! Aku nak pergi!!! Aku ambil semua nombor telefon yang aku rasakan berhampiran denganku di JB ni. Contact punya contact, semua ada urusan masing-masing. Akhirnya, kerana ketekadan aku, aku pergi seorangan.

Alhamdulillah...sampai pun di Ayer Molek, Melaka. Yang ni, dari kiri Zaim dan Fezan.


yang ni Mai;)

Pengantin; Atif.

Atif dan Farha (junior Mrsmkt. Ish..ish...jodoh)

Itulah, aku merancang Allah merancang. Perancangan Tuhan juga yang terbaik. Rindu terrrrr amat pada mereka. Aku speechless berjumpa dengan mereka!

Jumaat, Oktober 09, 2009

Jamuan Hari Raya


Semalam, berlangsung satu majlis sambutan hari raya di fakulti aku. Aku dan Aslamiah yang baru balik 0630 pagi itu merancang untuk datang tepat jam 1000 iaitu waktu majlis akan dimulakan. Takdir Tuhan, hujan turun dengan lebatnya. Aku yang melaram persis bak puteri (eceh...perasan sket ek) terperangkap dalam hujan. "Huh...abeslah.." Mestipun hujan, aku bersyukur jugak kerana aku sedikit terlewat, almaklumlah...qada' tidur malam tadi.
Banyak sungguh makanan yang disediakan. Habislah diet aku. Huaa....Tapi, memang sangat kenyang! Walaupun sana sikit sini sikit, lama-lama penuh lah pinggan, ye tak?

Khamis, Oktober 08, 2009

Katil Goyang

~~~~~~~~~~~~
(Pergerakan katil goyang, harap maklum. Takde bunyi dihasilkan)

"Korang tak rase ke katil goyang?"
"Ah'ah la kak, rase! Tapi ingatkan katil goyang sesaje je..hahaha"
"Apelah korang nie! Memang goyang tadi. Tapi yang first tue lagi kuat dari yang second."
"Nie mesti kat KL rase lagi kuat kan? Gempa bumi kat Indon la nie."

Tak syak lagi, jam 1800, kami buka laman sesawang berita online. Memang sah berlaku gempa bumi di Indonesia! Itulah pengalaman pertama aku mengalami gegarannya. Ketika itu aku melawat kawan yang sakit di Kolej Rahman Putra, tingkat 3. Kalau aku berada di Kolej Perdana tingkat atas sekali, sudah pasti aku terus lompat katil!

Rabu, Oktober 07, 2009

Orang Pontian ni, hebat jugak kan?

Aku akui, aku kurang membaca akhbar sejak melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Tak tahu kenapa. Kalau ada pun, kadang-kadang aje. Memandu balik ke kampung jumaat lepas menyebabkan aku sedikit terkejut apabila tangan menekan radio siaran RTM di Johor FM.

"Bagaimana dengan keadaan di situ Devan?"
"Ok Samsiah dan para pendengar ya, sekarang ini van jenazah Noordin Mat Top telah tiba di kawasan perkuburan Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri. Begitu ramai sekali orang yang ingin menyaksikan pengebumian Noordin MT ini termasuklah kaum keluarga, pihak media termasuklah kelihatan di sini, media dari luar negara. Saya rasakan bahawa media itu adalah pihak Reuters."
"Adakah keadaan terkawal di sana?"
"Ya, keadaan sangat terkawal dengan dihadiri sendiri oleh Ketua Polis Daerah Pontian dan seramai saya jangkakan tidak kurang dari 30 orang polis yang mengawal lalulintas dan seluruh kawasan tanah perkuburan ini, ya Samsiah. Dijangkakan, jenazah Noordin MT akan dikebumikan sebelum waktu Maghrib."

Hah? Noordin MT orang Pontian ke? Ish...ish...nampak sangatlah aku kurang peka dengan hal ehwal negara. Aku yang sedari tadi terkejut, mula memperlahankan kenderaan apabila memasuki Kampung Parit Selangor yang sudah menjadi laluan singkat utama bagi mengelakkan kebanjiran lampu isyarat di jalan bandar. Cuaca yang suram ditambah dengan hujan rintik-rintik, adakah 'dia' orang baik-baik? Teringin juga aku menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Melalui Jalan Pontian Besar, aku toleh kiri kanan kawasan perkuburan. Aik? takde ape pun?
Tiba di rumah, "Assalamu'alaikum!! Mak, Noordin MT dikebumikan kat mane mak? Tak nampak pun balik tadi?"
"Ooohh...kat Kayu Ara Pasong lah. Memang yayang tak lalu, mane nak nampak."

Ish...ish...aku yang dah hidup selama 25 tahun kat Pontian pun tak tahu mana Kampung Melayu Pontian Besar Kiri, ish...ish...

Isnin, Oktober 05, 2009

Kalau ceker, iwak, tu aku tahulah...

Semalam, aku, mak dan kakak ke Batu Pahat. Menghadiri jemputan kawen di sana. Usai makan, naik ke rumah untuk bertemu pengantin di biliknya.

Duduk-duduk, makan kuih raya sementara menanti ketibaan pengantin lelaki. Mak dan kakak menunaikan solat zuhur. Embah yang duduk berdekatan mulai menghampiri aku untuk berbual.

Embah: @#$%^&*&^%$#@ ndi?

Aku: Mareng Pontian.

Embah: Oooohh... *&^%$#@^&*?

Aku: Pengantin tu kawannya saya...

Embah: Ooohhh Kawannya...

Aku: (nasib baik betul, main hentam jer nih!)

Embah: %^$#@*&#@&*

Aku: mmmm (hah sudah, ape yang embah cakap nih? Huaa....mane mak nie? Aku tak tahu nak jawap ape ni...)

Embah: @#!%^&*@^$*&%$#@ bla...bla...bla...

Last-last, aku yang dari tadi tersenyum kambing dan menjawab ha'ah, mmm..., owhh... sampai dah buntu, aku pun berterus-terang,

"err...tok, saya orak reti sangat ngomong jowo nih. Sitik-sitik jah."

Embah: @#$%^&*@#^&* (sambil menghulurkan kek kukus buah)

Aku pun ape lagi, bedal la kek kegemaran aku tu dengan harapan kemunculan mak.

Khamis, Oktober 01, 2009

Sayang.....


Kasih sayang boleh diumpamakan ibarat perbuatan menjalin daun ketupat.
1. Dua helai daun diperlukan. Bukan satu. Ibarat orang yang menyayangi dan insan yang disayangi.
2. Jalinan yang erat. Kalau rapuh, tak jadi ketupat lah beb!
3. Pengisian. Kata-kata, perbuatan dan segalanya. Bak kelonsong ketupat, diisi dengan beras jadilah ketupat nasi. Tapi ada hadnya! Kalau terlebih keras, kalau terkurang lembik. Sedang-sedang laa...